Friday, October 24, 2008

ALPHA LIPID BUSINESS PRESENTATION KUALA LUMPUR


22/10/2008 Rabu jam 8.30 malam di Bangunan Getah Asli Kuala Lumpur.

Ini kali kedua menghadiri BP Alpha Lipid di KL. Selepas solat maghrib menjemput Mira dan ibunya di Kajang. Agak kelewatan. Bukan apa, aku rasa agak letih hari ini kerana sepanjang petang membuat kuih raya. Biskut kacang badam campur kacang tanah. Seronok sungguh
melakukan pekerjaan yang ku suka. Lepas itu aku buat kuih tart nenas. Anak-anak ku mesti suka.

Sampai di KL beberapa minit sebelum jam 9.00mlm. KLCC menyambut kami dengan cahayanya yang amat gemilang. Seakan tidak puas menatap bentuk bangunannya yang canggih dan mempersonakan. Maklumlah pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia!. Setiap kali melalui bangunan gagah itu aku akan menatapnya bersungguh-sungguh dan biasanya akan keluarlah perkataan "Wah! tengok! cantiknya! dan macam-macamlah luahan perasaan teruja. Kalau waktu siang manalah kita dapat menikmati keunikan bangunan berkembar tu. Nampak biasa aje. Rasanya hendak aku duduk semalaman menghadap bangunan unik itu tentunya bersama R dan mulut ku takan berhenti menyatakan perasaan tentang keunikan rekabentuknya. Mungkin lepas ini aku boleh dokumentasikan perihal bangunan ini apabila aku mendapat lebih maklumat tentangnya.





Apapun sesampai kami ke dewan tingkat 2, wah! semua tempat dipenuhi oleh "mata duitan" gelaran yang diberikan oleh Nik Hafiz. Semua ketawa apabila beliau berkata begitu. Malam ini En Samahan Diamond Exe memberikan ceramahnya. Pengajar pilot ni selalu kami terserempak dgnnya di pejabat. Tapi barulah tahu dianilah yang bernama Samahan.

Mira menjadi salah seorang testimoni yang naik ke pentas. Lupalah pulak nak ambil gambar dia.
Sedihnya dengar ceritanya tentang apa yang dialaminya sebelum menggunakan Alpha Lipid.
Tak sedar air mataku boleh mengalir di pipi. Rupanya penderitaan orang lain lebih hebat dari apa yang kita alami.

Selepas menghantar Mira dan ibunya terus balik ke Seremban. Johan TomYam masih belum tutup. Mengalas perut yang kelaparan.


RENUNGAN

Kita adalah manusia yang zalim sekiranya tidak mengenali nama orang yang kita berbual dengannya. Oleh itu, kenalkan nama apabila berbual dengan orang yang baru dikenali dan tanyalah namanya supaya perbualan kita menjadi lebih ikhlas.

No comments: