Thursday, October 16, 2008

BELI SUSU ALPHALIPID/BP ALPHA LIPID DI KL

15/10/2008.
KL dan Kay datang beraya ke rumah. Tertangguh jugalah nak ke Kuala Lumpur walaupun perancangan dah dibuat sejak semalam.
Jam 2.00 baru boleh keluar rumah. Singgah R & R Seremban , makan tengahari. Banyak gerai belum dibuka agaknya sebab masih dlm puasa 6.

Sampai midvalley jam 3.30 pm. Terserempak dgn Mira dan ayahnya di P1.Wau! banyaknya dia beli susu.
Di pejabat NZ New Image di tkt 7 lagi gawat. Tak ada tempat nak menulis pesanan. Semua tempat dipenuhi pengedar susu. Masuk aje pintu Nik Hafiz mengalukan kehadiran kami. Katanya dia baru jumpa Mira. Ambil cek drp Efi yg dititip Hazura.
Berbual dengan Kamariah yang juga dari Seremban.

Selesai urusan jam 4.30 ptg dan singgah ke Lenggeng. Fawaz mengalukan kehadiran ku. Aku dukung dan buai dia dlm pangkuan. "Ibu, ibu, nak minum air kosong!" katanya nak bermanja.
"Marilah, ibu! naik atas tengok TV!" sambil merengek dia menarik-narik tanganku mengajak naik ke tkt atas rumah itu. "Tak boleh, Mak Ngah nak solat. Lagipun nanti kaki sakit naik tangga " Kataku memberi alasan. Alasanku diterima dan fawaz berlari menaiki tangga ke tkt atas.

Jam 7.45 selesai solat maghrib bergerak ke KL semula. Bangunan getah asli berhadapan KLCC
bermandi cahaya. Namun cahaya dari KLCC lebih bergemerlapan. Ramai juga orang. 200 orang rasanya tak kurang. Inilah pertama kali ke Business Presentation Alpha Lipid di KL walaupun
KL adalah tempat bermain aku dan suami suatu masa dulu,.

Testimoni malam ini hebat juga. Kakak kepada Faridah berusia 60 tahun mengidap asma kronik hingga doktor yg merawatnya mengatakan penyakit itu akan berakhir apabila dia mati. (ramai yg ketawa mendengar kenyataan ini) Baru minum setengah tin susu dah buang alat penyembur 'inhaler' penyakit asmanya. Selama ni pakai baju, seluar dan stokin 2 lapis kerana elergik pada udara dan angin. Tapi sekarang dah ok. Alhamdulillah!!.

Seorang lagi ada resdung. Keluar jerawat batu, muka gatal-gatal dan selalu bersin. Bila minum Alpha Lipid Alhamdulillah resdung tak ada lagi mukapun dah licin.

Jam 10.30 malam meninggalkan KL dlm sinaran langit malam yg bercahaya. Tiba di Lenggeng
jam 11.10 mlm dan sampai Seremban jam 12.45 malam.

RENUNGAN

1. Kita merancang dan Allah juga merancang. Perancangan Allah mengatasi perancangan kita makhluknya.

2. Kakak Faridah percaya penyakit datangnya dari Allah, dan kitalah yg mencari penawarnya kerana semua penyakit ada penawar.

No comments: