Thursday, July 23, 2009

AUTISM , AUTISMA ATAU APA?

Bagaimana kanak-kanak yang comel, cantik dan menyenangkan orang disekelilingnya tiba-tiba menjadi longlai, lesu dan tidak bersuara. Paling menyakitkan jiwa ,eye contact pun tak ada. Bukan itu saja, kanak-kanak itu menjadi hyper aktive dan tidak tahu takut apa lagi merasa sakit apabila jatuh atau terluka. Dia juga tiada airmata , maknanya tidak menangis.

Paling menonjol adalah sifat suka melakukan sesuatu berulang-ulang kali. Atau melakukan sesuatu yang seragam atau sama. Contohnya mengoyakkan kertas sebanyak-banyaknya, mengatur najis sendiri dalam bentuk geometri atau corak tertentu dan jika diberi doh tepung boleh membuat bentuk yang berulang dan diatur mengikut bentuk berulang juga.

Kanak-kanak Autism suka bermain air.

Autisma satu penyakit yang jarang didengar pada tahun 90an dan kinipun. Even doktor pun tidak mengenalpastinya. Kecuali doktor berpengalaman dan doktor pakar.
Autism sejenis penyakit yang tidak diketahui puncanya. Ia berlaku pada kanak-kanak sebelum usia mencapai 3 tahun.

Kanak-kanak ini kebanyakannya tidak boleh berdikari apabila dewasa nanti walaupun ada juga yang berkebolehan. Development Disoder ataupun lambat belajar itulah gelaran yang selalu diberikan.

Seorang kawan mempunyai anak Autism yang kalau makan, da tidak akan berhenti jika tidak disuruh berhenti.
Seorang kawanlagi, anaknya berusia 4 tahun boleh menggunakan komputer. Satu hari tu dia buat jamuan di rumahnya.Anaknya itu menuliskan no kereta semua tetamu yang hadir di dalam komputer. Hebat kan!

Sambung lagi lain kali.

MENIRU POLA MENTAL ORANG BERJAYA

Apabila kita dapat meniru pola mental orang yang berjaya, kita dapat meniru cara pemikiran dan perilaku mereka. Dengan itu, kita mendapat hasil yang sama dengan apa yang mereka capai.

Apakah yang menjadikan seseorang itu begitu yakin dan seorang yang lain begitu takut sedangkan kedua-duanya mempunyai sumber mental yang sama? Perbezaannya terletak pada persepsi mereka mengikut situasi. Dalam hal ini pola pemikiran dan perilaku yang terbentuk daripada hubungan sel-sel otak mereka adalah berbeza.

Apabila kita percaya kita mampu lakukan sesuatu, kita mula menggunakan sumber mental kita. Kita menggali semua kekuatan dalaman kita bagi menyokong kepercayaan itu. Sebaliknya apabila kita mengatakan sesuatu perkara itu mustahil dapat dicapaio, kita enggan memikirkan lagi tentangnya. Dengan itu, kita menutup semua kemungkinan yang sebenarnya dapat kita capai.

Petikan daripada buku Master Your Mind Design Your Destiny atau Kuasai minda bina masa depan anda. Hasil tulisan Adam Khoo dan Stuart Tan.

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

22 Julai, keMelaka lagi. Suasana agak suram kerana hari ini gerhana matahari. Since dalam kereta dan masih musafir aku hanya berdoa yang baik-baik sahaja .Jam 9.30 pagi sampai ke Balai Polis Unit trafik Bandar Melaka. Betul-betul dalam kawasan pelancongan.
Ambil arnica redakan kekeringan tekak.
Sementara R menguruskan dokumen di Balai Polis, aku dan Awon berehat di hadapan Bangunan Muzium Kecantikan atau "Museum Of Enduring Beuty". Tingkat atasnya pula muzium layang-layang. Dapat maklumat sedang berlangsungnya pameran lukisan batik koleksi Pn Fauziah Bt Hj Yahya di Balai Seni Lukis Melaka daripada17 Julai hingga 31 Ogos 09.

Selesai urusan bersarapan di Restoran 85 diDurian Daun Dalam berdekatan Maktab Perguruan.
Apa yang nyata Melaka adalah sebuah negeri yang bersih. Jalan-jalan rayanya semua bersih. Pagi lagi sebelum jam 9.00 pagi tukang sapu akan melaksanakan tugasnya. Sebab itu selepas jam 9.00 pagi dah tak ada sampah dan tukang sapu di tepi-tepi jalan.

Tak hairanlah ada pelancong yang apabila ditanya apa yang menarik tentang Melaka, beliau menjawab' bandarnya yang bersih.'Diharap keadaan ini akan berkekalan agar Melaka bandar warisan dunia ni lebih terkenal di seluruh dunia....

JADILAH PENGEDAR ALPHA LIPID LIFELINE SEKARANG!

Jangan tunggu lagi, dengan menjadi pengedar anda akan mendapat pendapatan lumayan.
Dengan plan pemasaran yang mudah dan ringkas . Paling penting anda hanya perlu gigih berusaha. Ini bukan sistem piramid atau kutu moden. Kita ada barangan untuk dipasarkan.

Hubungi kami sekarang! dengan modal RM450 anda boleh menjadi ahli dan boleh menjadi pengedar biasa.

Telefon no 019-2467067 sekarang (Ab Rahim)

Tuesday, July 21, 2009

BERJAYA KERANA USHA YANG KUAT

Hd dapat basikal baru. Bukannya baru beli tapi baru di repair. Dah lama tersadai kat belakang kedai. Basikal tu jenis Sport Comp warna biru. Hd memang tak pandai bawa basikal tu. Salah satu sebabnya basikal tu berat. Rim tayarnya rapat-rapat harganya RM300 lebih. Dah beli sejak 2 tahun yang lalu.

Dah banyak kali Yafi bagi clue macamana nak bawa basikal tu. Akupun pernahlah pegangkan
masa dia bawa. Setiap hari balik sekolah itulah yang mula dicapainya. Latihan bawa basikal.
(Ikut bahasa Hd, main basikal)

Akhirnya setelah berlatih selama beberapa hari , tiba-tiba hari sabtu 18Julai dia dah boleh kayuh basikal tu dengan baik. Hairan juga macamana cepat juga dia berjaya. Aku tanya Hd siapa yang ajar dia bawa basikal tu, jawabnya abang Yafi, abang Ahmad,Kak Wawa semua ada beri tip
padanya. Sebenarnya Ahmad dan wawa baru je balik dari Muadzam pada petang 17Julai.
Maknanya dengan latihan dan ajaran yang betul,Hd berjaya mengayuh basikal dengan baik.

Moral of the story, kegigihan atau usha yang kuat serta ajaran yang betul boleh membuatkan kita berjaya dalam apa lapangan sekalipun. Yang paling penting adalah keinginan untuk maju.

TAKLIMAT PERNIAGAAN SUSU ALPHALIPID

Semalam 20Julai 2009,R bergegas ke KLkerana menghadiri taklimat .Jarak KL - Seremban
seolah tidak sempat mencapai waktunya. Jalan lengang kerana NG 9 cuti israkmikraj.Jam 6.00
petang sampai di tingkat 20 Bangunan Baru Pejabat New Image di Blok A NorthPoint Mid Valley . Saiz pejabat ni lebih besar dan luas memberikan keselesaan. Perkembangan baru ini
menandakan perkembangan syarikat di Malaysia sejak dua tahun lepas. Daripada jumlah satu juta jualan sebulan kini telah meningkat ke 10 juta sebulan. Inilah hasil usha kuat daripada leader dan pengedar di Malaysia. New Image merupakan salah satu syarikat di Malaysia yang mengalami pertumbuhan yang pesat.

Daripada taklimat tersebut, kini terdapat 10 orang memperolehi pendapatan RM100,000 sebulan manakala 100 orang mendapat RM10,000 dan ke atas. Perolehan yang besar ini menunjukkan perkembangan syarikat yang positif dan menawarkan peluang perniagaan yang lebih luas kepada mereka yang berada di luar sana.

Rangkaian di luar negara (7 negara) menanti anda untuk sama-sama menikmati
perkembangan ini. Perniagaan bertaraf dunia dengan anda menjadi ahli di Malaysia dan rangkaian di Singapura,Indonesia, Taiwan, Filipina, Hongkong, Australia, Brunei dan Afrika Selatan .

Hubungi saya di 019-2467067 untuk keterangan lanjut

KEPULANGAN YANG ABADI

2hari sahaja selepas melawat sepupu dihospital, saya menerima telefon daripada adik
yang dengan nada sedih memberitahu kepulangannya ke rahmatullah. Innalillah.... daripadaNya kita datang dan kepadanya jua kita kembali.

Ke Hulu Langat Taman Damai . Betapa ramai orang yang datang berziarah. Bertemu semula dengan sepupu-sepupu, sahabat, kawan dan sanak saudara yang dah lama tidak bertemu.

Meninggal dalam usia yang muda. Sesungguhnya ajal dan maut tidak mengira usia. Kita harus
berhati-hati. Ingatan kepada Mati perlu ada pada diri setiap insan supaya kita menjadi orang mukmin yang dirahmati Allah swt.

Sama-samalah kita menyedekahkan AlFatihah kepada mereka yang telah meninggalkan kita.
Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin...

Friday, July 17, 2009

HKL MELAWAT PESAKIT

Melawat sepupu sakit di HKL. Rupanya sekarang ni susah nak dapat parking kat HKL.
Aku sorang yang naik melawat di wad radioteraphy Onkology HKL. Kesihannya lihat Suzana.
Biasanya aku melihat seorang wanita cantik dan anggun serta ramah tamah. Tetapi kali ini hanyalah seorang wanita berusia yang kesakitan. Hanya mengeluh dipembaringan dan tidak berdaya untuk berkata-kata. Rupanya seluruh organ dalaman beliau telah rosak hingga 90% kerana serangan cancer rahim.

Aku tidak bedaya untuk menyuarakan apa-apa perasaanku. Menahan airmataku dari tumpah. Walaubagaimanapun ia menitis juga di hadapan pesakit. Kubacakan selawat Nabi,alfatihah dan zikir Nabi Allah Yunus semasa di dalam ikan Nun. Akhirnya dia tertidur. Aku tinggalkan HKL dalam seribu wajah dan perasaan yang tidak terungkap. Terdetik juga perasaan ku, alangkah eloknya kalau aku dapat perkenalkan Alphalipid Lifeline kepadanya setahun atau dua tahun yang lalu.

Doaku m0ga Allah merahmati beliau. Amin!

Tuesday, July 14, 2009

SEGELAS TEH TARIK

16/07/2009

'Breakfast drink for smart people'. Itu dah semestinyanya Alpha lipid lifeline. Satu keluarga mengamalkannya setiap hari. Hasilnya, minda yang cerdas, tubuh badan yang sihat dan cergas,
penuh bermotivasi setiap hari.

Mencari tempat breakfast di Senawang dan Paroi sekarang ni agak sukar. Semuanya rasa macam sama sahaja setiap hari. Jadinya dalam bulan rejab ni eloklah berpuasa sunat untuk menambahkan pahala.

Dalam pusing-pusing Paroi, dapat sms dari kawan nak perkenalkan produk MLM . Minta maaf banyak-banyak, nak fokus kat Alpha Lipid buat masa ni. Akhirnya jumpa pula kawan lain.
Katanya susu Alpha Lipid belum habis lagi. Sebenarnya dah lama nak jumpa kawan ni akhirnya dengan rejection kepada kawan yg pertama tadi Allah nak temukan pula dengan kawan ni.
Itulah kehidupan namanya, kita merancang tetapi perancangan Allah lebih bermakna.

Dalam pada itu dapat pula sms daripada adik mengatakan seorang sepupu berada dalam keadaan kritikal kerana cancer rahim. Sedang dirawat di tkt 2 bilik D2 HKL. Begitulah keadaannya dalam masa yang sama dua suasana berbeza dirasakan. Semoga Allah memberi kesembuhan padanya supaya dapat menjaga suami dan anak-anak tirinya yang saya tahu amat dikasihinya.

Sunday, July 12, 2009

HORAS MANDAILING

Horas Tondi Mandingin Sayo Matua Bulong!

Marilah cuba Alpha Lipid Lifeline kolostrum awal lembu untuk menghindari penyakit dan menyihatkan tubuh badan Insyaallah. Untuk mengetahui lebih lanjut khasiatnya hubungi saya di tel no: 019-2467067.

Mencari maklumat mengenai keturunan Mandailing di Internet. Memang banyak tetapi meragukan. Namun maklumat oleh Dr Abd Razak Lubis beserta kajian beliau agak meyakinkan.
Walaubagaimanapun terdapat pertikaian mengenai samada Mandailing berasal dari Batak .
Kalau ikut IMAN atau Ikatan Mandailing Malaysia, mereka mengakui hakikat ini. Namun jika merujuk kepada LAMA iaitu Lembaga Adat Mandailing pula mereka tidak mengakuinya. Dr Abd Razak mengeluarkan kenyataan berasaskan kajian yang detail sekali. Adalah diharapkan mereka boleh duduk semeja untuk mengetengahkan kajian masing-masing.

Bagi diriku pula nenek sebelah ibuku adalah berketurunan Mandailing marga Nasution.
Menurut kata nenek ku mereka berpindah daripada Selama Perak dan membuka tanah di Batu 18 Hulu Langat di hadapan Balai Polis Batu 18 . Masa aku kecil nenek selalu menceritakan mereka berpindah dalam kumpulan yang ramai. Moyang ku adalah ketua orang mandailing
bernama Hj Ali. Sehingga kini kaum mandailing ramai di Dusun Tua Hulu Langat dan kebanyakannya adalah bersaudara sebelah ibuku.

Nenek ku pula berkahwin dengan datuk merupakan suku Bilah yang mana moyang perempuanku adalah orang rembau berketurunan suku Biduanda Sedia Raja.

Ayah R pula adalah orang Mandailing marga Nasution juga. Datuknya tiga beradik datang ke Tanah Melayu membuka penempatan di Perak Telok Intan. Tiga beradik itu adalah Megat, Hasan dan Ibrahim. Datuk R adalah Ibrahim. Keturunan ini selalu mengadakan perhimpunan keluarga setiap tahun di Perak. Biasanya pertemuan diadakan pada hari raya kedua di salah sebuah rumah keluarga berkenaan. Biasanya pada keturunan Hasan. Malangnya sudah 3 tahun kami tidak mendapat undangan dalam perhimpunan tersebut. Mungkin mereka telah kehilangan alamat dan no telefon kami.

Walaubagaimanapun pada awal tahun ini kami berjumpa dengan dua pupu R bernama Hj Ahmad Kunci Air yang berusia 82 tahun. Katanya dia memiliki teromba salasilah keluarga ini.
Yang amat menariknya beliau bersaudara pula dengan makcik ku Ramlan yang berkahwin dengan seppupu ayahku berketurunan Kerinchi bernama Ramna. Alahai! tak sangka pula.!

Satu masa kami akan mengunjungi beliau untuk merapatkan hubungan silaturrahim.Insyaallah!

TAMAN TAMADUN ISLAM TERENGGANU

11 julai 2009

Daripada Dungun bilik al majid dan alwahid D"Pantai bergerak ke Kuala Terengganu.Sebelum tu minum dulu Alpha Lipid Lifeline breakfast for smart people. Ingatkan nak breakfast di Pakngah nasi dagang di Chendering. Rupanya kedai tu tutup . Aku syorkan ke Restoran Nasi Kerabu di Bandar Kuala Terengganu bersebelahan dengan Pejabat Perancang Bandar dan Desa (Penilaian)

Membawa anak-anak melawat Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu.

Kami tidak melawat seluruh kawasan (32.2 hectar merupakan tanah yang ditambak). Apa yang paling menarik adalah Perkhidmatan menyelusuri Sg Terengganu dengan perahu Payang. Perkhidmatan TTI River Cruise dibuka setiap hari kecuali jumaat. Tambangnya RM10 bagi mereka yang berumur 7 tahun ke atas. Jaket keselamatan disediakan. Perjalanan adalah untuk tempoh 50 minit hingga satu setengah jam mengikut keadaan ombak sungai.(purata 3.4 meter dalam ) Sepanjang perjalanan itu pemandu pelancong akan menerangkan mengenai laluan dan sejarah di sekeliling kawasan tersebut.

Perahu Payang yang dinaiki boleh memuatkan 10 orang. Harga perahu saja RM170,000.
Jeti untuk menaiki perahu adalah jeti yang paling moden dan cantik yang pernah aku lalui.

Laluan 1 -Losong

Losong berasal dari perkataan 'low song' yang mana pada masa dahulu pihak Inggeris pernah membuat penempatan di Losong dengan menyiarkan lagu-lagu perlahan bagi menarik minat masyarakat Terengganu. Terengganu tidak pernah dijajah oleh Inggeris hingga kini. Losong terkenal dengan keropok yang enak dan berbeza dengan keropok di tempat lain.

Laluan 1 - Burung Helang

Terdapat 2 ekor helang mendiami sepohon pokok di tebing sg Terengganu. Keduanya menanti ikan untuk disambar.

Laluan 1 - Pokok Nipah

Sepanjang Sg terdapat pohon-pohon Nipah tumbuh subur. Daun Nipah boleh dibuat tudung saji, terendak, dan atap. Buahnya sedap seperti laici. Air nipah baik untuk penyakit darah tinggi.

Laluan 1- Muzium Terengganu

Bangunan muzium Terengganu adalah binaan yang amat unik . Ia diilhamkan daripada cara binaan istana Terengganu. Pernah menjadi muzium terbesar di Asia Tenggara. Sekarang menjadi muzium terbesar di Malaysia. Melawat keseluruhan kawasan muzium akan mengambil masa 3 hari.

Laluan 2 - Penempatan Laksamana Cheng Ho

Melalui kawasan Bukit Datu yang mana pernah menjadi penempatan Laksamana Cheng Ho semasa beliau singgah ke Terengganu.

Laluan 2 - Pengkalan Batu

Kawasan nelayan bubu jaring. Boat nelayan terengganu mempunyai identiti tersendiri iaitu
bewarna hijau.

Sepanjang tebing sungai keseluruhannya terdapat bengkel membuat boat kayu. Tempahan adalah dari agensi kerajaan juga dari luar negara.

Terlalu banyak nak diceritakan mengenai perjalanan melalui TTI River Cruise. Amat menarik sekali. Sesiapa yang berkunjung ke Taman Tamadun Islam jangan lupa mendapatkan perkhidmatan ini. Perkhidmatan rumah rehat juga disediakan.Ia terletak di dalam kawasan Taman Tamadun Islam berdekatan Masjid Kristal. Kadar sewa RM300 hingga RM400 seunit mengandungi 3 bilik. Untuk tempahan sila hubungi tel no: 09-6278888
HR Department TTI.


ADAT PERPATIH NEGERI SEMBILAN

12 Julai 09

Dalam perjalanan balik dari Terengganu melalui jalan Senaling terus ke Seri Menanti menghadiri Pesta Adat Perpatih 2009 dan 100 tahun Istana Seri Menanti di Seri Menanti Negeri Sembilan.
Perjalanan melalui Senaling amat mengujakan. Manakan tidak ,rupanya di kawasan ini banyak rumah-rumah kampung masih mengekalkan bentuk minangkabau iaitu atap rumah melengkung merupai tanduk kerbau. Sepanjang jalan di kiri dan kanan jalan terdapat rumah-rumah yang baru diperbaiki atapnya dan mengekalkan bentuk tersebut.

Beberapa rumah kelihatan amat cantik dengan ukiran di pintu dan tingkap dan sepanjang bingkai dinding. Tangga batu juga dihias dengan batu-batu berwarna yang menarik menyerupai tangga rumah melaka. 300 meter sebelum sampai ke istana Seri Menanti sebelah kanan terdapat sebuah rumah minangkabau yang penuh ukiran tetapi telah reput dan tertanggal.
Sayangnya rumah ini musnah begitu saja.

Kami sampai kira-kira jam 3.00 petang. Lakonan istiadat berkodin sedang dijalankan. Ia adalah istiadat megambil anak angkat. Oleh kerana kami kesuntukan masa, kami teus ke kemah yang mewakili setiap suku dalam masyarakat Negeri Sembilan.

Oleh kerana R dan aku sendiri berketurunan Biduanda Sedia Raja (sebelah moyang perempuan bagi R dan sebelah moyang lelaki bagi diriku) , kami terus pergi ke kemah
Luak Rembau. Di sana Dato Perba Hj Yahya menerangkan mengenai suku ini. Menurut katanya
Raja Ng 9 akan dipilih oleh 4 Undang iaitu Undang Luak Rembau, Sg Ujung, Johol dan Jelebu.

LUAK REMBAU

Dato Perba mengetuai Lembaga bagi 2 suku iaitu suku Maharajalela dan Bidunda Sedia Raja
Suku Maharajalela mempunyai 4 Buapak yang mewakili 4 wilayah.Begitu juga dengan Suku Biduanda Sedia Raja yang mempunyai 4 Buapak yang mewakili 4 wilayah. 4 wilayah tersebut diketuai oleh ketua yang mempunyai ciri nama yang amat menarik. Antaranya Dato Singa, Dato Menteri Penghulu.


TANAH ADAT
Yang uniknya, terdapat Tanah Adat yang tidak boleh dijual beli yang mana diwariskan mengikut perut Ibu. Tanah Adat ini tanah di mana suku ini membuat penempatan mereka apabila datang daripada Sumatera beratus tahun yang lalu. Ia dinamakan " Telapak" dan terletak di Rembau.
Ia tidak boleh dipindahmilik. Mereka yang mewarisi tanah ini namanya akan dimasukkan ke dalam geran tanah adat ini. Oleh kerana itu sesiapa yang ingin mengetahui salasilah keturunannya boleh menyemak nama nenek moyang mereka sekiranya terdapat di dalam geran Tanah Adat tersebut.

Oleh kerana keletihan,(perjalanan sehari suntuk) R minum dua skup susu Alpha Lipid Lifeline bagi mengembalikan tenaga . Untuk mendapatkan susu ini sila telefon 019-2467067.

Maklumat lanjut mengenai Adat Perpatih boleh diperolehi daripada Muzium Negeri.

Thursday, July 9, 2009

ZOO MELAKA

Hujung minggu 05 Julai yang lalu ke Zoo Melaka untuk bersantai dgn anak-anak. Masing-masing eager maklumlah dah lama tak pegi zoo. Rasanya dah 18 tahun sebabnya adalah sebab yang perlu disembunyikan.

Sebelum sampai zoo aku tanya Hd dia nak tengok haiwan apa. Kata Hd dia nak tengok dinasour. Aduh! selama ni aku lupa menerangkan -padanya dinasour tu haiwan yang dah pupus darti dunia ni. Kesian Hd semua orang ketawakan dia. Dah lah dua bulan yang lalu dia minta aku bawakan ke zoo untuk melawat apa? Kelakar betul, dia nak tengok permaisuri semut. Kesiannya.. terpaksalah cerita padanya tentang permaisuri semut dan koloni semut sekali lagi untuk lebih jelas.

Apa-apa pun sebelum ke zoo sempat mengambil dua sudu Alpha Lipid. Semua orang kena ambil sebab tahu sajelah zoo mesti luas . Jenuh juga nak berjalan. Rupanya memang betul. Hampir 2jam setengah mengelilingi zoo melaka.