Monday, October 13, 2008

Business Presentation Alpha Lipid di Sri Malaysia Temerloh

12/10/2008 Temerloh.

Sampai jam 4.00 petang walaupun Majlis dah bermula jam 3.30 pm. Lewat, terlalu lewat. Kami dari Seremban jam 11.00 pagi. Singgah kat Bt Ibam jumpa budak-budak tu. Kirah dengan Ahmad akan menduduki PMR hari isnin. Beri semangat untuk diaorang. Kirah hilang calculator saitifik. Nasib Q ada. Dia pinjamkan dulu. Katanya dia periksa final sem 1 pada 28/10. Suruh Kirah jaga baik2.
Masuk dewab Semantan Perdana, ramainya!!! Tak sangka kat Temerloh ramai macam tu. Nik Hafiz sedang beri motivasi dgn meminta Ruby exe dan emerald exe ceritakan pengalaman dan pendapatan mereka. Paling tinggi pendapatan mereka 40K (Pelajar Universiti) Yang paling rendah 4K bekas manager KFC. Aku yang dah join 4 bln nipun teruja dgn pendapatan yg mereka dapat. Bukan apa aku ni buat part time aje itupun asyik sibuk dgn kebajikan anak2. Sekejap-sekejap dah ke Muadzam.
Jumpa Supervisor Latif buat pertama kali. Kongsi pengalaman dan ajar cara nak buat jualan dan tingkatkan kedudukan dlm business ni. Hebat juga dia ni. Dlm masa sebulam dah boleh jual 60 tin. Nak order lagi 90 tin. Insyaallah dgn iltizam yang kuat dan istiqomah dia dan kami akan sama-sama maju.
Harapanku pada bulan mac 2009 nanti kami akan dapat sekurangnya uncang kuning kalaupun tidak briefcase wang tunai. Insyaallah!!!!

No comments: