Friday, July 17, 2009

HKL MELAWAT PESAKIT

Melawat sepupu sakit di HKL. Rupanya sekarang ni susah nak dapat parking kat HKL.
Aku sorang yang naik melawat di wad radioteraphy Onkology HKL. Kesihannya lihat Suzana.
Biasanya aku melihat seorang wanita cantik dan anggun serta ramah tamah. Tetapi kali ini hanyalah seorang wanita berusia yang kesakitan. Hanya mengeluh dipembaringan dan tidak berdaya untuk berkata-kata. Rupanya seluruh organ dalaman beliau telah rosak hingga 90% kerana serangan cancer rahim.

Aku tidak bedaya untuk menyuarakan apa-apa perasaanku. Menahan airmataku dari tumpah. Walaubagaimanapun ia menitis juga di hadapan pesakit. Kubacakan selawat Nabi,alfatihah dan zikir Nabi Allah Yunus semasa di dalam ikan Nun. Akhirnya dia tertidur. Aku tinggalkan HKL dalam seribu wajah dan perasaan yang tidak terungkap. Terdetik juga perasaan ku, alangkah eloknya kalau aku dapat perkenalkan Alphalipid Lifeline kepadanya setahun atau dua tahun yang lalu.

Doaku m0ga Allah merahmati beliau. Amin!

No comments: