Thursday, July 23, 2009

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

22 Julai, keMelaka lagi. Suasana agak suram kerana hari ini gerhana matahari. Since dalam kereta dan masih musafir aku hanya berdoa yang baik-baik sahaja .Jam 9.30 pagi sampai ke Balai Polis Unit trafik Bandar Melaka. Betul-betul dalam kawasan pelancongan.
Ambil arnica redakan kekeringan tekak.
Sementara R menguruskan dokumen di Balai Polis, aku dan Awon berehat di hadapan Bangunan Muzium Kecantikan atau "Museum Of Enduring Beuty". Tingkat atasnya pula muzium layang-layang. Dapat maklumat sedang berlangsungnya pameran lukisan batik koleksi Pn Fauziah Bt Hj Yahya di Balai Seni Lukis Melaka daripada17 Julai hingga 31 Ogos 09.

Selesai urusan bersarapan di Restoran 85 diDurian Daun Dalam berdekatan Maktab Perguruan.
Apa yang nyata Melaka adalah sebuah negeri yang bersih. Jalan-jalan rayanya semua bersih. Pagi lagi sebelum jam 9.00 pagi tukang sapu akan melaksanakan tugasnya. Sebab itu selepas jam 9.00 pagi dah tak ada sampah dan tukang sapu di tepi-tepi jalan.

Tak hairanlah ada pelancong yang apabila ditanya apa yang menarik tentang Melaka, beliau menjawab' bandarnya yang bersih.'Diharap keadaan ini akan berkekalan agar Melaka bandar warisan dunia ni lebih terkenal di seluruh dunia....

No comments: