Sunday, November 16, 2008

MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON

Hari ini 16 Nov 2008 bersama R, Ipi, Kirah, Yafi dan Hd ke Muzium Tentera di Port Dickson.
Tujuan sebenar nak dapatkan bekalan sardin pertima yang dah kehabisan. Mana lagi kalau tak dapatkan dari kawan seniaga Yakin Mart di Lukut. So perjalanan pagi bermula jam 10.00 setelah mengambil sarapan di warung murah pilihan Hd. Sampai lebihkurang jam 11.00 pagi.

Parking aje kereta dah nampak helikopter tentera yang diletakkan di atas bukit bersebelahan.
Naik tangga ke muzium nampak pula keretapi lama , meriam dan kereta kebal. Budak-budak tu apa lagi, tak sempat-sempat nak membelek kesemua objek yang selama ini menarik perhatian mereka. Kadang-kadang tu dalam ilusi sahaja. Sebab tak berkesempatan membawa mereka ke tempat begini.

Dah lama sebenarnya nak bawa mereka ke muzium tu. Pernah dengar mengenainya dalam radio Negeri FM dalam ruangan jongok sano jongok sini. Tertarik dengan perbualan dlm rancangan tu aku mengajak R sejak 2 bulan yg lalu. Tapi nampaknya tak ada respon.

Semalam tiba-tiba katanya nak pegi ambil bekalan sardin, so aku sarankan supaya kami melawat muzium tu sekali. R pun setuju, tapi aku hanya diamkan dulu takut kalau-kalau tak jadi. Kesian kat budak-budak. Malam tadi entah kenapa ketiga-tiga mereka Ipi, Yafi dan Hd serentak membuat lukisan formasi serangan dalam buku masing-masing sebelum mereka tidur.
Entah kenapa mereka termasuk Ahmad memang suka melukis formasi serangan dan kemudian akan menceritakan kepada adik-beradik yang lain apa senjata yang digunakan dan bagaimana serangan akan dilakukan.

Hd yang paling kecil baru memulakan minat ini 3 minggu yang lalu. Aku amat terkejut apabila dalam kereta semasa perjalanan ke KL dia menyerahkan kepadaku lukisan formasi serangan kepadaku. Dalam terkejut tu aku ketawa besar kerana Hd pun dah masuk geng dengan abang-abangnya yang lain.

Takut juga kalau mereka minat nak jadi askar. Tentu R tak benarkan. Tapi kalau tengok minat diaorang sekarang, dah pasti askarlah yang mereka pilih. Hd pernah minta aku belikan majalah askar yang ada di pasran. Memandangkan harganya yang mahal, aku tak jadi beli. Kalau setakat 4 atau 5 ringgit dah pasti aku belikan setiap bulan.

Rupanya kami dah habiskan masa selama 2 jam dalam muzium itu kerana keluar pada jam 1.30 petang. Ada lagi yang kami tak masuk . Terowong komunis tu menarik juga walaupun agak panas. Yang paling menarik adalah buku yang ditulis oleh Prof Fawzi Basri. Bukan apa ada sedikit catatan mengenai pengujudan Palapes UKM . Ianya mengembalikan nostalgiaku kerana akulah antara Palapes pertama di UKM yang menamatkan latihan dan ditauliahkan sebagai Lt Muda.

Sempatlah R buka mulut mengenai Alpha Lipid kepada kawannya di Yaqin Mart. "Kita hanya berusaha, Allah juga yang membuka pintu hatinya" R menyatakan kepadaku semasa perjalanan balik.

Hari ni lupa nak bawa kamera. Hairannya Kirah pulak yang rasa kesal. R kata bila-bila masa kita boleh datang lagi. Muzium dibuka hari Rabu hingga Ahad dari jam 10.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Ramai juga yang datang pada hari ini. Kanak-kanak amat suka dengan semua objek tentera yang di pamerkan di luar dan dalam muzium tu. Tapi ada sesuatu yang hilang. Tak ada caption mengenai semua objek tu. Kalau ada tentu lebih menarik. Lagi satu kipas udara untuk terowong yang ada depan kafeteria tu patutnya ada tanda dilarang sentuh atau di kurung dalam pagar. Sebabnya masa kami berihat di situ, 3 orang kanak-kanak cuba mengusiknya dengan tangan. Nasib baik tak luka. Dua kali R sergah budak yang cuba mengusik kipas berpusing laju tu. Keselamatan pengunjung perlu diutamakan juga.



RENUNGAN
"Jauh berjalan luas pengalaman"

No comments: