Thursday, October 16, 2008

SEMUT WARNA HIJAU



16/10/2008
Sedang memotong ubi kentang untuk dibuat inti karipap , Yafi sempat bercerita. Semasa di sekolah tadi seekor semut berada di atas meja kawannya yg bernama Arasi. Anehnya semut itu walaupun rupanya macam kerengge tetapi warnanya amat berlainan sekali. Kata Yafi kawan-kawan nak jentik semut tu supaya dia penyet dan mati, tapi Yafi telah menghalangnya.
Aku yg mendengarnya bersetuju dgn tindakan Yafi tu sebab semutpun nak hidup juga kataku.

Nak tau warna semut tu warna apa? Tentunya warna yg semakin gagah di persada negara sekarang iaitu kata Yafi "Badannya bewarna hijau keseluruhannya kecuali ekornya sikit berwarna merah samar" Aku ketawa mendengar ceritanya. "Betul Bu, warna merah tupun samar aje macam merah cair "katanya lagi. "Wah! itu tanda petanda baik tu Yafi" kataku .

Yafi menyambung lagi, "kan pelik tu bu, tak pernah semut warna hijaukan! baru kali ni Yafi tengok" ."Tak ada yang peliknya Yafi, kalau Tuhan nak jadikan sesuatu, semuanya boleh berlaku".Kataku sambil terus memotong kentang. "Yafi, Yafi ,tak habis-habis dengan cerita pelik. Kadang-kadang diatu yg pelik dan buat perkara pelik dia tak sedar, " fikirku dlm hati.



RENUNGAN
Jika Allah nak menjadikan sesuatu memadai dengan "kun fayakun" segalanya akan berlaku.

No comments: