Thursday, August 27, 2009

BAKUGAN VS GASSE

Tiba-tiba Hd ceritakan produk baru yang akan diciptanya . Masa tu aku sedang baca sinar harian.. Masa tulah dia ceritakan idea nak buat mainan baru yang dinamakan "GASSE". Katanya nama tu ada bunyi jepun . Katanya lagi "ibu kan suruh lawan Jepun, kita mesti cipta mainan yang baru .

Banyaklah pembentangan idea pada hari itu. Memang hebat. Aku suruh Hd lukis dan tuliskan idea-idea tersebut.

Tunggulah idea GASSE yang seterusnya.

Friday, August 7, 2009

BISKUT RAYA

Tiba-tiba saja dapat order biskut raya dari kawan. Aku yang memang suka memasak tak lepas peluang. Terus saja beli barang-barang keperluan untuk membuat biskut raya. Kawan tu kata nak London Almond, Tart Nanas, dan lain-lain yang tidak disebutkan . Jadinya aku terus buat biskut London Almond, Tart Nanas, Badam Cornflakes dan biskut kacang. Biskut ciptaan terbaru tahun ini dinamakan Lavender Nuts.

Oleh kerana kawan tu nak beli secara borong aku jual padanya dengan harga lebih rendah supaya dia senang nak jual semula. Tak apalah, walaupun susah juga nak siapkan tempahan yang banyak tu kena juga fikirkan masalah orang lain.

Tart Nanas paling sukar nak siapkan. Tapi aku suka biskut ni kerana rasanya yang unik.

Sesiapa nak order sila telefon no:019-2467067 atau datang sendiri ke Halalmart di Lavender Height Business Square.

BP ALPHALIPID DI BANDAR BARU BANGI

04/08/09
BP Alpha Lipid di Bandar Baru Bangi. Biasalah buat waktu malam. R dan Q pergi sebaik selesai
solat maghrib. Tiba dari Muadzam pun jam 7.30 . Ilfan berbuka puasa dengan mee bandung versi Lavender. Seperti dijangka, Uniten Muadzam tutup seminggu kerana H1N1. Sebelum tu jenuhlah ingatkan Q dan Ilfan jangan lupa ambil Alpha Lipid setiap pagi sebelum sarapan. Minumlah macam biasa. Minta diaorang bagi juga kawan-kawan sebilik. Maklumlah masa tu dah 50 orang kena kuarantin.
Alhamdulillah Q dan Ilfan tak apa-apa.

BP di BBBangi ramai juga yang hadir. Biasalah group Hazura yang buat. Dimaklumkan tentang kebaikan Alpha Lipid untuk menangani H1N1. Memang telah terbukti dengan izin Allah.
Alpha Lipid Lifeline selain meningkatkan imunisasi tubuh badan ia juga boleh menghapuskan bakteria dan virus. Malah ia lebih baik dari vaksin.

Untuk dapatkan Alpha Lipid, hubungi R di 019-2467067.
Kita berusaha, hanya Allah yang mengizinkan untuk sembuh. Aminnn!!