Thursday, November 27, 2008

SUSU ALPHA LIPID LIFELINE

Tel: 019-2467067 sekarang untuk mendapatkan susu Alpha Lipid .Jangan tunggu lagi. Colostrum Alpha Lipid adalah daripada Colostrum no 10 yang mana merupakan colostrum terbaik dari New Zealand!

Khasiatnya telah terbukti. Insyaallah telah ramai mencuba dan berjaya mengatasi masalah mereka.

Anda bila lagi?

TESTIMONI kami telah bertambah. Sila ikuti catatan seterusnya....

Monday, November 24, 2008

SAINTIS COLOSTRUM MICHAIL BORISSENKO DI KL


Michail Borissenko bersama penulis di P. Jaya sempena ceramah beliau mengenai Colostrum


23 Nov 2008 Ahad.

Tiba di Hotel Armada PJaya. Majlis telahpun bermula dengan sesi Nik Hafiz. Bilik Laksamana dipenuhi pengedar Alpha Lipid Lifeline yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut kehebatan Colostrum yang dikeluarkan di New Zealand khususnya oleh Syarikat New Image.

Michail Borissenko memulakan ceramahnya dengan memuji keindahan Malaysia. Beliau menerangkan mengenai colostrum dan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh beliau untuk membandingkan kebaikan colustrum berbanding dengan vaksin dan pengambilan antibiotik.
Beliau adalah pakar dalam mikrobiology manakala isteri beliau pula pakar dalam antibodi.
Untuk mengetahui dgn lebih lanjut mengenai colostrum sila layari http://www.colostrumresearch.org/
dan beliau boleh dihubungi melalui e-mail michail@colostrumresearch.org

Antara lain colostrum ialah:-

-first of pre milk
-first food newborn receive
-A highly Nutritious Functional food
-Contains many health promoting subtances
-Colostrum support life

Kebaikan Colostrum

1.Menentang penyakit
2.Sangat berkesan mengurangkan jangkitan pernafasan dan cirit birit
3.Colostrum berkesan melawan virus, bakteria dan fungus
4.Terbukti menghalang dan mengurangkan influenza
5.Colostrum lebih berkesan 3 kali ganda daripada vaksin
6.Colostrum terbukti membantu mencegah punca-punca keracunan makanan
7.Colostrum boleh menghalang keracunan makanan

Banyak lagi maklumat yang boleh juga didapati di laman web di atas.

Jumpa Rina mendapatkan tempat BP di KK yang mana dimaklumkan akan diadakan di Daya Hotel jam 8.30 malam pada 30 nov ini. Diharap Mizan, Fauziah dan datin Sarimayan dapat hadir bersama rakan dan saudara mara untuk mengetahui dgn lebih lanjut marketing plan Alpha Lipid Lifeline yang hebat dan mengujakan.

Sunday, November 16, 2008

JUTAWAN ALPHA LIPID DI SENAWANG


14 Nov 2008 jam 8.30 malam Alpha Lipid BP diadakan di Senawang. Rasanya dah 3 kali di adakan di sini sepanjang tahun ini. Malam ini hujan renyai. Walaupun begitu ramai juga yang datang.

Kami bawa seorang ahli baru dari Kuala Pilah. Katanya nak bawa kawan, tapi mereka tak sempat datang.

Testimoni malam ini

1. Pesakit gout .
Berusia 51 tahun . Dah sembuh dari gout apabila mengamalkan Alpha Lipid. Nampak sangat gembira dengan penemuan ini.

2.Pesakit asma, resdung dan sakit lutut.

Baru makan setengah tin masalahnya dah selesai. Hebat betul kesannya kepada pesakit ni macam tak percaya tapi pesakit tu sendiri yang menceritakan keadaannya. Katanya ada benda berketul keluar dari hidung dan berbau busuk. Bila benda tu tak ada barulah pernafasannya menjadi lega. Lutut pulak dah 3 bulan sakit, tak boleh sembahyang biasa kena duduk. Baru 3 hari minum Alpha Lipid, dah boleh sembahyang seperti biasa.

Sekarang dah jadi pengedar 30 tin - supervisor. Adik accident terlantar di hospital. Dr yang merawat menegurnya kerana memberi adik AL. Tapi lepas tu Dr tu pulak nak jadi ahli.

3. Pesakit di Kuala Pilah. Diceritakan oleh Ustadz Hishamudin.

Pesakit HIV Aids, TB dan Stroke. Dibantu isteri masa nak pegi toilet. Kulit berkudis dan berbau busuk. Hari-hari suntik ubat TB. Setelah mengamalkan Alpha Lipid selama sebulan lebihkurang, boleh pergi ke tandas sendiri. Kudis dah kering. Suntikan TB berkurangan kepada 3 kali sahaja seminggu.

Seperti biasa Nik Hafiz jutawan Alpha Lipid memberi ceramahnya. Kalau orang Ng 9 tak nak ikut tak ape, meraka akan terus mengedarkan Alpha Lipid ke seluruh Malaysia dan menjana kedudukan kewangan yang baik.

Insyaallah, Insyaallah...

MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON

Hari ini 16 Nov 2008 bersama R, Ipi, Kirah, Yafi dan Hd ke Muzium Tentera di Port Dickson.
Tujuan sebenar nak dapatkan bekalan sardin pertima yang dah kehabisan. Mana lagi kalau tak dapatkan dari kawan seniaga Yakin Mart di Lukut. So perjalanan pagi bermula jam 10.00 setelah mengambil sarapan di warung murah pilihan Hd. Sampai lebihkurang jam 11.00 pagi.

Parking aje kereta dah nampak helikopter tentera yang diletakkan di atas bukit bersebelahan.
Naik tangga ke muzium nampak pula keretapi lama , meriam dan kereta kebal. Budak-budak tu apa lagi, tak sempat-sempat nak membelek kesemua objek yang selama ini menarik perhatian mereka. Kadang-kadang tu dalam ilusi sahaja. Sebab tak berkesempatan membawa mereka ke tempat begini.

Dah lama sebenarnya nak bawa mereka ke muzium tu. Pernah dengar mengenainya dalam radio Negeri FM dalam ruangan jongok sano jongok sini. Tertarik dengan perbualan dlm rancangan tu aku mengajak R sejak 2 bulan yg lalu. Tapi nampaknya tak ada respon.

Semalam tiba-tiba katanya nak pegi ambil bekalan sardin, so aku sarankan supaya kami melawat muzium tu sekali. R pun setuju, tapi aku hanya diamkan dulu takut kalau-kalau tak jadi. Kesian kat budak-budak. Malam tadi entah kenapa ketiga-tiga mereka Ipi, Yafi dan Hd serentak membuat lukisan formasi serangan dalam buku masing-masing sebelum mereka tidur.
Entah kenapa mereka termasuk Ahmad memang suka melukis formasi serangan dan kemudian akan menceritakan kepada adik-beradik yang lain apa senjata yang digunakan dan bagaimana serangan akan dilakukan.

Hd yang paling kecil baru memulakan minat ini 3 minggu yang lalu. Aku amat terkejut apabila dalam kereta semasa perjalanan ke KL dia menyerahkan kepadaku lukisan formasi serangan kepadaku. Dalam terkejut tu aku ketawa besar kerana Hd pun dah masuk geng dengan abang-abangnya yang lain.

Takut juga kalau mereka minat nak jadi askar. Tentu R tak benarkan. Tapi kalau tengok minat diaorang sekarang, dah pasti askarlah yang mereka pilih. Hd pernah minta aku belikan majalah askar yang ada di pasran. Memandangkan harganya yang mahal, aku tak jadi beli. Kalau setakat 4 atau 5 ringgit dah pasti aku belikan setiap bulan.

Rupanya kami dah habiskan masa selama 2 jam dalam muzium itu kerana keluar pada jam 1.30 petang. Ada lagi yang kami tak masuk . Terowong komunis tu menarik juga walaupun agak panas. Yang paling menarik adalah buku yang ditulis oleh Prof Fawzi Basri. Bukan apa ada sedikit catatan mengenai pengujudan Palapes UKM . Ianya mengembalikan nostalgiaku kerana akulah antara Palapes pertama di UKM yang menamatkan latihan dan ditauliahkan sebagai Lt Muda.

Sempatlah R buka mulut mengenai Alpha Lipid kepada kawannya di Yaqin Mart. "Kita hanya berusaha, Allah juga yang membuka pintu hatinya" R menyatakan kepadaku semasa perjalanan balik.

Hari ni lupa nak bawa kamera. Hairannya Kirah pulak yang rasa kesal. R kata bila-bila masa kita boleh datang lagi. Muzium dibuka hari Rabu hingga Ahad dari jam 10.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Ramai juga yang datang pada hari ini. Kanak-kanak amat suka dengan semua objek tentera yang di pamerkan di luar dan dalam muzium tu. Tapi ada sesuatu yang hilang. Tak ada caption mengenai semua objek tu. Kalau ada tentu lebih menarik. Lagi satu kipas udara untuk terowong yang ada depan kafeteria tu patutnya ada tanda dilarang sentuh atau di kurung dalam pagar. Sebabnya masa kami berihat di situ, 3 orang kanak-kanak cuba mengusiknya dengan tangan. Nasib baik tak luka. Dua kali R sergah budak yang cuba mengusik kipas berpusing laju tu. Keselamatan pengunjung perlu diutamakan juga.



RENUNGAN
"Jauh berjalan luas pengalaman"

Wednesday, November 12, 2008

JUTAWAN SENYAP DI HALALMART



11 Nov 2008

Hari ni tak jadi ke kl kerana tak dapat hubungi RH. Rupanya itulah hikmahnya. Kay dan Chibi datang bersama" jutawan senyap" siapa lagi kalau bukan Dato Chef Li. Walaupun dah lebih 10 tahun jadi biras ku barulah kali ni aku dapat berbual santai dengannya.




Malam tu keluar awal jam 7.30 membeli barangan keperluan memasak untuk makan malam.
Jam 7.45 dah mula memasak. Menu malam ini ringkas tetapi menarik. R yang sediakan menu mengikut citarasanya. Ikan Cencaru bakar cicah air asam, sotong masak mamak (resepi ciptaan R), Sayur campur dengan udang, telur dadar dengan cili api, ikan masin. Minuman, air kosong dan cincau ais. Cincau buatan chef Li yang dibawa last minute.

Jam 8.30 makan malam bermula dan kelihatannya semua tetamu makan dengan berselera sekali. Alhamdulillah!

Tak sangka AZ datang lewat malam beli susu 3 tin lagi. Mmm.. kat mana dia jual susu tu ye?

RENUNGAN
Makanan yang baik membina darah dan daging yang baik. Paling penting memudahkan kita beribadah kepada yang Maha Esa.

JADUAL TERBARU BP ALPHALIPID NOVEMBER 2008

1Setiap hari rabu malam di Bangunan getah Asli Kuala Lumpur

2. 14 Nov jam 8.30 malam di D' Ark Taman Sri Kasih Senawang Seremban

3.15 Nov jam 9.00 am - 5.00 pm Sheraton Imperial K.Lumpur Success School

4. 16 Nov Jam 3.00 pm K.Lipis Centre Point Hotel

5. 21 Nov Jam 3.00 pm Michail Borissenko Kota Bharu

6. 22 Nov jam 8.30 pm Penang State Library Seberang Prai

7. 23 Nov jam 8.30 pm Michail Borissenko Nikko Hotel kl

8. 24 Nov jam 8.30 pm M.Suites Hotel Johor Bharu


Sila datang beramai-ramai dgn membawa kenalan dan saudara untuk mengetahui dan mengenali alpha lipid dan Rancangan Perniagaannya yang hebat.


RENUNGAN
Kita merancang, manakala Allah juga merancang, sesungguhnya perancangan Allah yang paling baik untuk kita

MURID-MURIDKU

Salam untuk murid-muridku.

Selamat menduduki peperiksaan SPM. Semoga boleh menjawab dengan tenang dan berkeyakinan dan seterusnya mendapat keputusan cemerlang. anda boleh!

Minta maaf kerana tidak dapat menghadiri pertemuan yang telah diatur pada hari sabtu lepas. Saya ada program di Halalmart. Lain kali kita boleh berjumpa lagi.

Buat Sofwa, qin, muaz, nabil, hanis, zaid, zul, aizan, karomi, malik, solehah, humaira, taqwa, dan dua lagi yg saya ingat tapi lupa nama anda semua murid-murid yang baik dan berkebolehan.
Perjuangan anda baru bermula . Harap-harap anda telah menydiakan senjata bersesuaian untuk memerangi musuh yang tiba.

Selamat menduduki peperiksaan sebenar dan saya doakan semua berjaya dengan cemerlang.

Saturday, November 1, 2008

SUSU OH SUSU

Tentunya susu Alpha Lipid. Memang aku ni agak sukar nak minum susu ni. Kalau susu lemak manis macam Teapot ke, F&N ke tak apelah jugak. Ni susu awal lembu. Mula-mula minum memang susah, satu gelas tu lama jugaklah nak habiskannya. Nak mulakan meneguk satu hal nak habiskan segelas satu hal lagi. R selalu marah padaku bila aku melambat-lambatkan minum susu tu. Selalunya dialah yg bancuhkan susu tu untukku. Kalau tidak aku pura-pura lupalah apa lagi. Tapi bila aku mengadu penyakit sendiku datang lagi, dia akan memulangkan paku buah keras. Kadang-kadang aku minta Hd anak yg bongsu berkongsi dgn ku . aku minum separuh dan dia minum separuh. Kadang2 dia lari tak nak bersekongkol dgnku kerana "nanti ayah tanya' katanya padaku.

Tapi setelah mengambil AlphaLipid lebihkurang 4 bulan, perubahan ketara berlaku pada diriku.
Sekarang aku sendiri yg bancuh susu untuk diri sendiri . Meminumnyapun tak sukar manapun, 3 teguk dah habis. yg paling penting tubuh badan rasa bertenaga dan sakit sendi beransur kurang. Kadang-kadang tak rasa sakitpun. R pun dah pandai minta aku bancuh susu untuknya.

Tiba-tiba KL dan Z mengadu susu mereka tak rasa apa, tawar hebe. Lepastu macam tepung jagung rupanya. Terkejut jugaklah. Tapi Nik Hafiz kata mungkin disebabkan perubahan cuaca.
Satu hari aku tanya Mira dan emaknya bagaimana rasa susu yg mereka minum. Ada tak rasa tawar. Jawapan mereka mengejutkan.... Selama ini mereka tak pernah rasa susu tu manis. Baru-baru ni tiba-tiba mereka dapat rasa susu tu manis. Pulak dah! Yang kami selama ni rasa susu tu manis. Sekarangpun kami masih rasa susu tu manis dan sedap!!!. Mungkin susupun pandai pilih tuan kot....

Dapatkan susu Alpha Lipid Lifeline untuk kesihatan tubuhbadan yg lebih baik.Berkhasiat, meningkatkan imunisasi badan dan memberi tenaga yg diperlukan. Dapatkan sekarang juga. Hubungi saya di tel no: 019-2467067 atau 019-6082112

RENUNGAN

Rezki, ajal dan maut di tangan Allah swt. Berdoa dan berushalah semoga kita sentiasa mendapat rahmatNya..

BUSINESS PRESENTATION ALPHALIPID KL 29/10

Rabu 29/10/2008

Ke KL membeli susu lagi. Spt biasa pejabat NZ New Image tak menang tangan. Kadang-kadang nampak pekerjanya tak terlayan pengedar yg datang. Mukapun tak senyum lagi. Semuanya jadi sirius mengalahkan pak menteri yg menguruskan masalah negara. Dah tiba masanya pejabat ini diasingkan dengan tempat pembelian kerana perkembangan syarikat yg mendadak pada masa ini.

Malam jam 8.40 dah sampai semula di hadapan "Sikembar" gelaran baruku untuk bangunan berkembar Petronas yg tersergam indah . Seperti biasa Sikembar sentiasa gagah dan menyinarkan cahaya gemilangnya berterusan. Aku tak lengah lagi terus mengambil beberapa shot. Ayang datang bersama Along dan Boy. Cukuplah tiga dulu. Nanti bawa org lain pula. Spt biasa BP ALipid meriah sungguh. Kali ini lebih ramai yg hadir 300 org tak kurang mengikut firasatku.

TESTIMONI MALAM INI

1.Pn Nurul Hazira Ibrahim berusia 28 tahun. Telah 10 tahun lumpuh dan 10 kali menjalani pembedahan pemulihan saraf dan tulang. Kaki kanan dan kiri tak sama besar. Mengidap barah payudara. Selepas mengambil Alpha Lipid selama 5 minggu telah boleh berjalan semula. Tak perlu pain killer. Barah payudara juga telah sembuh. Asalnya terjatuh semasa berusia belasan tahun. Awal penggunaan merasa amat sakit hingga berguling-guling dilantai. Alhamdulillah
telah sembuh dan menceritakan sendiri pengalamannya malam ini.

2. Ustaz Bakri Mamat. Mengalami gout seminggu dalam bulan ramadhan. Mengambil Alpha Lipid dan sembuh serta boleh makan apa sahaja makanan yg sebelum ini beliau berpantang.

Ayang pinjam 5 tin susu dan ketika teks ini ditulis telah terjual 3 tin.
Insyaallah, niat yg baik akan diizinkan Allah!

RENUNGAN

"The healthy have many wishes, the sick only have one"