Friday, October 17, 2008

WARUNG MURAH VS RESTORAN

Pagi ini 18/10 bersarapan di warung (tak perasan namanya) murah di Taman Jaya Senawang.
Sampai tak ingat namanya sebab yang kuingat adalah warung murah. Sebab nasi lemaknya RM1 tak berubah dgn kenaikan harga minyak , sedap pulak tu. Roti canainya tak berubah rasa dan bentuk serta garingnya sampai sekarang. sejak aku mula tahu tempat ni mungkin sejak 5 bulan yg lalu. Ada pulak kuih muih yang rasanyapun tak pernah berubah. tetap maintain. Jadi kami sekeluarga menamakannya warung murah.

Malangnya Kirah tak lalu makan nasi lemak tu, sebab ada sambal, timun dan ikan masin. Katanya makan kosong aje sebab tak ada telor. Kalau hendak kataku pergi kat penebar roti canai tu dan minta dia gorengkan sebiji telor. Dia tak berganjakpun dari tempat duduknya jadi dikuis-kuisnya nasi lemak tu. Akhirnya dibungkusnya semula.

Kat sini ada tiga jenis nasi lemak. Satu yang dibungkus oleh tuan warung sendiri. Dua lagi dihantar oleh orang lain. Semuanya guna daun pisang dan salah satunya ada ikan masin. Kalau lambat sikit aje, nasi lemak semuanya habis. Hari isnin warung ni tutup.

Selain warung ni kami selalu bersarapan di Paroi, restoran selera kampung. Letaknya di tepi jalan. Selalunya pagi-pagi ada ramai pesara-pesara ahli kelab masjid datang minum di sini.
Di RSK ada laksa dan mee sup selain nasi lemak dan roti canai. Di sini kami berkenalan dgn si comel, kucing berbulu panjang. Setiap kali kami datang, si comel akan muncul dgn tiba-tiba entah dari mana. Dan biasanya kami akan jamu dia dgn makanan.

Kadang-kadang kami minum di Paroi Jaya. Sebelah kedai kerepek. Ada roti canai dan nasi lemak. Tapi yg istimewa kuih muihnya yang sedap dan cantik. Paling aku suka lepat berinti dan karipap yang macam karipap Donna.

Baru sebulan kami berkenalan pula dengan Restoran Lambaian Bayu.Ia terletak bersebelahan dengan stesen minyak petronas. Dekat dengan Taman perumahan. Di sini ada roti canai dan nasi lemak istimewa. Banyak lauk pauknya ada rendang daging, rendang ayam, paru goreng dll.Harganyapun boleh tahan. Makan tengaharipun sesuai juga dengan selera ng 9.

Sebelumni kami selalu bersarapan di Stadium. Gerai yang jual nasi lemak. Oleh kerana dia selalunya lambat buka kami terpaksa cari tempat lain.

No comments: