Saturday, January 30, 2010

KURSUS ASAS PENANAMAN GAHARU

Sepertimana yang telah dirancang pada 02 Januari yang lalu, kursus pertama bagi tahun ini iatu Kursus Asas Penanaman Gaharu telak dilaksanakan pada hari ini di L & R Enterprise Sdn Bhd
Mantin.. Selain daripada Zul, aku adalah salah seorang penceramah pada -pagi ini. Peranan aku agak berat juga iaitu menerangkan mengapa kursus ini perlu dihadiri oleh orang ramai.

Dengan mengenakan yuran yang minima sekali kursus ini berjaya dilaksanakan olehpara peserta yang kebanyakannyaadalah penduduk di sekitar negeri Sembilan. Yang paling jauhpun daripadaKuala Lumpur. Cuma adal dua orang sahajayang telah menanam Gaharu. Yang lain adalah bakal penanam dan bakal menjadi jutawan Gaharu

Selepas kursus, seorang peserta telah membeli sebanyak 4,000 anak benih Gaharu untuk ditanam di ladangnya. Nampaknya dia akan menanam seluas 10 ekar pokok Gaharu yang mana akan mengeluarkan hasil bernilai jutaan ringgit 7 tahun lagi Insyaallah.

Mengapa Gaharu?

Gaharu adalah pokok yang paling mahal didunia. Ianya mengeluarkan resin atau damar yang amat bernilai di pasaran antara bangsa.

Sudah Gaharu Cendana pula
Sudah Tahu Bertanya Pula

Ini adalah satu peribahasa yang telah dituturkan oleh orang Melayu sejak ratusan tahun lagi dan kitapun tidak tahu siapakah yang menciptanya. Ia bermaksud , orang yang berpura-pura tidak tahu pada sesuatu perkara padahal yang sebenarnya dia telah pun mengetahuinya.

Perlambangan kepada peribahasa ini iaitu Gaharu dan Cendana telahpun menunjukkan bahawa kedua-dua kayu tersebut merupakan kayu dalam keluarga yang sama.

Berapakah harga kayu gaharu di pasaran? Jangan tak percaya RM5 hingga RM25,000 sekilo.Dan bagi harga minyak pula RM450 bagi 12ml.

Oleh itu marilah kita menanam Gaharu sekarang. Tak kisahlah, keliling rumah pun boleh.

Kalau berminat nak datang kursus, nak beli anak benih, nak bincang tanaman ladang dan segalanya tentang Gaharu, sila telefon saya 019-2467067 .
Kami memberikan perkhimatan rundingcara dan konsultansi dengan yuran yang berpatutan.

1 comment:

mukhlis said...

salam..bila kursus yang terbaru akan di buat??