Tuesday, July 21, 2009

KEPULANGAN YANG ABADI

2hari sahaja selepas melawat sepupu dihospital, saya menerima telefon daripada adik
yang dengan nada sedih memberitahu kepulangannya ke rahmatullah. Innalillah.... daripadaNya kita datang dan kepadanya jua kita kembali.

Ke Hulu Langat Taman Damai . Betapa ramai orang yang datang berziarah. Bertemu semula dengan sepupu-sepupu, sahabat, kawan dan sanak saudara yang dah lama tidak bertemu.

Meninggal dalam usia yang muda. Sesungguhnya ajal dan maut tidak mengira usia. Kita harus
berhati-hati. Ingatan kepada Mati perlu ada pada diri setiap insan supaya kita menjadi orang mukmin yang dirahmati Allah swt.

Sama-samalah kita menyedekahkan AlFatihah kepada mereka yang telah meninggalkan kita.
Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin...

No comments: