Sunday, July 12, 2009

ADAT PERPATIH NEGERI SEMBILAN

12 Julai 09

Dalam perjalanan balik dari Terengganu melalui jalan Senaling terus ke Seri Menanti menghadiri Pesta Adat Perpatih 2009 dan 100 tahun Istana Seri Menanti di Seri Menanti Negeri Sembilan.
Perjalanan melalui Senaling amat mengujakan. Manakan tidak ,rupanya di kawasan ini banyak rumah-rumah kampung masih mengekalkan bentuk minangkabau iaitu atap rumah melengkung merupai tanduk kerbau. Sepanjang jalan di kiri dan kanan jalan terdapat rumah-rumah yang baru diperbaiki atapnya dan mengekalkan bentuk tersebut.

Beberapa rumah kelihatan amat cantik dengan ukiran di pintu dan tingkap dan sepanjang bingkai dinding. Tangga batu juga dihias dengan batu-batu berwarna yang menarik menyerupai tangga rumah melaka. 300 meter sebelum sampai ke istana Seri Menanti sebelah kanan terdapat sebuah rumah minangkabau yang penuh ukiran tetapi telah reput dan tertanggal.
Sayangnya rumah ini musnah begitu saja.

Kami sampai kira-kira jam 3.00 petang. Lakonan istiadat berkodin sedang dijalankan. Ia adalah istiadat megambil anak angkat. Oleh kerana kami kesuntukan masa, kami teus ke kemah yang mewakili setiap suku dalam masyarakat Negeri Sembilan.

Oleh kerana R dan aku sendiri berketurunan Biduanda Sedia Raja (sebelah moyang perempuan bagi R dan sebelah moyang lelaki bagi diriku) , kami terus pergi ke kemah
Luak Rembau. Di sana Dato Perba Hj Yahya menerangkan mengenai suku ini. Menurut katanya
Raja Ng 9 akan dipilih oleh 4 Undang iaitu Undang Luak Rembau, Sg Ujung, Johol dan Jelebu.

LUAK REMBAU

Dato Perba mengetuai Lembaga bagi 2 suku iaitu suku Maharajalela dan Bidunda Sedia Raja
Suku Maharajalela mempunyai 4 Buapak yang mewakili 4 wilayah.Begitu juga dengan Suku Biduanda Sedia Raja yang mempunyai 4 Buapak yang mewakili 4 wilayah. 4 wilayah tersebut diketuai oleh ketua yang mempunyai ciri nama yang amat menarik. Antaranya Dato Singa, Dato Menteri Penghulu.


TANAH ADAT
Yang uniknya, terdapat Tanah Adat yang tidak boleh dijual beli yang mana diwariskan mengikut perut Ibu. Tanah Adat ini tanah di mana suku ini membuat penempatan mereka apabila datang daripada Sumatera beratus tahun yang lalu. Ia dinamakan " Telapak" dan terletak di Rembau.
Ia tidak boleh dipindahmilik. Mereka yang mewarisi tanah ini namanya akan dimasukkan ke dalam geran tanah adat ini. Oleh kerana itu sesiapa yang ingin mengetahui salasilah keturunannya boleh menyemak nama nenek moyang mereka sekiranya terdapat di dalam geran Tanah Adat tersebut.

Oleh kerana keletihan,(perjalanan sehari suntuk) R minum dua skup susu Alpha Lipid Lifeline bagi mengembalikan tenaga . Untuk mendapatkan susu ini sila telefon 019-2467067.

Maklumat lanjut mengenai Adat Perpatih boleh diperolehi daripada Muzium Negeri.

No comments: