Tuesday, July 21, 2009

BERJAYA KERANA USHA YANG KUAT

Hd dapat basikal baru. Bukannya baru beli tapi baru di repair. Dah lama tersadai kat belakang kedai. Basikal tu jenis Sport Comp warna biru. Hd memang tak pandai bawa basikal tu. Salah satu sebabnya basikal tu berat. Rim tayarnya rapat-rapat harganya RM300 lebih. Dah beli sejak 2 tahun yang lalu.

Dah banyak kali Yafi bagi clue macamana nak bawa basikal tu. Akupun pernahlah pegangkan
masa dia bawa. Setiap hari balik sekolah itulah yang mula dicapainya. Latihan bawa basikal.
(Ikut bahasa Hd, main basikal)

Akhirnya setelah berlatih selama beberapa hari , tiba-tiba hari sabtu 18Julai dia dah boleh kayuh basikal tu dengan baik. Hairan juga macamana cepat juga dia berjaya. Aku tanya Hd siapa yang ajar dia bawa basikal tu, jawabnya abang Yafi, abang Ahmad,Kak Wawa semua ada beri tip
padanya. Sebenarnya Ahmad dan wawa baru je balik dari Muadzam pada petang 17Julai.
Maknanya dengan latihan dan ajaran yang betul,Hd berjaya mengayuh basikal dengan baik.

Moral of the story, kegigihan atau usha yang kuat serta ajaran yang betul boleh membuatkan kita berjaya dalam apa lapangan sekalipun. Yang paling penting adalah keinginan untuk maju.

No comments: