Saturday, May 23, 2009

PERPUSTAKAAN NEGERI SEREMBAN

Sambil menunggu R kat Bank Islam sempat mendaftar jadi ahli perpustakaan Negeri cuma di hadapan bank islam. Dikenakan bayaran RM 10 kerana berusia lebih 21 tahun. Boleh pinjam 2 buah buku 2 minggu. Terkejut juga sebab di Terengganu boleh pinjam 4 buah. Taulah kalau aku dah jumpa buku. 2 buah tu 2 hari saja dah selesai. Buku bahasa Inggeris pulak tu. Kononnya nak tingkatkan perbendaharaan kata.

Tak sangka jumpa Rus dan temannya di kaunter tu. Baru 2 hari lepas beri presentation tentang alphalipid di Halalmart. Alih-alih jumpa lagi kat sini. Rus minat nak cuba Alpha Lipid tapi
nak tunggu cukup bulan kut..

2 buah buku tu dah habis baca. Nak hantar tak ada kesempatan lagi. Tunggulah bila pergi bandar nanti. Terpaksalah cari buku-buku yg dah habis baca buat ulangan ...

No comments: