Wednesday, November 12, 2008

JUTAWAN SENYAP DI HALALMART



11 Nov 2008

Hari ni tak jadi ke kl kerana tak dapat hubungi RH. Rupanya itulah hikmahnya. Kay dan Chibi datang bersama" jutawan senyap" siapa lagi kalau bukan Dato Chef Li. Walaupun dah lebih 10 tahun jadi biras ku barulah kali ni aku dapat berbual santai dengannya.




Malam tu keluar awal jam 7.30 membeli barangan keperluan memasak untuk makan malam.
Jam 7.45 dah mula memasak. Menu malam ini ringkas tetapi menarik. R yang sediakan menu mengikut citarasanya. Ikan Cencaru bakar cicah air asam, sotong masak mamak (resepi ciptaan R), Sayur campur dengan udang, telur dadar dengan cili api, ikan masin. Minuman, air kosong dan cincau ais. Cincau buatan chef Li yang dibawa last minute.

Jam 8.30 makan malam bermula dan kelihatannya semua tetamu makan dengan berselera sekali. Alhamdulillah!

Tak sangka AZ datang lewat malam beli susu 3 tin lagi. Mmm.. kat mana dia jual susu tu ye?

RENUNGAN
Makanan yang baik membina darah dan daging yang baik. Paling penting memudahkan kita beribadah kepada yang Maha Esa.

No comments: