Wednesday, December 2, 2009

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI

03 dec 2009

Cuti sekolah datang lagi. Wawa sedang ambil SPM. Q dan Ilfan baru melapor semula ke UNITEN.
Ipi, Kirah dan Ahmad bercuti sakan. Tapi budak-budak bukannya boleh dibiarkan tak ada aktiviti.

Mula-mula sekali bawa mereka ke kebun pisang. Ajarmereka macamana nak bersihkan kawasan kebun supaya sentiasa bersih dan menggalakan pertumbuhan tunas baru. Pagi-pagi lagi R bawamereka kekebun selepas solat subuh. Masing-masing mengadu tangan luka kena batu dan kulit muka gelap kenapancaran mentari. Aku katakan begitulah sukarnya kehidupan petani supaya mereka menjadikannya iktibar dalam hidup ini.

Lepas tu apa lagi ajar mereka mengemas .

Friday, September 4, 2009

SAINSDAN SOLAT

Hari ini sempat tengok TV3 MHI. Prof Fatimah dan 2 orang kawannya daripada UM fakulti kejuruteraan. Kajian mengenai solat.

Hasil kajian mereka menunjukkan solat boleh memberi kebaikan dalam tahap kesihatan.
Sujud boleh membaiki kesihatan jantung. Duduk dengan betul boleh mengurangkan kolesterol. Tapi jika duduk tak betul, ia boleh meningkatkan kolesterol.

Baca buku mereka Solat dan Sains yang telah terjual sebanyak 8,000 naskhah.

Thursday, August 27, 2009

BAKUGAN VS GASSE

Tiba-tiba Hd ceritakan produk baru yang akan diciptanya . Masa tu aku sedang baca sinar harian.. Masa tulah dia ceritakan idea nak buat mainan baru yang dinamakan "GASSE". Katanya nama tu ada bunyi jepun . Katanya lagi "ibu kan suruh lawan Jepun, kita mesti cipta mainan yang baru .

Banyaklah pembentangan idea pada hari itu. Memang hebat. Aku suruh Hd lukis dan tuliskan idea-idea tersebut.

Tunggulah idea GASSE yang seterusnya.

Friday, August 7, 2009

BISKUT RAYA

Tiba-tiba saja dapat order biskut raya dari kawan. Aku yang memang suka memasak tak lepas peluang. Terus saja beli barang-barang keperluan untuk membuat biskut raya. Kawan tu kata nak London Almond, Tart Nanas, dan lain-lain yang tidak disebutkan . Jadinya aku terus buat biskut London Almond, Tart Nanas, Badam Cornflakes dan biskut kacang. Biskut ciptaan terbaru tahun ini dinamakan Lavender Nuts.

Oleh kerana kawan tu nak beli secara borong aku jual padanya dengan harga lebih rendah supaya dia senang nak jual semula. Tak apalah, walaupun susah juga nak siapkan tempahan yang banyak tu kena juga fikirkan masalah orang lain.

Tart Nanas paling sukar nak siapkan. Tapi aku suka biskut ni kerana rasanya yang unik.

Sesiapa nak order sila telefon no:019-2467067 atau datang sendiri ke Halalmart di Lavender Height Business Square.

BP ALPHALIPID DI BANDAR BARU BANGI

04/08/09
BP Alpha Lipid di Bandar Baru Bangi. Biasalah buat waktu malam. R dan Q pergi sebaik selesai
solat maghrib. Tiba dari Muadzam pun jam 7.30 . Ilfan berbuka puasa dengan mee bandung versi Lavender. Seperti dijangka, Uniten Muadzam tutup seminggu kerana H1N1. Sebelum tu jenuhlah ingatkan Q dan Ilfan jangan lupa ambil Alpha Lipid setiap pagi sebelum sarapan. Minumlah macam biasa. Minta diaorang bagi juga kawan-kawan sebilik. Maklumlah masa tu dah 50 orang kena kuarantin.
Alhamdulillah Q dan Ilfan tak apa-apa.

BP di BBBangi ramai juga yang hadir. Biasalah group Hazura yang buat. Dimaklumkan tentang kebaikan Alpha Lipid untuk menangani H1N1. Memang telah terbukti dengan izin Allah.
Alpha Lipid Lifeline selain meningkatkan imunisasi tubuh badan ia juga boleh menghapuskan bakteria dan virus. Malah ia lebih baik dari vaksin.

Untuk dapatkan Alpha Lipid, hubungi R di 019-2467067.
Kita berusaha, hanya Allah yang mengizinkan untuk sembuh. Aminnn!!

Thursday, July 23, 2009

AUTISM , AUTISMA ATAU APA?

Bagaimana kanak-kanak yang comel, cantik dan menyenangkan orang disekelilingnya tiba-tiba menjadi longlai, lesu dan tidak bersuara. Paling menyakitkan jiwa ,eye contact pun tak ada. Bukan itu saja, kanak-kanak itu menjadi hyper aktive dan tidak tahu takut apa lagi merasa sakit apabila jatuh atau terluka. Dia juga tiada airmata , maknanya tidak menangis.

Paling menonjol adalah sifat suka melakukan sesuatu berulang-ulang kali. Atau melakukan sesuatu yang seragam atau sama. Contohnya mengoyakkan kertas sebanyak-banyaknya, mengatur najis sendiri dalam bentuk geometri atau corak tertentu dan jika diberi doh tepung boleh membuat bentuk yang berulang dan diatur mengikut bentuk berulang juga.

Kanak-kanak Autism suka bermain air.

Autisma satu penyakit yang jarang didengar pada tahun 90an dan kinipun. Even doktor pun tidak mengenalpastinya. Kecuali doktor berpengalaman dan doktor pakar.
Autism sejenis penyakit yang tidak diketahui puncanya. Ia berlaku pada kanak-kanak sebelum usia mencapai 3 tahun.

Kanak-kanak ini kebanyakannya tidak boleh berdikari apabila dewasa nanti walaupun ada juga yang berkebolehan. Development Disoder ataupun lambat belajar itulah gelaran yang selalu diberikan.

Seorang kawan mempunyai anak Autism yang kalau makan, da tidak akan berhenti jika tidak disuruh berhenti.
Seorang kawanlagi, anaknya berusia 4 tahun boleh menggunakan komputer. Satu hari tu dia buat jamuan di rumahnya.Anaknya itu menuliskan no kereta semua tetamu yang hadir di dalam komputer. Hebat kan!

Sambung lagi lain kali.

MENIRU POLA MENTAL ORANG BERJAYA

Apabila kita dapat meniru pola mental orang yang berjaya, kita dapat meniru cara pemikiran dan perilaku mereka. Dengan itu, kita mendapat hasil yang sama dengan apa yang mereka capai.

Apakah yang menjadikan seseorang itu begitu yakin dan seorang yang lain begitu takut sedangkan kedua-duanya mempunyai sumber mental yang sama? Perbezaannya terletak pada persepsi mereka mengikut situasi. Dalam hal ini pola pemikiran dan perilaku yang terbentuk daripada hubungan sel-sel otak mereka adalah berbeza.

Apabila kita percaya kita mampu lakukan sesuatu, kita mula menggunakan sumber mental kita. Kita menggali semua kekuatan dalaman kita bagi menyokong kepercayaan itu. Sebaliknya apabila kita mengatakan sesuatu perkara itu mustahil dapat dicapaio, kita enggan memikirkan lagi tentangnya. Dengan itu, kita menutup semua kemungkinan yang sebenarnya dapat kita capai.

Petikan daripada buku Master Your Mind Design Your Destiny atau Kuasai minda bina masa depan anda. Hasil tulisan Adam Khoo dan Stuart Tan.

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

22 Julai, keMelaka lagi. Suasana agak suram kerana hari ini gerhana matahari. Since dalam kereta dan masih musafir aku hanya berdoa yang baik-baik sahaja .Jam 9.30 pagi sampai ke Balai Polis Unit trafik Bandar Melaka. Betul-betul dalam kawasan pelancongan.
Ambil arnica redakan kekeringan tekak.
Sementara R menguruskan dokumen di Balai Polis, aku dan Awon berehat di hadapan Bangunan Muzium Kecantikan atau "Museum Of Enduring Beuty". Tingkat atasnya pula muzium layang-layang. Dapat maklumat sedang berlangsungnya pameran lukisan batik koleksi Pn Fauziah Bt Hj Yahya di Balai Seni Lukis Melaka daripada17 Julai hingga 31 Ogos 09.

Selesai urusan bersarapan di Restoran 85 diDurian Daun Dalam berdekatan Maktab Perguruan.
Apa yang nyata Melaka adalah sebuah negeri yang bersih. Jalan-jalan rayanya semua bersih. Pagi lagi sebelum jam 9.00 pagi tukang sapu akan melaksanakan tugasnya. Sebab itu selepas jam 9.00 pagi dah tak ada sampah dan tukang sapu di tepi-tepi jalan.

Tak hairanlah ada pelancong yang apabila ditanya apa yang menarik tentang Melaka, beliau menjawab' bandarnya yang bersih.'Diharap keadaan ini akan berkekalan agar Melaka bandar warisan dunia ni lebih terkenal di seluruh dunia....

JADILAH PENGEDAR ALPHA LIPID LIFELINE SEKARANG!

Jangan tunggu lagi, dengan menjadi pengedar anda akan mendapat pendapatan lumayan.
Dengan plan pemasaran yang mudah dan ringkas . Paling penting anda hanya perlu gigih berusaha. Ini bukan sistem piramid atau kutu moden. Kita ada barangan untuk dipasarkan.

Hubungi kami sekarang! dengan modal RM450 anda boleh menjadi ahli dan boleh menjadi pengedar biasa.

Telefon no 019-2467067 sekarang (Ab Rahim)

Tuesday, July 21, 2009

BERJAYA KERANA USHA YANG KUAT

Hd dapat basikal baru. Bukannya baru beli tapi baru di repair. Dah lama tersadai kat belakang kedai. Basikal tu jenis Sport Comp warna biru. Hd memang tak pandai bawa basikal tu. Salah satu sebabnya basikal tu berat. Rim tayarnya rapat-rapat harganya RM300 lebih. Dah beli sejak 2 tahun yang lalu.

Dah banyak kali Yafi bagi clue macamana nak bawa basikal tu. Akupun pernahlah pegangkan
masa dia bawa. Setiap hari balik sekolah itulah yang mula dicapainya. Latihan bawa basikal.
(Ikut bahasa Hd, main basikal)

Akhirnya setelah berlatih selama beberapa hari , tiba-tiba hari sabtu 18Julai dia dah boleh kayuh basikal tu dengan baik. Hairan juga macamana cepat juga dia berjaya. Aku tanya Hd siapa yang ajar dia bawa basikal tu, jawabnya abang Yafi, abang Ahmad,Kak Wawa semua ada beri tip
padanya. Sebenarnya Ahmad dan wawa baru je balik dari Muadzam pada petang 17Julai.
Maknanya dengan latihan dan ajaran yang betul,Hd berjaya mengayuh basikal dengan baik.

Moral of the story, kegigihan atau usha yang kuat serta ajaran yang betul boleh membuatkan kita berjaya dalam apa lapangan sekalipun. Yang paling penting adalah keinginan untuk maju.

TAKLIMAT PERNIAGAAN SUSU ALPHALIPID

Semalam 20Julai 2009,R bergegas ke KLkerana menghadiri taklimat .Jarak KL - Seremban
seolah tidak sempat mencapai waktunya. Jalan lengang kerana NG 9 cuti israkmikraj.Jam 6.00
petang sampai di tingkat 20 Bangunan Baru Pejabat New Image di Blok A NorthPoint Mid Valley . Saiz pejabat ni lebih besar dan luas memberikan keselesaan. Perkembangan baru ini
menandakan perkembangan syarikat di Malaysia sejak dua tahun lepas. Daripada jumlah satu juta jualan sebulan kini telah meningkat ke 10 juta sebulan. Inilah hasil usha kuat daripada leader dan pengedar di Malaysia. New Image merupakan salah satu syarikat di Malaysia yang mengalami pertumbuhan yang pesat.

Daripada taklimat tersebut, kini terdapat 10 orang memperolehi pendapatan RM100,000 sebulan manakala 100 orang mendapat RM10,000 dan ke atas. Perolehan yang besar ini menunjukkan perkembangan syarikat yang positif dan menawarkan peluang perniagaan yang lebih luas kepada mereka yang berada di luar sana.

Rangkaian di luar negara (7 negara) menanti anda untuk sama-sama menikmati
perkembangan ini. Perniagaan bertaraf dunia dengan anda menjadi ahli di Malaysia dan rangkaian di Singapura,Indonesia, Taiwan, Filipina, Hongkong, Australia, Brunei dan Afrika Selatan .

Hubungi saya di 019-2467067 untuk keterangan lanjut

KEPULANGAN YANG ABADI

2hari sahaja selepas melawat sepupu dihospital, saya menerima telefon daripada adik
yang dengan nada sedih memberitahu kepulangannya ke rahmatullah. Innalillah.... daripadaNya kita datang dan kepadanya jua kita kembali.

Ke Hulu Langat Taman Damai . Betapa ramai orang yang datang berziarah. Bertemu semula dengan sepupu-sepupu, sahabat, kawan dan sanak saudara yang dah lama tidak bertemu.

Meninggal dalam usia yang muda. Sesungguhnya ajal dan maut tidak mengira usia. Kita harus
berhati-hati. Ingatan kepada Mati perlu ada pada diri setiap insan supaya kita menjadi orang mukmin yang dirahmati Allah swt.

Sama-samalah kita menyedekahkan AlFatihah kepada mereka yang telah meninggalkan kita.
Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin...

Friday, July 17, 2009

HKL MELAWAT PESAKIT

Melawat sepupu sakit di HKL. Rupanya sekarang ni susah nak dapat parking kat HKL.
Aku sorang yang naik melawat di wad radioteraphy Onkology HKL. Kesihannya lihat Suzana.
Biasanya aku melihat seorang wanita cantik dan anggun serta ramah tamah. Tetapi kali ini hanyalah seorang wanita berusia yang kesakitan. Hanya mengeluh dipembaringan dan tidak berdaya untuk berkata-kata. Rupanya seluruh organ dalaman beliau telah rosak hingga 90% kerana serangan cancer rahim.

Aku tidak bedaya untuk menyuarakan apa-apa perasaanku. Menahan airmataku dari tumpah. Walaubagaimanapun ia menitis juga di hadapan pesakit. Kubacakan selawat Nabi,alfatihah dan zikir Nabi Allah Yunus semasa di dalam ikan Nun. Akhirnya dia tertidur. Aku tinggalkan HKL dalam seribu wajah dan perasaan yang tidak terungkap. Terdetik juga perasaan ku, alangkah eloknya kalau aku dapat perkenalkan Alphalipid Lifeline kepadanya setahun atau dua tahun yang lalu.

Doaku m0ga Allah merahmati beliau. Amin!

Tuesday, July 14, 2009

SEGELAS TEH TARIK

16/07/2009

'Breakfast drink for smart people'. Itu dah semestinyanya Alpha lipid lifeline. Satu keluarga mengamalkannya setiap hari. Hasilnya, minda yang cerdas, tubuh badan yang sihat dan cergas,
penuh bermotivasi setiap hari.

Mencari tempat breakfast di Senawang dan Paroi sekarang ni agak sukar. Semuanya rasa macam sama sahaja setiap hari. Jadinya dalam bulan rejab ni eloklah berpuasa sunat untuk menambahkan pahala.

Dalam pusing-pusing Paroi, dapat sms dari kawan nak perkenalkan produk MLM . Minta maaf banyak-banyak, nak fokus kat Alpha Lipid buat masa ni. Akhirnya jumpa pula kawan lain.
Katanya susu Alpha Lipid belum habis lagi. Sebenarnya dah lama nak jumpa kawan ni akhirnya dengan rejection kepada kawan yg pertama tadi Allah nak temukan pula dengan kawan ni.
Itulah kehidupan namanya, kita merancang tetapi perancangan Allah lebih bermakna.

Dalam pada itu dapat pula sms daripada adik mengatakan seorang sepupu berada dalam keadaan kritikal kerana cancer rahim. Sedang dirawat di tkt 2 bilik D2 HKL. Begitulah keadaannya dalam masa yang sama dua suasana berbeza dirasakan. Semoga Allah memberi kesembuhan padanya supaya dapat menjaga suami dan anak-anak tirinya yang saya tahu amat dikasihinya.

Sunday, July 12, 2009

HORAS MANDAILING

Horas Tondi Mandingin Sayo Matua Bulong!

Marilah cuba Alpha Lipid Lifeline kolostrum awal lembu untuk menghindari penyakit dan menyihatkan tubuh badan Insyaallah. Untuk mengetahui lebih lanjut khasiatnya hubungi saya di tel no: 019-2467067.

Mencari maklumat mengenai keturunan Mandailing di Internet. Memang banyak tetapi meragukan. Namun maklumat oleh Dr Abd Razak Lubis beserta kajian beliau agak meyakinkan.
Walaubagaimanapun terdapat pertikaian mengenai samada Mandailing berasal dari Batak .
Kalau ikut IMAN atau Ikatan Mandailing Malaysia, mereka mengakui hakikat ini. Namun jika merujuk kepada LAMA iaitu Lembaga Adat Mandailing pula mereka tidak mengakuinya. Dr Abd Razak mengeluarkan kenyataan berasaskan kajian yang detail sekali. Adalah diharapkan mereka boleh duduk semeja untuk mengetengahkan kajian masing-masing.

Bagi diriku pula nenek sebelah ibuku adalah berketurunan Mandailing marga Nasution.
Menurut kata nenek ku mereka berpindah daripada Selama Perak dan membuka tanah di Batu 18 Hulu Langat di hadapan Balai Polis Batu 18 . Masa aku kecil nenek selalu menceritakan mereka berpindah dalam kumpulan yang ramai. Moyang ku adalah ketua orang mandailing
bernama Hj Ali. Sehingga kini kaum mandailing ramai di Dusun Tua Hulu Langat dan kebanyakannya adalah bersaudara sebelah ibuku.

Nenek ku pula berkahwin dengan datuk merupakan suku Bilah yang mana moyang perempuanku adalah orang rembau berketurunan suku Biduanda Sedia Raja.

Ayah R pula adalah orang Mandailing marga Nasution juga. Datuknya tiga beradik datang ke Tanah Melayu membuka penempatan di Perak Telok Intan. Tiga beradik itu adalah Megat, Hasan dan Ibrahim. Datuk R adalah Ibrahim. Keturunan ini selalu mengadakan perhimpunan keluarga setiap tahun di Perak. Biasanya pertemuan diadakan pada hari raya kedua di salah sebuah rumah keluarga berkenaan. Biasanya pada keturunan Hasan. Malangnya sudah 3 tahun kami tidak mendapat undangan dalam perhimpunan tersebut. Mungkin mereka telah kehilangan alamat dan no telefon kami.

Walaubagaimanapun pada awal tahun ini kami berjumpa dengan dua pupu R bernama Hj Ahmad Kunci Air yang berusia 82 tahun. Katanya dia memiliki teromba salasilah keluarga ini.
Yang amat menariknya beliau bersaudara pula dengan makcik ku Ramlan yang berkahwin dengan seppupu ayahku berketurunan Kerinchi bernama Ramna. Alahai! tak sangka pula.!

Satu masa kami akan mengunjungi beliau untuk merapatkan hubungan silaturrahim.Insyaallah!

TAMAN TAMADUN ISLAM TERENGGANU

11 julai 2009

Daripada Dungun bilik al majid dan alwahid D"Pantai bergerak ke Kuala Terengganu.Sebelum tu minum dulu Alpha Lipid Lifeline breakfast for smart people. Ingatkan nak breakfast di Pakngah nasi dagang di Chendering. Rupanya kedai tu tutup . Aku syorkan ke Restoran Nasi Kerabu di Bandar Kuala Terengganu bersebelahan dengan Pejabat Perancang Bandar dan Desa (Penilaian)

Membawa anak-anak melawat Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu.

Kami tidak melawat seluruh kawasan (32.2 hectar merupakan tanah yang ditambak). Apa yang paling menarik adalah Perkhidmatan menyelusuri Sg Terengganu dengan perahu Payang. Perkhidmatan TTI River Cruise dibuka setiap hari kecuali jumaat. Tambangnya RM10 bagi mereka yang berumur 7 tahun ke atas. Jaket keselamatan disediakan. Perjalanan adalah untuk tempoh 50 minit hingga satu setengah jam mengikut keadaan ombak sungai.(purata 3.4 meter dalam ) Sepanjang perjalanan itu pemandu pelancong akan menerangkan mengenai laluan dan sejarah di sekeliling kawasan tersebut.

Perahu Payang yang dinaiki boleh memuatkan 10 orang. Harga perahu saja RM170,000.
Jeti untuk menaiki perahu adalah jeti yang paling moden dan cantik yang pernah aku lalui.

Laluan 1 -Losong

Losong berasal dari perkataan 'low song' yang mana pada masa dahulu pihak Inggeris pernah membuat penempatan di Losong dengan menyiarkan lagu-lagu perlahan bagi menarik minat masyarakat Terengganu. Terengganu tidak pernah dijajah oleh Inggeris hingga kini. Losong terkenal dengan keropok yang enak dan berbeza dengan keropok di tempat lain.

Laluan 1 - Burung Helang

Terdapat 2 ekor helang mendiami sepohon pokok di tebing sg Terengganu. Keduanya menanti ikan untuk disambar.

Laluan 1 - Pokok Nipah

Sepanjang Sg terdapat pohon-pohon Nipah tumbuh subur. Daun Nipah boleh dibuat tudung saji, terendak, dan atap. Buahnya sedap seperti laici. Air nipah baik untuk penyakit darah tinggi.

Laluan 1- Muzium Terengganu

Bangunan muzium Terengganu adalah binaan yang amat unik . Ia diilhamkan daripada cara binaan istana Terengganu. Pernah menjadi muzium terbesar di Asia Tenggara. Sekarang menjadi muzium terbesar di Malaysia. Melawat keseluruhan kawasan muzium akan mengambil masa 3 hari.

Laluan 2 - Penempatan Laksamana Cheng Ho

Melalui kawasan Bukit Datu yang mana pernah menjadi penempatan Laksamana Cheng Ho semasa beliau singgah ke Terengganu.

Laluan 2 - Pengkalan Batu

Kawasan nelayan bubu jaring. Boat nelayan terengganu mempunyai identiti tersendiri iaitu
bewarna hijau.

Sepanjang tebing sungai keseluruhannya terdapat bengkel membuat boat kayu. Tempahan adalah dari agensi kerajaan juga dari luar negara.

Terlalu banyak nak diceritakan mengenai perjalanan melalui TTI River Cruise. Amat menarik sekali. Sesiapa yang berkunjung ke Taman Tamadun Islam jangan lupa mendapatkan perkhidmatan ini. Perkhidmatan rumah rehat juga disediakan.Ia terletak di dalam kawasan Taman Tamadun Islam berdekatan Masjid Kristal. Kadar sewa RM300 hingga RM400 seunit mengandungi 3 bilik. Untuk tempahan sila hubungi tel no: 09-6278888
HR Department TTI.


ADAT PERPATIH NEGERI SEMBILAN

12 Julai 09

Dalam perjalanan balik dari Terengganu melalui jalan Senaling terus ke Seri Menanti menghadiri Pesta Adat Perpatih 2009 dan 100 tahun Istana Seri Menanti di Seri Menanti Negeri Sembilan.
Perjalanan melalui Senaling amat mengujakan. Manakan tidak ,rupanya di kawasan ini banyak rumah-rumah kampung masih mengekalkan bentuk minangkabau iaitu atap rumah melengkung merupai tanduk kerbau. Sepanjang jalan di kiri dan kanan jalan terdapat rumah-rumah yang baru diperbaiki atapnya dan mengekalkan bentuk tersebut.

Beberapa rumah kelihatan amat cantik dengan ukiran di pintu dan tingkap dan sepanjang bingkai dinding. Tangga batu juga dihias dengan batu-batu berwarna yang menarik menyerupai tangga rumah melaka. 300 meter sebelum sampai ke istana Seri Menanti sebelah kanan terdapat sebuah rumah minangkabau yang penuh ukiran tetapi telah reput dan tertanggal.
Sayangnya rumah ini musnah begitu saja.

Kami sampai kira-kira jam 3.00 petang. Lakonan istiadat berkodin sedang dijalankan. Ia adalah istiadat megambil anak angkat. Oleh kerana kami kesuntukan masa, kami teus ke kemah yang mewakili setiap suku dalam masyarakat Negeri Sembilan.

Oleh kerana R dan aku sendiri berketurunan Biduanda Sedia Raja (sebelah moyang perempuan bagi R dan sebelah moyang lelaki bagi diriku) , kami terus pergi ke kemah
Luak Rembau. Di sana Dato Perba Hj Yahya menerangkan mengenai suku ini. Menurut katanya
Raja Ng 9 akan dipilih oleh 4 Undang iaitu Undang Luak Rembau, Sg Ujung, Johol dan Jelebu.

LUAK REMBAU

Dato Perba mengetuai Lembaga bagi 2 suku iaitu suku Maharajalela dan Bidunda Sedia Raja
Suku Maharajalela mempunyai 4 Buapak yang mewakili 4 wilayah.Begitu juga dengan Suku Biduanda Sedia Raja yang mempunyai 4 Buapak yang mewakili 4 wilayah. 4 wilayah tersebut diketuai oleh ketua yang mempunyai ciri nama yang amat menarik. Antaranya Dato Singa, Dato Menteri Penghulu.


TANAH ADAT
Yang uniknya, terdapat Tanah Adat yang tidak boleh dijual beli yang mana diwariskan mengikut perut Ibu. Tanah Adat ini tanah di mana suku ini membuat penempatan mereka apabila datang daripada Sumatera beratus tahun yang lalu. Ia dinamakan " Telapak" dan terletak di Rembau.
Ia tidak boleh dipindahmilik. Mereka yang mewarisi tanah ini namanya akan dimasukkan ke dalam geran tanah adat ini. Oleh kerana itu sesiapa yang ingin mengetahui salasilah keturunannya boleh menyemak nama nenek moyang mereka sekiranya terdapat di dalam geran Tanah Adat tersebut.

Oleh kerana keletihan,(perjalanan sehari suntuk) R minum dua skup susu Alpha Lipid Lifeline bagi mengembalikan tenaga . Untuk mendapatkan susu ini sila telefon 019-2467067.

Maklumat lanjut mengenai Adat Perpatih boleh diperolehi daripada Muzium Negeri.

Thursday, July 9, 2009

ZOO MELAKA

Hujung minggu 05 Julai yang lalu ke Zoo Melaka untuk bersantai dgn anak-anak. Masing-masing eager maklumlah dah lama tak pegi zoo. Rasanya dah 18 tahun sebabnya adalah sebab yang perlu disembunyikan.

Sebelum sampai zoo aku tanya Hd dia nak tengok haiwan apa. Kata Hd dia nak tengok dinasour. Aduh! selama ni aku lupa menerangkan -padanya dinasour tu haiwan yang dah pupus darti dunia ni. Kesian Hd semua orang ketawakan dia. Dah lah dua bulan yang lalu dia minta aku bawakan ke zoo untuk melawat apa? Kelakar betul, dia nak tengok permaisuri semut. Kesiannya.. terpaksalah cerita padanya tentang permaisuri semut dan koloni semut sekali lagi untuk lebih jelas.

Apa-apa pun sebelum ke zoo sempat mengambil dua sudu Alpha Lipid. Semua orang kena ambil sebab tahu sajelah zoo mesti luas . Jenuh juga nak berjalan. Rupanya memang betul. Hampir 2jam setengah mengelilingi zoo melaka.

Tuesday, June 23, 2009

BP 24 Jun 2009

BP akan diadakan di Grand Ballroom Hotel Palace of The Golden Horses, jam 8.30 malam.
Jemputan adalah Saintis Alpha Lipid Lifeline Mr Michail Borrissenko. Beliau akan menerangkan kelebihan colostrum dalam menangani penyakit kronik dan jangkitan virus terutamanya penyakit berasaskan pernafasan.

Sila datang beramai-ramai. Masuk adalah percuma. Sesiapa berminat untuk hadir sila tel kami terlebih dahulu. Tel: 019-2467067. (Ab Rahim)

OVEN LEMANG - MASAK LEMANG DGN MUDAH DAN CEPAT





Foto 1 : Oven Lemang telah siap dipasang


Foto 2: Oven Lemang sedang dipasang siap





Masak lemang dengan mudah, cepat dan bergaya. Sebelum Ramadhan dan Syawal menjelma mestilah buat persediaan dulu. Kalau nak berniaga masa bulan Ramadhan nanti dapatkan dahulu oven lemang komersial daripada kami. Boleh membakar lemang sebanyak 30 batang sekali dalam masa satu jam setengah hingga 2 jam.

Ringkas dan mudah. Boleh dibawa ke mana-mana untuk tujuan perniagaan atau peribadi.

Sila hubungi saya 019-2467067 Abd Rahim
http://ovenlemang.blogspot.com/
Email: kintelek@yahoo.com




















Friday, June 19, 2009

MUADZAM , Q DAN ALPHA LIPID

17 jun 2009

Di Perpustakaan Seremban hantar buku dan pinjam buku. Buku Motivasi DareTo Failed dan Buku Adam Khoo mengenai Minda. Belum baca lagi baru tengok-tengok dari kulit ke kulit. Junpa pula buku Harun yahya tentang Evolusi. Menarik sangat buku ni sampai paper pun tak sempat nak baca.

Turun Library Q dan R dah menunggu. Q jumpa En Habil OKU Penglihatan. Rupanya dia nak ke Yayasan Ng Sembilan. Kami hantar dia hingga ke pejabat Yayasan di bangunan EPF. Rupanya
anak keduanya akan melapor ke UDM Terengganu pada hujung bulan ini. Dua anak lagi belajar di Sek Tengku Kurshiah dan MRSM. Nampaknya semua anaknya berjaya,

Jam 2.30 petang bergerak ke Muadzam. Hantar Q ke Uniten. Ke Bt Ibam hantar barang2 untuk
Wawa. Kirah, Asfahan dan Ipi. Semua mereka terkejut kerana tak sangka kami nak datang.

Dlm perjalanan ke Bt Ibam. ada order Alpha Lipid dari Seremban. Bergegas balik tak sempat nak tanya diaorang masalah kat asrama. Tak apelah mungkin hujung minggu ni pergi lagi.

Jam 9.00 Amir dari Mantin datang ke Halalmart mendapatkan Alpha Lipid Lifeline.

Untuk dapatkan produk ini tel 019 2467067 Kami boleh hantar dengan segera Insyaalllah.

Friday, June 5, 2009

ALPHALIPID LIFELINE

06/06/09

Tak sedar dah masuk bulan Jun 2009.
Ada orang perasan hari jadinya esok. Nak suruh sambutlah tu...

Semalam ke rumah mak di Hulu Langat . Hantar Alpha Lipid untuk mak Nab jiran di hadapan rumah. Insyaallah Mak Nab cubalah Alpha lipid makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.

Dah dua kali mak pergi jumpa doktor. Dua kali juga bacaan darahnya macam darah orang muda.
Dalam usia 80 tahun bacaan darahnya 130/80, Macam tak percaya. Dah lebih 10 tahun mengidap darah tinggi dan makan berbagai jenis ubat setiap hari. debgan mengamalkan Alpha Lipid sejak setahun yang lalu, hasilnya mak dah bebas dari darah tinggi. Alhamdulillah, aku rasa amat bersyukur sekali.

Selalunya aku yang muka tak malu hantar Alpha Lipid pada Mak, tapi kali ni mak yang buat panggilan menyuruh aku balik dan bawa sekali Alpha Lipid.

Saturday, May 30, 2009

MELAKA NEGERI BERSEJARAH

30 Mei, ke Melaka menghadiri kenduri perkahwinan Marina. Sambil tu hantar susu 2 tin pada Pn Hindun. Dah nak balik dia telefon.

Ingat boleh jumpa kawan-kawan lama. Rupanya dia orang tak dapat nak hadir. Maklumlah masing-masing ada urusan . Nanti saya masukan gambar Marina . Sekarang belum boleh lagi sebab belum edit gambar-gambar tu.

Jumpa Pn Hindun di Solok Pantai. Kesiannya, giginya habis dicabut. Insyaallah amalkan sahaja pengambilan Alpha Lipid Insyaallah ada faktor pertumbuhan dan menguatkan antibodi . Semoga dia cepat sem buh dan bersabar dalam menghadapi ujian Allah swt.

Tuesday, May 26, 2009

NZ NEWIMAGE SUCCESS SCHOOL - SUNWAY HOTEL

Sama-sama hadir bersama Ilfan. Naik pentas dan bergambar dengan Nik Hafiz.
Yang paling bagus sekali sesi soal jawab yang mana ahli panelnya terdiri daripada
Rina, Hazura, Dr Nik Ariff dan dipengewrusikan oleh Asri.

Antara maklumat yang diperolehi pada hari itu ialah spt berikut:-

1.Bagi pesakit dylisis buah pinggang, ambil alpha lipid selepas dylisis dilaksanakan.
Minum 1/2 skup dahulu dan minum air ikut nasihat doktor. Protein dalam Alpha lipid tidak sama dengan apabila mengambil ikan atau daging. Protein dlm Alpha Lipid adalah
mencukupi untuk keperluan harian tubuh .

2.Alpha lipid bukannya susu, ia adalah kolostrum. Ia selamat untuk bayi dan orang dewasa serta wanita mengandung.

3. Pesakit sndi ambil lebih dos maknanya lebih dari 1 skup dan campur dengan pengambilan kapsul bagi mendapat tindakbalas lebih baik.

Ada banyak lagi maklumat beguna yang akan dinyatakan selepas ini Insyaallah.

Jangan lupa ambil Alpha Lipid untuk memberi lebih kebaikan kepada kesihatan. Hubungi saya segera di o19-2467067.

Sunday, May 24, 2009

MAKAN TELUR TINGKATKAN RISIKO DIABETIS

BH 24 Nov 2008 pg 46

Makan telur tingkat risiko Diabetis. Wanita alami kesan lebih sirius.

Biarpun menjadi sumber pelbagai vitamin dan khasiat lain, telur juga mengandungi kolesterol yang tinggi dan lemak tidak tepu yang menjadi antara risiko diabetis jenis kedua.

Diabetis adalah penyakit yang mana paras glukos dalam darah terlalu tinggi disebabkan kegagalan badan menggunakannya.

Diabetis 1 - kegagalan badan menghasilkan sebarang insulin dan lazimnya berlaku sebelum individu berusia 40 tahun

Diabetis 2 - Badan masih boleh menghasilkan insulin tetapi tidak cukup. Majoriti mereka yang mengalami masalah berat badan

Amalan memakan sebiji telur sehari boleh meningkatkan risiko penyakit diabetis atau kencing manis sebanyak 60%. Bagi wanita risiko lebih tinggi iaitu 77%

Makan telur sebiji seminggu tidak memberi sebarang ancaman


RENUNGAN

Sabda Rasullullah s.a.w "Sesungguhnya syaitan itu menjalar dalam tubuh manusia bagaikan aliran darah maka bendunglah aliran itu dengan lapar" - Mukasyafah Al Qulub pg 23

KELEBIHAN KOLOSTRUM ALPHA LIPID

Teringat kembali ceramah Saintis Michail Borissenko (Chief Saintis) untuk New Zealand New Image di Hotel Armada PJ dan Bangunan Getah Asli KL pada Nov 2008 yang lalu. Rujuk gambar beliau bersama penulis dalam rencana sebelum ini. Katanya kolostrum Alpha Lipid sangat berkesan untuk mengurangkan jangkitan pernafasan dan cirit birit.
Ia juga sangat berkesan untuk menentang virus. Berbanding dgn antibodi yg hanya berkesan kepada bakteria.

Kolostrum berkesan kepada

1.Virus
2.Bakteria
3.Fungus(kulat)

Mengimbas kembali masalah selsema atau Inluenza (flu) yg pernah menyerang dunia
spt pada tahun 1918 yang membunuh 40 - 50 juta orang, 40,000 org yang mati setiap tahun di USA 500,000 yang mati setiap tahun di seluruh dunia serta

1957 Asean Flu yg membunuh lebih sejuta org
1968 Hong Kong Flu yg membunuh lebih 750,000 org
Bird Flu yg merupakan bentuk mutasi drp Influanza

kesemuanya boleh dikurangkan dgn menggunakan kolostrum

Beliau juga menyatakan bandingan antara kolostrum dengan vaksin menunjukan bahawa kolostrum lebih berkesan 3 kali ganda daripada vaksin.

Kolostrum Alpha Lipid adalah kolostrum no 10 iaitu kualiti paling tinggi dan dihasilkan oleh Syarikat New Zealand New Image yang mana merupakan pengeluar kolostrum terbesar di dunia.

Cubalah Alpha Lipid sekarang. Mana tau ia adalah penyelesai masalah kesihatan yg anda alami.
Insyaallah.

RENUNGAN
Hadis Nabi s.a.w
"Barangsiapa yang tidak diuji antara tiap-tiap empat puluh hari dengan suatu bala, kedukaan atau musibah maka tidak ada kebaikannya di sisi Allah" - Ad Dhahak Mukasyafah Al Kulub
pg12 -Imam Ghazali

Saturday, May 23, 2009

HARI GURU

Selamat Hari Guru buat guru-guru yg dedikasi. Yang tak pernah jemu mendidik dan tak pernah
merasa bosan berhadapan dengan murid-murid yg berbagai ragam.

Belikan Yafi dan HD hadiah untuk guru mereka. sorang ada 3 hadiah terpulang kepada mereka nak beri guru yang mana. Bila balik sekolah hari tu Hd kata dia tersalah beri guru Yafi. Guru kelasnya sendiri dia tak beri apa-apa. Kelakarlah pulak. Kata Yafi mereka diberi masa 2 minit saja untuk menyerahkan hadiah-hadiah kepada guru. Bagaimanapun bagi ku nilai hadiah tu tak dapat mengatasi nilai didikan yang diterima drp guru mereka.

Sepanjang hidupku pernahlah mengajar selama 8 bulan. Mengajar sekolah menengah . Dari tingkatan 1 hingga 5 dah pernah ku ajar. Matapelajaran yg ku ajar, BM, Ekonomi, Geografi, Sains.
Paling teruk rasanya mengajar BM. Ada matapelajaran KOMSAS yang tidak diminati majoriti pelajar. Kalau satu kelas tu rasanya cuma 5% yg minat yag lainnya terpaksa. Yg letihnyan nak
melibatkan mereka dgn aktiviti KOMSAS tu.

Walaubagaimanapun semasa mengajar tu aku dapat mengajak pelajar menghayati puisi, gurindam, pantun dan syair. Ramai juga yang relahati mengeluarkan suara bila disuruh bersyair dan sebagainya. Seronoknya mengajar... malangnya aku mengajar masa belum jumpa alphalipid.
Kalau tidak tak adalah masalah keletihan dan tiada stamina menghantui ku hingga aku mengambil keputusan meletak jawatan.

Alpha lipid telah mengubah corak hidup ku. Sekarang dah 85% masalah kesakitan sendi dan
kurang stamina telah dapat diatasi. Syukur kepada Allah. Terimakasih Alphalipid!

PERPUSTAKAAN NEGERI SEREMBAN

Sambil menunggu R kat Bank Islam sempat mendaftar jadi ahli perpustakaan Negeri cuma di hadapan bank islam. Dikenakan bayaran RM 10 kerana berusia lebih 21 tahun. Boleh pinjam 2 buah buku 2 minggu. Terkejut juga sebab di Terengganu boleh pinjam 4 buah. Taulah kalau aku dah jumpa buku. 2 buah tu 2 hari saja dah selesai. Buku bahasa Inggeris pulak tu. Kononnya nak tingkatkan perbendaharaan kata.

Tak sangka jumpa Rus dan temannya di kaunter tu. Baru 2 hari lepas beri presentation tentang alphalipid di Halalmart. Alih-alih jumpa lagi kat sini. Rus minat nak cuba Alpha Lipid tapi
nak tunggu cukup bulan kut..

2 buah buku tu dah habis baca. Nak hantar tak ada kesempatan lagi. Tunggulah bila pergi bandar nanti. Terpaksalah cari buku-buku yg dah habis baca buat ulangan ...

PRODUK TERHANGAT HALALMART TERKINI!

TERHANGAT DI PASARAN!!! JANGAN TUNGGU LAGI ORDER SEKARANG SEBELUM RAYA.

Halalmart memperkenalkan produk terbaru kami yg terhangat di pasaran. Kami telah menjual
sebanyak 20 unit sejak diperkenalkan. Jangan tunggu lama-lama. Order secara berkumpulan untuk mendapat satu demontrasi memasak dan menggunakan oven.

Memperkenalkan OVEN LEMANG . Tak perlu hitam muka membakar kayu . Tak perlu berpanas menunggu lemang masak. Tak perlu cari kayu api. Sekarang kami menyediakan oven lemang yang boleh dibawa ke dalam rumah. Oven berbentuk comel , boleh
memuatkan 30 batang lemang bagi Oven Komersial . Boleh masak dalam masa 1-2 jam.
Portable dan boleh dibawa ke mana-mana.

Sila hubungi kami segera . Telefon 019-2467067 atau 019-6082112.

Penghantaran di luar kawasan boleh diuruskan dan dikenakan caj pengangkutan.

ALPHALIPID LIFELINE - SUCCESS SCHOOL DAN W/SHOP BIOREJUV

Sila hadir pada 07 Jun 2009 di PWTC menghadiri NZ New Image Success School dan
Bio Rejuv training workshop produk Kecantikan terbaru yg akan dilancarkan.

Setelah menggunakan Bio Rejuv selama seminggu, memang terasa kelainan pada kulit muka.
Spa Barnya memberi kesan bersih dan menghapuskan jerawat dgn cepat.

Cubalah hari ini untuk mendapatkan kesan yg mengkagumkan.

ziarah kematian

Jumaat lepas ziarah kematian saudara di Lenggeng Ng 9. Diberitahu melalui SMS malamnya.
Melihat jenazah terbujur kaku semasa R berdoa dan aku mengaminkan terasa seolah-olah tak lama lagi masa kita pula. Terfikir masa tu roh simati berada di mana? Adakah dlm sejahtera atau dalam keadaan di torture? Sebab dada dibuatnya. Kematiannya disebabkan tercekik semasa makan sup daging. Alangkah mudahnya kematian begini. Tak sakit lama dan tak siapa yang menyangka pemergiannya.

Dlm perjalanan balik ke Seremban sempat juga menghubungi Alam flora mencari waris si mati.
HR Alam Flora tidak dapat memberi maklumbalas yang dikehendaki.

Saturday, April 25, 2009

BP ALPHA LIPID DI IPOH

Daripada Hulu Langat terus ke Ipoh untuk menghadiri BP Alpha Lipid di Silveritage Ipoh pada 24/04/09 yang lalu. Kawan Ilfan confirm nak hadir. Dia datang dengan seorang kawan lelaki.
Yang kelakarnya, mula-mula tu dia tak percaya duit dalam beg yang ditunjukkan oleh Nik Hafiz tu duit betul. Lepas tengok presentation barulah dia percaya. Nampaknya dia tertarik dengan business ni.

Jumpa Mizi, wife dan babynya. Mereka terus ke Ipoh daripada office. Orang muda memang bersemangat. Ingat lagi, 6 bulan jugalah R memujuk Mizi untuk join .Sekarang dia dah dapat Ruby, bersungguh-sungguh betul dia ni.

Testimoni kali ni orang dari Labuan Sabah. Datang khusus untuk menjelaskan kebaikan produk Alpha Lipid. Rupanya bekas pemain bolasepak kebangsaan yang tak asing lagi Hasan Sani. Masa aku remaja dulu minat jugalah kat dia ni. Selalu tengok gambar dalam suratkhabar tentang kehebatannya merembat bola. Rupanya Hasan Sani kena gout, dan lepas minum alpha lipid Alhamdulillah dia sihat. Begitu juga dengan wifenya yang tidak lagi memerlukan segala macam vitamin yang pernah dia ambil sebab semua vitamin dan mineral dah ada dalam alpha lipid.
Isterinya Pn Noraida ada migrane, darah tinggi dan kekurangan stamina. Sejak mengambil Alpha Lipid sept 2008, kini dia bertambah cergas dan sihat. Alhamdulillah, Alpha Lipid telah memberi sinar baru dlm kehidupan mereka.

Bila pula anda ingin mencuba? Telefon saya di no tel : 019-2467067 atau 019-6082112


RENUNGAN

Manusia menjadi musuh dengan apa yang dia tidak tahu - pepatah Arab

Monday, April 20, 2009

PRODUK KECANTIKAN BIO REJUV

Menghadiri Bengkel Kecantikan Produk Bio Rejuv yang amat mengujakan. Ziana Diamond Exe tu dah licin mukanya dalam masa tiga minggu sahaja menggunakan produk ini. Colostrum diperkaya dengan 70,000 herba dari pergunungan Austria.

Kulit anda akan semulus sutera selepas menggunakannya. Insyaallah!!

Spa Barnya hanya berharga RM120 harga ahli dan boleh digunakan lama. Khasiatnya amat menakjubkan. Ia boleh meresap ke sel kulit dan membersihkan pori-pori kulit.

Tak lama lagi produk ini akan berada di pasaran secara rasmi. Tunggulah hari pelancarannya.

Tuesday, April 7, 2009

ROYALTY BONUS 15MARCH 2009

Royalty Bonus Malaysia kali ke 3 diadakan pada 15 Mac yang lalu di The Mines . Ramai sungguh yang datang. Sebanyak RM 6 juta telah dibelanjakan untuk pembayaran Royalti kepada 500 pengedar seluruh Malaysia. Seramai 60 orang mendapat duit dalam beg. Kali ini saya dapat selendang biru dan R selendang merah. Royalti akan datang adalah pada bulan Julai dan dibuat 3 kali setahun. Mereka yang di luar, marilah bersama dengan saya untuk meraih pulangan lumayan dalam perniagaan ini.

Untuk makluman, pada 18 April akan datang satu workshop kecantikan akan diadakan di Dewan Perdana FELDA jalan semarak dari jam 2.00 hingga 5.00 petang. Bayaran RM30 seorang.
Saya akan ada di sana Insyaallah!


RENUNGAN

Perjalanan beribu batu bermula dari langkah pertama. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Sunday, February 22, 2009

ALPHALIPID LIFELINE SKIM AHLI

1.KELEBIHAN JADI AHLI
Harga Runcit RM 180 setin
Harga Ahli(beli 3 tin) RM 150 setin

Pembelian seterusnya RM150 setin

1.1SKIM AHLI
TIN REBATE RM

4 4 % 16 ) Pembelian
6 – 8 8% 64 ) dalam bulan yang sama
8 – 9 12% 108 )
> 10 16% 160 )

1.2SKIM PENGEDAR

Beli 30 tin dengan harga modal RM4,500
Untung runcit RM30 x 30 tin = RM 900
Rebate pada 15 hb = RM299 – RM300
Untung RM900 + RM300 = RM1,200 (25 % dlm masa sebulan)

Perbandingan dengan menyimpan di ASN/ASB = 10% setahun
Pembelian seterusnya mendapat rebate RM25 setiap tin
Pembelian ahli baru (downline) beli 3 tin mendapat RM75
Sponsor pengedar baru (beli 30 tin) mendapat RM 500 (komisen daripada syarikat)
Layak mendapat Royalty Bonus setiap 6 bulan sekali dengan mengumpul point . 1 tin = 101 pv (Kerja dengan berkumpulan)

1.3KELAYAKAN ROYALTY BONUS
________________________________________________
Selempang pv/ov % RM
Biru 50,000 2 1,000
Merah 100,000 3 3,000
Kuning 200,000 4 8,000
Beg 300,000 4 12,000
_________________________________________________
Next Royalty Bonus on Mac 2009
2nd Royalty Bonus on Sept 2009




CONTOH PENGIRAAN ROYALTI BONUS DAN KOMISYEN RANGKAIAN (NETWORK COMMISSION)

MONTH
SEPT 08
OCT
08
NOV
08
DEC
08
JAN
09
FEB
09
MAC
total
PV/GV/NV
20,000
41,000
42,000
55,000
54,000
60,000
252,000
RM
1,000
2,050
2,100
2,750
2,700
3,000
12,900









Royalti Bonus yang akan dibayar ialah RM252,000 x 4 % = RM 10,080

Jumlah pendapatan dalam masa 6 bulan adalah Gaji Bulanan + Royalti Bonus
12,900 + 10,050 = RM22,950
Purata jumlah pendapatan sebulan = RM 3,825


2.PENGEDAR 90 TIN (MANAGER)
Kelayakan
Beli 90 tin susu sendiri atau berkumpulan dalam masa 2 bulan
Anda
30 tin
Ahli
30 tin
Ahli
30 tin

2.1FAEDAH YANG DIPEROLEHI
2.1.1 Pemberian rebat sebanyak 25 % bagi pembelian
bagi tin yang ke 31
2.1.2. Mendapat RM500 setiap tajaan pengedar baru 30 tin (supervisor)
2.1.3.Layak untuk mendapat royalti bonus 2% - 4% setiap 6 bulan sekali
2.1.4. Layak mendapat 5% daripada pendapatan rangkaian sehingga 4 generasi.

2.1.4.1Contoh

Jualan Rangkaian = 500 tin sebulan (50,000 PV) x 5 % = RM2,500 + jualan sendiri

2.1.5. Pendapatan daripada RM1,000 – RM4,000 sebulan bergantung pada jualan bulanan



3.PENGEDAR RUBY (EXECUTIVE)
3.1Kelayakan
Beli 600 tin susu secara berkumpulan dalam masa sebulan
Mempunyai 3 manager aktif (pembelian 8 tin sebulan setiap manager untuk maintenance beserta 2 manager membuat pembelian sebanyak tidak kurang 50 tin dalam kumpulan mereka)

Anda
Manager
Manager
Manager


3.2FAEDAH YG DIPEROLEHI
3.2.1. Maksimum komisen rangkaian sebanyak 22 %
3.2.2. Mendapat bonus 2 % untuk infiniti rangkaian
3.2.3 Mendapat 5%+ 2 % komisyen Rangkaian bagi 5 generasi rangkaian
3.2.3.Mendapat country pool sebanyak 1 % daripada akaun Ruby bagi 6 bulan

3.2.3.1CONTOH
Sekiranya tabung Ruby untuk 6 bulan bernilai RM600,000 jumlah ini akan dibahagi kepada jumlah penyandang Ruby bagi tempoh berkenaan . Perolehan adalah berdasarkan kedudukan Ruby diperolehi.
Sekiranya pada masa itu terdapat seramai 30 orang Ruby, setiap orang akan mendapat RM20,000 seorang. Disamping itu point yang dikumpul setiap bulan iaitu PV/NV tetap dikira untuk 6 bulan bagi Royalti Bonus.
3.2.4.Pendapatan hingga RM8,000

3.3 KELEBIHAN MENJADI RUBY BERBANDING SUPERVISOR DAN MANAGER

3.3.1 Ruby akan mendapat dua jenis bayaran semasa Royalti Bonus

v Bayaran 6 bulan tabung Ruby yang terkumpul
v Bayaran 6 bulan bagi jumlah poin yang dikumpul

Contoh: Tabung Ruby RM20,000
Poin terkumpul 300,000 x 4% =RM 12,000
Bayaran Royalti adalah RM20,000 + RM12,000 = RM32,000

Wednesday, February 11, 2009

DAFTAR SEKARANG - RHUMATOID ARTRITIS

Daftar sekarang. Telefon 019-2467067 (Abd Rahim) atau 019-6082112 (Noorini)
AlphaLipid Lifeline memberikan apa yang anda inginkan selama ini. Insyaallah, ia bukan ubat, tetapi makanan tambahan yang diperlukan oleh tubuh badan setiap hari bagi mengekalkan kesihatan dan memberikan pertumbuhan yang baik bagi sel-sel badan yang telah usang atau rosak.

Testimoni terbaru

Puan A dari Senawang Seremban

Sejak tahun 2001, Pn A telah dikenalpasti oleh Doktor Pakar mengidap penyakit Rhumatoid Artritis iaitu satu jenis penyakit sendi . Keadaannya agak teruk kerana Pn A tidak boleh bekerja dengan selesa apabila semua sendi merasa sakit. Sukar untuk bangun tidur, selalu pening kepala, mata seperti dicucuk jarum dan lenguh kaki bila berjalan. Beliau berhenti kerja pada tahun 2003 kerana tidak tahan lagi dengan sakit yang diidapinya.

Bila menjadi suri rumah keadaannya semakin teruk kerana beliau gemar melakukan kerja rumah serta menanam pokok bunga. Oleh kerana keadaannya itu, dia seringkali keletihan yang amat sangat . Waktu tidur amat menyiksakan kerana beliau berasa sakit sehingga sendinya berdenyut-denyut seperti ada bisul di dalamnya.Alhamdulillah, setelah mengamalkan Alphalipid Lifeline 6 bulan yang lalu, keadaan Pn A bertambah baik. Tiada kesukaran bangun pagi. Beliau boleh melakukan aktiviti seharian dengan lebih selesa. Yang paling penting prestasi pelajaran anak-anak semakin meningkat kerana Pn A boleh memberi tunjukajar kepada mereka setiaphari iaitu perkara yang tidak dapat dilakukannya sebelum ini.

Alhamdulillah, Pn A memanjatkan kesyukuran setiap hari kerana Allah telah menemukannya dengan Alpha Lipid Lifeline.

Saturday, February 7, 2009

MENGAPA PERLU JADI AHLI ALPHA LIPID LIFELINE

Mengapa jadi ahli? Daftar sekarang dengan pembelian 3 tin dapat diskaun RM90 kan berbaloi tu. Kalau beli satu -satu harganya RM180. Dengan modal RM450 dapat 3 tin Insyaallah dengan penggunaan berterusan kesihatan kita akan bertambah baik.

Jadi apa tunggu lagi, daftar sekarang dengan saya . TEL 019-2467067. Atau datang sendiri ke Halalmart di NO 198 Jalan Lavender 6 Lavender Business Square Senawang Seremban.

Kami juga membuat penghantaran ke sekitar Lembah Klang Cuma telefon sahaja.
Kalau di Luar Lembah Klang kita akan guna perkhidmatan courier.

Monday, February 2, 2009

ALPHALIPID LIFELINE AMAT BERMAKNA

Alpha Lipid Lifeline susu awal lembu keluaran New Zealand sedang hangat di pasaran.
Kat KL setelah 8 bulan dilancarkan, ramai sungguh pengedar yang berminat mengedarkan produk ini. Buktinya setiap hari Rabu malam di Bangunan Getah Asli bukan main ramai yang hadir untuk mendapat pengetahuan baru mengenai marketing plan ALPHA LIPID.

Minggu Lepas, keadaan sesak seperti biasa hingga ramai yang duduk di lantai mendengar Nik Hafiz bercerita sambil menerangkan kaedah menjadi pengedar. Riuh dengan gelak ketawa bila beliau berjenaka. Rasanya Nik Hafiz boleh digelar selebriti Alpha Lipid. Peminatnya bukan main ramai lagi. Kalau dia bercakap memang tak kering gusi dibuatnya. Satu Jam serasa 15 minit berlalu.

Semakin ramai bergelar pengedar 5 angka. 5 angka tu gaji sebulan. Nik Hafiz pulak mencari formula baru untuk mencari 7 angka. Wau! kehebatan yang diperolehi hasil dari kerja keras, ketabahan dan kesabaran yang tinggi. Menurutnya baru saja membayar zakat sebanyak RM 500,000.

BAGAIMANA NAK MENJADI PENGEDAR YANG BERJAYA? JANGAN LUPA TELEFON SAYA DI NO : 019-2467067 ATAU 019-6082112 DENGAN SEGERA. DAFTAR JADI AHLI DULU.