Thursday, December 22, 2011

PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM

Menghadiri Seminar Perancangan Harta pusaka Islam di kelana Jaya. Penat jugalah. Mana taknya belajar mengenai Faraid. Iaitu pengiraan mengenai pembahagian harta pusaka mengikut Islam. Alhamdulillah, sekarang barulah jelas pengiraannya. Sebelum ini hanya melihat dalam geran tanah pembahagian tanah secara faraid. Ada yang 1/12, 1/ 21/ 1/16 dan macam-macam figure lagi. Apa pun sekarang bertambah yakin lagi.

Perancangan Harta Pusaka Islam adalah Pengurusan Harta Pusaka secara teratur dan sah menurut undang-undang dan hukum syara' yang dilakukan sebelum kita meninggal dunia

Kenapa ia perlu?

1. Mengelak masalah pada harta Pusaka
2.Memastikan harta anda dibahagi kepada orang yang tersayang
3.Mengelakan pertelingkahan diatara ahli keluarga
4.Untuk melengkapkan lagi perancangan kewangan anda

Jenis Perancangan Harta yang dibenarkan dalam Islam adalah Wasiat, Hibah, Sedekah, Wakaf, Amanah dan Harta Sepencarian.

Sistem Pembahagian harta Pusaka Islam

1.Menyelesaikan Perbelanjaan Pengkebumian
2.Menyelesaikan hutang-hutang (dunia dan akhirat)
3.Menyelesaikan tuntutan Harta Sepencarian
4.Melaksanakan Wasiat
5.Membahagikan harta yang tinggal mengikut faraid

Banyak masalah yang akan timbul tanpa perancangan harta pusaka!!! Sebelum terlambat, hubungi saya untuk penerangan lanjut.
Hubungi tel: 019-2467067 sekarang!! Saya adalah agent berdaftar dengan As Salihin Trustee Berhad Pakar dalam Perancangan harta Islam .