Friday, October 17, 2008

LATIHAN ALPHA LIPID

Ilfan dengan Chibi-kun
Q dengan Alpha Lipid kat HALAL MART






wawa







Kirah-Yafi-Hd














Hari jumaat memulakan perjalanan seawal pagi ke Muadzam. Singgah minum pagi di warung berdekatan Kuala Pilah. Dapat mesej dari Hazura ada latihan Alpha Lipid untuk supervisor dan ke atas. forward sms ke semua leader di bawah R. Latihan akan diadakan pada jam 4.00 petang 19/10 hari ahad ini di B angunan Getah Asli Kuala Lumpur.

Latip dari Temerloh insyaalah akan hadir.Mira dan Rozi rasanya kemungkinan besar turun juga sebab Mira tanya tentang baja yang kujual. Dia suruh bawa sekali.

Sampai Muadzam dah tengahari. Jumpa wawa, ahmad dan Ipi. Wawa dan Ahmad nampak ceria. Ipi mengadu dia demam tapi bila kurasa badannya tak pulak panas. Beri dia makan arnica ubat Homeophaty yang sering kubawa bersama. Sebenarnya arnica untuk luka atau sakit bukan untuk demam. Tapi itu saja yg kujumpa di dlm handbag terus kuberi Ipi setabung kecil. Nampak dia agak sedih sebab Kirah nak balik bercuti setelah selesai PMR. Ahmad akan ke bandar selama 3 hari kerana dilantik jurulatih kedet. Wawa tentu sibuk untuk duduki SMA minggu depan.

Aku tanya ada tak budak buli dia di asrama. Dia kata tak ada. Masih dlm nada sedih dan muka moyok. Minggu depan dia akan periksa akhir tahun. So Kirah beri alat tulisnya pada Ipi.

Sembahyang jumaat di masjid Muadzam. Ramainya budak sekolah. Seperti biasa di mana-mana pun masjid yang kusinggahi di Malaysia ni ada saja murid sekolah atau orang bujang yang tidak sembahyang jumaat walaupun dah sampai di tepi masjid. Sedang orang lain sembahyang, dia sibuk bercerita sesama sendiri. Habis aje imam memberi salam, masing-masing berlalu pergi.
Agaknya ibu di rumah menyangka anaknya ke masjid siap dgn baju melayu sekali. Memanglah ke masjid, tapi tak sembahyang. Apalah nak jadi pemuda di Malsysia ni.

Masa kat Marang dulupun sama ramai tak sembahyang dan duduk-duduk berihat di taman Marang Waterfront depan rumah kami. Bila Bhg Hal Ehwal Agama Islam Terengganu menguatkuasakan peraturan akan menangkap mereka yg tidak sembahyang jumaat, barulah kumpulan tak sembahyang tu tiada lagi.

RENUNGAN

1."Orang yang mengenal Allah swt sebagai sahabatnya, tidak akan bersahabat dengan makhluk"
UWAIS QARNI

2."Tinggalkanlah dunia yang fana ini dan takutlah kepada suatu hari dimana tidaklah berguna segala harta dan anak-anak"

UWAIS QARNI

No comments: