Wednesday, December 2, 2009

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI

03 dec 2009

Cuti sekolah datang lagi. Wawa sedang ambil SPM. Q dan Ilfan baru melapor semula ke UNITEN.
Ipi, Kirah dan Ahmad bercuti sakan. Tapi budak-budak bukannya boleh dibiarkan tak ada aktiviti.

Mula-mula sekali bawa mereka ke kebun pisang. Ajarmereka macamana nak bersihkan kawasan kebun supaya sentiasa bersih dan menggalakan pertumbuhan tunas baru. Pagi-pagi lagi R bawamereka kekebun selepas solat subuh. Masing-masing mengadu tangan luka kena batu dan kulit muka gelap kenapancaran mentari. Aku katakan begitulah sukarnya kehidupan petani supaya mereka menjadikannya iktibar dalam hidup ini.

Lepas tu apa lagi ajar mereka mengemas .

Friday, September 4, 2009

SAINSDAN SOLAT

Hari ini sempat tengok TV3 MHI. Prof Fatimah dan 2 orang kawannya daripada UM fakulti kejuruteraan. Kajian mengenai solat.

Hasil kajian mereka menunjukkan solat boleh memberi kebaikan dalam tahap kesihatan.
Sujud boleh membaiki kesihatan jantung. Duduk dengan betul boleh mengurangkan kolesterol. Tapi jika duduk tak betul, ia boleh meningkatkan kolesterol.

Baca buku mereka Solat dan Sains yang telah terjual sebanyak 8,000 naskhah.

Thursday, August 27, 2009

BAKUGAN VS GASSE

Tiba-tiba Hd ceritakan produk baru yang akan diciptanya . Masa tu aku sedang baca sinar harian.. Masa tulah dia ceritakan idea nak buat mainan baru yang dinamakan "GASSE". Katanya nama tu ada bunyi jepun . Katanya lagi "ibu kan suruh lawan Jepun, kita mesti cipta mainan yang baru .

Banyaklah pembentangan idea pada hari itu. Memang hebat. Aku suruh Hd lukis dan tuliskan idea-idea tersebut.

Tunggulah idea GASSE yang seterusnya.

Friday, August 7, 2009

BISKUT RAYA

Tiba-tiba saja dapat order biskut raya dari kawan. Aku yang memang suka memasak tak lepas peluang. Terus saja beli barang-barang keperluan untuk membuat biskut raya. Kawan tu kata nak London Almond, Tart Nanas, dan lain-lain yang tidak disebutkan . Jadinya aku terus buat biskut London Almond, Tart Nanas, Badam Cornflakes dan biskut kacang. Biskut ciptaan terbaru tahun ini dinamakan Lavender Nuts.

Oleh kerana kawan tu nak beli secara borong aku jual padanya dengan harga lebih rendah supaya dia senang nak jual semula. Tak apalah, walaupun susah juga nak siapkan tempahan yang banyak tu kena juga fikirkan masalah orang lain.

Tart Nanas paling sukar nak siapkan. Tapi aku suka biskut ni kerana rasanya yang unik.

Sesiapa nak order sila telefon no:019-2467067 atau datang sendiri ke Halalmart di Lavender Height Business Square.

BP ALPHALIPID DI BANDAR BARU BANGI

04/08/09
BP Alpha Lipid di Bandar Baru Bangi. Biasalah buat waktu malam. R dan Q pergi sebaik selesai
solat maghrib. Tiba dari Muadzam pun jam 7.30 . Ilfan berbuka puasa dengan mee bandung versi Lavender. Seperti dijangka, Uniten Muadzam tutup seminggu kerana H1N1. Sebelum tu jenuhlah ingatkan Q dan Ilfan jangan lupa ambil Alpha Lipid setiap pagi sebelum sarapan. Minumlah macam biasa. Minta diaorang bagi juga kawan-kawan sebilik. Maklumlah masa tu dah 50 orang kena kuarantin.
Alhamdulillah Q dan Ilfan tak apa-apa.

BP di BBBangi ramai juga yang hadir. Biasalah group Hazura yang buat. Dimaklumkan tentang kebaikan Alpha Lipid untuk menangani H1N1. Memang telah terbukti dengan izin Allah.
Alpha Lipid Lifeline selain meningkatkan imunisasi tubuh badan ia juga boleh menghapuskan bakteria dan virus. Malah ia lebih baik dari vaksin.

Untuk dapatkan Alpha Lipid, hubungi R di 019-2467067.
Kita berusaha, hanya Allah yang mengizinkan untuk sembuh. Aminnn!!

Thursday, July 23, 2009

AUTISM , AUTISMA ATAU APA?

Bagaimana kanak-kanak yang comel, cantik dan menyenangkan orang disekelilingnya tiba-tiba menjadi longlai, lesu dan tidak bersuara. Paling menyakitkan jiwa ,eye contact pun tak ada. Bukan itu saja, kanak-kanak itu menjadi hyper aktive dan tidak tahu takut apa lagi merasa sakit apabila jatuh atau terluka. Dia juga tiada airmata , maknanya tidak menangis.

Paling menonjol adalah sifat suka melakukan sesuatu berulang-ulang kali. Atau melakukan sesuatu yang seragam atau sama. Contohnya mengoyakkan kertas sebanyak-banyaknya, mengatur najis sendiri dalam bentuk geometri atau corak tertentu dan jika diberi doh tepung boleh membuat bentuk yang berulang dan diatur mengikut bentuk berulang juga.

Kanak-kanak Autism suka bermain air.

Autisma satu penyakit yang jarang didengar pada tahun 90an dan kinipun. Even doktor pun tidak mengenalpastinya. Kecuali doktor berpengalaman dan doktor pakar.
Autism sejenis penyakit yang tidak diketahui puncanya. Ia berlaku pada kanak-kanak sebelum usia mencapai 3 tahun.

Kanak-kanak ini kebanyakannya tidak boleh berdikari apabila dewasa nanti walaupun ada juga yang berkebolehan. Development Disoder ataupun lambat belajar itulah gelaran yang selalu diberikan.

Seorang kawan mempunyai anak Autism yang kalau makan, da tidak akan berhenti jika tidak disuruh berhenti.
Seorang kawanlagi, anaknya berusia 4 tahun boleh menggunakan komputer. Satu hari tu dia buat jamuan di rumahnya.Anaknya itu menuliskan no kereta semua tetamu yang hadir di dalam komputer. Hebat kan!

Sambung lagi lain kali.

MENIRU POLA MENTAL ORANG BERJAYA

Apabila kita dapat meniru pola mental orang yang berjaya, kita dapat meniru cara pemikiran dan perilaku mereka. Dengan itu, kita mendapat hasil yang sama dengan apa yang mereka capai.

Apakah yang menjadikan seseorang itu begitu yakin dan seorang yang lain begitu takut sedangkan kedua-duanya mempunyai sumber mental yang sama? Perbezaannya terletak pada persepsi mereka mengikut situasi. Dalam hal ini pola pemikiran dan perilaku yang terbentuk daripada hubungan sel-sel otak mereka adalah berbeza.

Apabila kita percaya kita mampu lakukan sesuatu, kita mula menggunakan sumber mental kita. Kita menggali semua kekuatan dalaman kita bagi menyokong kepercayaan itu. Sebaliknya apabila kita mengatakan sesuatu perkara itu mustahil dapat dicapaio, kita enggan memikirkan lagi tentangnya. Dengan itu, kita menutup semua kemungkinan yang sebenarnya dapat kita capai.

Petikan daripada buku Master Your Mind Design Your Destiny atau Kuasai minda bina masa depan anda. Hasil tulisan Adam Khoo dan Stuart Tan.