Saturday, May 23, 2009

HARI GURU

Selamat Hari Guru buat guru-guru yg dedikasi. Yang tak pernah jemu mendidik dan tak pernah
merasa bosan berhadapan dengan murid-murid yg berbagai ragam.

Belikan Yafi dan HD hadiah untuk guru mereka. sorang ada 3 hadiah terpulang kepada mereka nak beri guru yang mana. Bila balik sekolah hari tu Hd kata dia tersalah beri guru Yafi. Guru kelasnya sendiri dia tak beri apa-apa. Kelakarlah pulak. Kata Yafi mereka diberi masa 2 minit saja untuk menyerahkan hadiah-hadiah kepada guru. Bagaimanapun bagi ku nilai hadiah tu tak dapat mengatasi nilai didikan yang diterima drp guru mereka.

Sepanjang hidupku pernahlah mengajar selama 8 bulan. Mengajar sekolah menengah . Dari tingkatan 1 hingga 5 dah pernah ku ajar. Matapelajaran yg ku ajar, BM, Ekonomi, Geografi, Sains.
Paling teruk rasanya mengajar BM. Ada matapelajaran KOMSAS yang tidak diminati majoriti pelajar. Kalau satu kelas tu rasanya cuma 5% yg minat yag lainnya terpaksa. Yg letihnyan nak
melibatkan mereka dgn aktiviti KOMSAS tu.

Walaubagaimanapun semasa mengajar tu aku dapat mengajak pelajar menghayati puisi, gurindam, pantun dan syair. Ramai juga yang relahati mengeluarkan suara bila disuruh bersyair dan sebagainya. Seronoknya mengajar... malangnya aku mengajar masa belum jumpa alphalipid.
Kalau tidak tak adalah masalah keletihan dan tiada stamina menghantui ku hingga aku mengambil keputusan meletak jawatan.

Alpha lipid telah mengubah corak hidup ku. Sekarang dah 85% masalah kesakitan sendi dan
kurang stamina telah dapat diatasi. Syukur kepada Allah. Terimakasih Alphalipid!

No comments: