Thursday, July 9, 2009

ZOO MELAKA

Hujung minggu 05 Julai yang lalu ke Zoo Melaka untuk bersantai dgn anak-anak. Masing-masing eager maklumlah dah lama tak pegi zoo. Rasanya dah 18 tahun sebabnya adalah sebab yang perlu disembunyikan.

Sebelum sampai zoo aku tanya Hd dia nak tengok haiwan apa. Kata Hd dia nak tengok dinasour. Aduh! selama ni aku lupa menerangkan -padanya dinasour tu haiwan yang dah pupus darti dunia ni. Kesian Hd semua orang ketawakan dia. Dah lah dua bulan yang lalu dia minta aku bawakan ke zoo untuk melawat apa? Kelakar betul, dia nak tengok permaisuri semut. Kesiannya.. terpaksalah cerita padanya tentang permaisuri semut dan koloni semut sekali lagi untuk lebih jelas.

Apa-apa pun sebelum ke zoo sempat mengambil dua sudu Alpha Lipid. Semua orang kena ambil sebab tahu sajelah zoo mesti luas . Jenuh juga nak berjalan. Rupanya memang betul. Hampir 2jam setengah mengelilingi zoo melaka.

No comments: