Monday, October 13, 2008

Majlis Hari Raya -Lenggeng 11/10/2008

Sempat masak Kek Sandwich 2 biji dan karipap 30 biji sebelum bergegas ke Lenggeng. Jam 6.30 sampai. R & Q memasang lampu Kalimantang di Koridor tempat VIP akan duduk.
Aku terus ke dapur menyusun kuih muih yang kubawa dan menggoreng karipap .

Selepas solat maghrib aku terus susun meja VIP. Sediakan pinggan mangkuk, sudu garfu, air basuh tangan, tisu, air minuman dan etc,etc.. Selesai saja tetamupun sampai. Alhamdulillah, berbaloi jugalah balik Lenggeng hari tu.
Majlis malam tu diserikan dgn bacaan anak speaker Dewan Undangan Ng Kelantan yang baru berumur 9 tahun. Sungguh hebat adik tu, suaranya bagus, bacaannya bagus, lagunya menarik. Ada tetamu yang hadir tak lalu nak makan, mendengar bacaan Qurannya yg mendayu. Hafaz pulak tu tak payah tengok kitab. Rasanya tak ada anak Lenggeng yang mencapai tahap tu waktu ni. Hai, entahlah orang Lenggeng, bilalah nak berubah!..
Tak dapat nak estimated berapa ramai yang datang malam tu. Tapi ada Cina, India dan Melayu.
Makanannya pula ada sate, nasi impit, mee goreng (30 kg) istimewa airtangan KL yg terkenal.

Speaker Dewan Undangan Ng Kelantan memberi ceramah berkaitan peristiwa semasa dan dalam nada yang hebat dan bersemangat sekali. Semoga semangat yang dibawanya pada malam itu akan mengalir dan membasahi jiwa-jiwa orang Lenggeng yang datang dan yang mendengar ucapannya agar jiwa yang basah itu akan membawa perubahan bermakna pada masa akan datang.

No comments: