Sunday, July 12, 2009

TAMAN TAMADUN ISLAM TERENGGANU

11 julai 2009

Daripada Dungun bilik al majid dan alwahid D"Pantai bergerak ke Kuala Terengganu.Sebelum tu minum dulu Alpha Lipid Lifeline breakfast for smart people. Ingatkan nak breakfast di Pakngah nasi dagang di Chendering. Rupanya kedai tu tutup . Aku syorkan ke Restoran Nasi Kerabu di Bandar Kuala Terengganu bersebelahan dengan Pejabat Perancang Bandar dan Desa (Penilaian)

Membawa anak-anak melawat Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu.

Kami tidak melawat seluruh kawasan (32.2 hectar merupakan tanah yang ditambak). Apa yang paling menarik adalah Perkhidmatan menyelusuri Sg Terengganu dengan perahu Payang. Perkhidmatan TTI River Cruise dibuka setiap hari kecuali jumaat. Tambangnya RM10 bagi mereka yang berumur 7 tahun ke atas. Jaket keselamatan disediakan. Perjalanan adalah untuk tempoh 50 minit hingga satu setengah jam mengikut keadaan ombak sungai.(purata 3.4 meter dalam ) Sepanjang perjalanan itu pemandu pelancong akan menerangkan mengenai laluan dan sejarah di sekeliling kawasan tersebut.

Perahu Payang yang dinaiki boleh memuatkan 10 orang. Harga perahu saja RM170,000.
Jeti untuk menaiki perahu adalah jeti yang paling moden dan cantik yang pernah aku lalui.

Laluan 1 -Losong

Losong berasal dari perkataan 'low song' yang mana pada masa dahulu pihak Inggeris pernah membuat penempatan di Losong dengan menyiarkan lagu-lagu perlahan bagi menarik minat masyarakat Terengganu. Terengganu tidak pernah dijajah oleh Inggeris hingga kini. Losong terkenal dengan keropok yang enak dan berbeza dengan keropok di tempat lain.

Laluan 1 - Burung Helang

Terdapat 2 ekor helang mendiami sepohon pokok di tebing sg Terengganu. Keduanya menanti ikan untuk disambar.

Laluan 1 - Pokok Nipah

Sepanjang Sg terdapat pohon-pohon Nipah tumbuh subur. Daun Nipah boleh dibuat tudung saji, terendak, dan atap. Buahnya sedap seperti laici. Air nipah baik untuk penyakit darah tinggi.

Laluan 1- Muzium Terengganu

Bangunan muzium Terengganu adalah binaan yang amat unik . Ia diilhamkan daripada cara binaan istana Terengganu. Pernah menjadi muzium terbesar di Asia Tenggara. Sekarang menjadi muzium terbesar di Malaysia. Melawat keseluruhan kawasan muzium akan mengambil masa 3 hari.

Laluan 2 - Penempatan Laksamana Cheng Ho

Melalui kawasan Bukit Datu yang mana pernah menjadi penempatan Laksamana Cheng Ho semasa beliau singgah ke Terengganu.

Laluan 2 - Pengkalan Batu

Kawasan nelayan bubu jaring. Boat nelayan terengganu mempunyai identiti tersendiri iaitu
bewarna hijau.

Sepanjang tebing sungai keseluruhannya terdapat bengkel membuat boat kayu. Tempahan adalah dari agensi kerajaan juga dari luar negara.

Terlalu banyak nak diceritakan mengenai perjalanan melalui TTI River Cruise. Amat menarik sekali. Sesiapa yang berkunjung ke Taman Tamadun Islam jangan lupa mendapatkan perkhidmatan ini. Perkhidmatan rumah rehat juga disediakan.Ia terletak di dalam kawasan Taman Tamadun Islam berdekatan Masjid Kristal. Kadar sewa RM300 hingga RM400 seunit mengandungi 3 bilik. Untuk tempahan sila hubungi tel no: 09-6278888
HR Department TTI.


No comments: