Sunday, July 12, 2009

HORAS MANDAILING

Horas Tondi Mandingin Sayo Matua Bulong!

Marilah cuba Alpha Lipid Lifeline kolostrum awal lembu untuk menghindari penyakit dan menyihatkan tubuh badan Insyaallah. Untuk mengetahui lebih lanjut khasiatnya hubungi saya di tel no: 019-2467067.

Mencari maklumat mengenai keturunan Mandailing di Internet. Memang banyak tetapi meragukan. Namun maklumat oleh Dr Abd Razak Lubis beserta kajian beliau agak meyakinkan.
Walaubagaimanapun terdapat pertikaian mengenai samada Mandailing berasal dari Batak .
Kalau ikut IMAN atau Ikatan Mandailing Malaysia, mereka mengakui hakikat ini. Namun jika merujuk kepada LAMA iaitu Lembaga Adat Mandailing pula mereka tidak mengakuinya. Dr Abd Razak mengeluarkan kenyataan berasaskan kajian yang detail sekali. Adalah diharapkan mereka boleh duduk semeja untuk mengetengahkan kajian masing-masing.

Bagi diriku pula nenek sebelah ibuku adalah berketurunan Mandailing marga Nasution.
Menurut kata nenek ku mereka berpindah daripada Selama Perak dan membuka tanah di Batu 18 Hulu Langat di hadapan Balai Polis Batu 18 . Masa aku kecil nenek selalu menceritakan mereka berpindah dalam kumpulan yang ramai. Moyang ku adalah ketua orang mandailing
bernama Hj Ali. Sehingga kini kaum mandailing ramai di Dusun Tua Hulu Langat dan kebanyakannya adalah bersaudara sebelah ibuku.

Nenek ku pula berkahwin dengan datuk merupakan suku Bilah yang mana moyang perempuanku adalah orang rembau berketurunan suku Biduanda Sedia Raja.

Ayah R pula adalah orang Mandailing marga Nasution juga. Datuknya tiga beradik datang ke Tanah Melayu membuka penempatan di Perak Telok Intan. Tiga beradik itu adalah Megat, Hasan dan Ibrahim. Datuk R adalah Ibrahim. Keturunan ini selalu mengadakan perhimpunan keluarga setiap tahun di Perak. Biasanya pertemuan diadakan pada hari raya kedua di salah sebuah rumah keluarga berkenaan. Biasanya pada keturunan Hasan. Malangnya sudah 3 tahun kami tidak mendapat undangan dalam perhimpunan tersebut. Mungkin mereka telah kehilangan alamat dan no telefon kami.

Walaubagaimanapun pada awal tahun ini kami berjumpa dengan dua pupu R bernama Hj Ahmad Kunci Air yang berusia 82 tahun. Katanya dia memiliki teromba salasilah keluarga ini.
Yang amat menariknya beliau bersaudara pula dengan makcik ku Ramlan yang berkahwin dengan seppupu ayahku berketurunan Kerinchi bernama Ramna. Alahai! tak sangka pula.!

Satu masa kami akan mengunjungi beliau untuk merapatkan hubungan silaturrahim.Insyaallah!

1 comment:

Cheguman Daulay said...

Assalamualaikum. Mohon hubungi saya sebab saya sedang mencari susur galur keturunan ayah saya (daripada ibunya). Saya pernah hadir majlis si rumah hj ahmad kunci air. Saya juga daripada keluarga megat. 0194402211. Tapi saya bermarga daulay kerana ayah kepada ayah saya marga daulay.