Thursday, December 22, 2011
PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM
Thursday, July 28, 2011
JUS MONAVIE- Jus Kesihatan Anda!

Disatukan dalam satu campuran tulen sebagai minuman tambahan yang lazat dan hebat. Alternatif hebat dan mudah untuk
Meningkatkan MUTU KESIHATAN dan KEHIDUPAN.
Khasiat Acai Berry salah satu drp kandungannya :
-Meningkatkan daya seks
-Masalah prostat
-meningkatkan daya imun
-Aliran darah
-Awet Muda
-Nutrient untuk kesihatan minda, mata dan jantung
KHASIAT UTAMA
-membaikpulih kesihatan sendi
-melawan kerosakan oksidatif dan penuaan
-menjaga kesihatan tisu penghubung dan otot sendi
menyampaikan nutsiri utama untukmemastikan badan anda kekal bergerak dan sihat.
Tuesday, June 28, 2011
POKOK GAHARU LIAR DALAM KEBUN SENDIRI
Monday, June 13, 2011
GAHARU
PEKERJA SEDANG INOKULASI POKOK GAHARU
JENIS-JENIS GAHARU:
1. Aquilaria Subintegra
2. Aquilaria Crassna
3. Aquilaria Malaccensis (Sinonim: Aquilaria Agallocha dan Aquilaria Secundaria)
4. Aquilaria Apiculata
5. Aquilaria Baillonii
6. Aquilaria Baneonsis
7. Aquilaria Beccariana
8. Aquilaria Brachyantha
9. Aquilaria Cumingiana
10. Aquilaria Filaria
11. Aquilaria Grandfolia
12. Aquilaria Hirta
Sunday, June 12, 2011
ALPHA LIPID
RM 180 setinSUSU TERBAIK DUNIA
Tentunya susu Alpha Lipid. Memang aku ni agak sukar nak minum susu ni. Kalau susu lemak manis macam Teapot ke, F&N ke tak apelah jugak. Ni susu awal lembu. Mula-mula minum memang susah, satu gelas tu lama jugaklah nak habiskannya. Nak mulakan meneguk satu hal nak habiskan segelas satu hal lagi. R selalu marah padaku bila aku melambat-lambatkan minum susu tu. Selalunya dialah yg bancuhkan susu tu untukku. Kalau tidak aku pura-pura lupalah apa lagi. Tapi bila aku mengadu penyakit sendiku datang lagi, dia akan memulangkan paku buah keras. Kadang-kadang aku minta Hd anak yg bongsu berkongsi dgn ku . aku minum separuh dan dia minum separuh. Kadang2 dia lari tak nak bersekongkol dgnku kerana "nanti ayah tanya' katanya padaku.
Tapi setelah mengambil AlphaLipid lebihkurang 4 bulan, perubahan ketara berlaku pada diriku.
Sekarang aku sendiri yg bancuh susu untuk diri sendiri . Meminumnya pun tak sukar manapun, 3 teguk dah habis. yg paling penting tubuh badan rasa bertenaga dan sakit sendi beransur kurang. Kadang-kadang tak rasa sakitpun. R pun dah pandai minta aku bancuh susu untuknya.
Tiba-tiba KL dan Z mengadu susu mereka tak rasa apa, tawar hebe. Lepastu macam tepung jagung rupanya. Terkejut jugaklah. Tapi Nik Hafiz kata mungkin disebabkan perubahan cuaca.
Satu hari aku tanya Mira dan emaknya bagaimana rasa susu yg mereka minum. Ada tak rasa tawar. Jawapan mereka mengejutkan.... Selama ini mereka tak pernah rasa susu tu manis. Baru-baru ni tiba-tiba mereka dapat rasa susu tu manis. Pulak dah! Yang kami selama ni rasa susu tu manis. Sekarangpun kami masih rasa susu tu manis dan sedap!!!. Mungkin susupun pandai pilih tuan kot....
Dapatkan susu Alpha Lipid Lifeline untuk kesihatan tubuhbadan yg lebih baik.Berkhasiat, meningkatkan imunisasi badan dan memberi tenaga yg diperlukan. Colostrum Alpha Lipid adalah daripada Colostrum no 10 yang mana merupakan colostrum terbaik dari New Zealand! Khasiatnya telah terbukti. Insyaallah telah ramai mencuba dan berjaya mengatasi masalah mereka.
Dapatkan sekarang juga. Hubungi saya di tel no: 019-2467067 atau 019-6082112
RENUNGAN
Rezki, ajal dan maut di tangan Allah swt. Berdoa dan berushalah semoga kita sentiasa mendapat rahmatNya..
GAHARU-Pelaburan yang menguntungkan!
Pada hari ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai gaharu.
Gaharu berasal daripada perkataan sanskrit 'Agaru' yang bererti kayu berat yang mempunyai damar atau resin. Damar ini mengahasilkan aroma yang harum apabila dibakar.
Gaharu mempunyai banyak kegunaan. Dianatarnya, ia digunakan untuk upacara keagamaan dan tradisionl oleh China dan Jepun. Ia turut digunakan bagi tujuan perubatan serta minyak wangi.
Penggredan Gaharu
Gred A Super : RM 25,000.00 perkilogram
Gred A : RM 20,000.00 perkilogram
Gred B : RM 18,000.oo perkilogram
Gred C : RM 15,000.00 perkilogram
Gred D : RM 8,000.00 perkilogram
Gred E : RM 3,000.00 perkilogram
Lain-lain Gred : RM 500.00-RM 1000.00 perkilogram
Gaharu Racik : RM 5.00-100.00 perkilogram
Beberapa faktor lain yang diambil bagi tujuan penggredan Gaharu adalah:
1- Warna
2- Ketebalan
3- Panjang
4- Bentuk dan Saiz
5- Bau
6- Ketumpatan
SESIAPA YAN BERMINAT UNTUK MEMBELI BENIH GAHARU, ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA [Abdull Rahim: 019-2467067] dengan harga RM10 sebatang.
Tuesday, April 26, 2011
SD11 - PRODUK MENURUNKAN BERAT BADAN

Produk yang tulin terdapat batch number di bawah tin. Berhati-hatilah
Paling mudah hubungi pengedar terdekat untuk mendapatkan produk yg tulin.
Ketahuilah testimoni-testimoni yang telah berjaya menggunakan produk ini!
SD2 TESTIMONI
Friday, July 30, 2010
SD 11 - CIKGU YATI DAH KURUS
Katanya nak kurus sikit biar boleh pakai baju lama(baju kebaya)
Cikgu ni ambil SD 11 - 5 tin aje dah boleh pakai baju lama. Alhamdulillah
cubalah SD 11.
Kadang-kadang berat badan tak turun, tapi boleh pakai baju lama. Sebab ape ye?
Sebabnya SD 11 menyebabkan tubuh badan menjadi mantap dan tidak menggeleber.
Monday, May 3, 2010
SD11 - PRODUK MENURUNKAN BERAT BADAN
Tiada keraguan lagi. Inilah produk terbaru di pasaran yang menggamit ramai pengguna baru setiap hari. Pemegang rekod dunia dengan penurunan berat badan 64 kg. Boleh melansingkan badan secara sihat dan semulajadi dengan program 'slim diet' yang amat ringkas dan mudah.
Dengan SD 11 kadar penurunan berat badan adalah seimbang dan sekata, tiada masalah kendur dan berkedut.
Masalah kesihatan yang dialami juga bertambah baik tanpa disedari.
SD 11 adalah produk penurunan berat badan berasaskan soya protin isolate yang terpilih dan bergred tinggi diperkaya dengan asid amino , vitamin A<>
MINUM AIR
Semasa di dalam program ini anda dinasihatkan untuk mengambil banyak air supaya mengurangkan selera makan dan mempercepatkan proses pembakaran lemak.Kurangkan pengambilan kaborhaiderat dan lebihkan protin agar ia cepat bertindakbalas dengan SD 11 dan seterusnya membakar lemak dengan lebih poantas.
PENURUNAN BERAT BADAN
Pada asasnya penurunan berat badan sebanyak 3 kg seminggu (penggunaan 1 tin) adalah normal sekiranya anda konsisten dengan makanan mengandungi protin.
JENIS MAKANAN
Makanan paling menonjol mengandungi protin yang ringkas dan mudah adalah tahu dan tempe. Walaupun daging, ayam dan udang mengandungi protin yang tinggi, protin sayuran adalah dikatakan lebih selamat dan memenuhi carta makanan yang di dinasihatkan.
Ini adalah cuma cadangan, anda boleh makan sebarang hidangan yang mengandungi protin mengikut kesukaan anda.
PENGALAMAN DAN TESTIMONI
Ada ramai testimoni di luar sana yang telah berjaya menurunkan berat badan.
Testimoni saya adalah anak sendiri yang mempunyai berat badan 75 kilogram dengan ketinggian 5 kaki. Setelah menggunakan 2 tinm, atau selama 2 aminggu beliau telah berjaya menurunkan berat badanm sebanyak 6 kg. Sekarang sedang berusaha menurunkan berat badan hingga ke 50 kg.Insyaallah!.
Makanan yang dimakannya mengandungi protin seperti telur, sayuran seperti kobis dan
brokoli, tempe, tahu, ikan, ayam dan daging. Dia tidak mengambil nasi. Malam paling
hebat sekali, dia mengambil chicken chop, ayam goreng atau steak.
Cubalah sekarang dengan SD 11 tiada rasa lapar, tetapi berat badan turun tanpa disedari..
Hubungi saya Abdul Rahim dan Noorini tel: 0192467067 Kami boleh menghantar sehingga ke KL, Ceras, Hulu Langat, Kajang, Melaka dan Shah Alam.
Friday, April 23, 2010
KEBUN TAMAN DI BELAKANG RUMAH
Sekarang saya sedang semai pokok betik dan terung ungu bulat . Benihnya saya dapat daripada kakak ipar.Terung ungu tu dah ada tiga daun dan saya pindahkannya ke dalam plastik untuk dibawa ke kebun kami nanti. Betik saya baru saja semai pagi ini.
Prinsip saya dalam penanaman pokok ialah menanam sebatang pokok sehari. Walaubagaimanapun kadang-kadang saya kesuntukan masa dan tidak sempat membelai pokok-pokok di kebun taman saya itu. Jika tiada pokok yang hendak ditanam, saya akan menanam
serai kerana ianya amat mudah. Ambil sahaja sebahagian anak pokok daripada ibunya, cantas
yang disebelah atas dan terus ditanam.
Seminggu yang lalu saya membeli keladi telur di Econsave Senawang. Harganya sekilo RM4 lebih. Saya terbayangkan keladi rebus yang enak. Walaubagaimanapun setelah direbus rasanya tidak sama sepertimasa saya kecil- dahulu. Agaknya keladi itu dah lama. Saya tinggalkan seketul keladi itu dan terus tanam dalam plastik bag. Hari ini saya tengok ia telahpun tumbuh
dengan tunas yang banyak.
Tiga minggu yang lalu pula ketika berkunjung ke rumah rakan, saya diberi hadiah sayur-sayuran yang ditanamnya di belakang rumah. Antaranya terung biru, sawi, kailan, keladi kemumur .
Saya juga diberi benih keladi kemumur sebanyak tiga pokok. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, saya amat berterima kasih kepadanya. Sekarang pokok keladi itu saya tanam dalam cooker saya yang telah rosak. Ianya hidup subur sekali dan mengeluarkan banyak daun. Cuaca yang selalu hujan juga banyak membantu . Sepokok lagi saya tanam dalam pasu besar di hadapan rumah. Ianya saya jadikan hiasan. Tapi kalau dah besar nanti bolehlah diambil untuk digulai dengan udang.
Hari ini saya memetik sebanyak 10 biji terung telunjuk. Mungkin nak gulai dengan udang.
Tapi ada orang kata terung tak elok untuk lelaki. Ia juga tak sesuai untuk orang yang ada athma.
Saturday, April 17, 2010
GELANG DARI MANIK DAN KRISTAL
DESIGN F
Swarvoski dan Manik
RM 25
Anak saya yang sedang bercuti daripada U minta dibelikan manik-manik untuk membuat gelang
gelang tersebut. Semua gelang itu dicipta dengan rekaan yang unik dan satu rekaan hanya ada satu sahaja. Dia tidak pernah belajar khusus membuat gelang, ianya cuma dari kreativiti beliau.
Ada banyak lagi rekaan yang tidak dimasukkan di dalam blog ini dengan harga yang berpatutan.
Sesiapa yang berminat untuk membeli gelang-gelang di atas, sila hubungi:
Abdull Rahim bin Omar
019-2467067
email: kintelek@yahoo.com
Saturday, April 3, 2010
SLIM DIET II-PROTEIN SPARING MODIFIED FAST
HOW DOES SD II WORKS?
Your body has two sources of energy
1.Foods that you eat
2.Fats that you stored
When you reduce your carbohydrate intakes (sugar and starches) the body will naturally break down fat for energy
The amount of carbohydrate that triggers the fat breakdown is called your critical carbohydrate level (CCL). When fats break down, ketones are produced and this process is called ketosis.
Ketones are neasured on a urine test strip.
This chemical condition is favourable to the fast burning of fat and also prevents revenous hunger.
WHAT ARE THE ADVANTAGES OF THIS PROGRAMME?
1.Work closely with the body"s natural weight loss system
2.Safe and effective
3.Remedy the cause of weight gain instead of just treating the symptoms
4.New hope for long term weight control, therefore enhanced health and improved well being
5.Provide you with virtually all the necessary amount of high quality protein, vitamins, minerals, trace element and essential fatty acids in proper balance.
6." Palan with a can"
7.Do not cause saggy skin but only remain firm skin
8.Used up your stores of fat
9.Look and feel so much better
THERE IS NO
No hunger pangs
No Unpleasent side effects often associated with other weight loss plans greatly reduced or totally eliminated
So what are you waiting? Prepare for a successful weight loss with SD II programme
E-mail :kintelek@yahoo.com/ meganasution@gmail.com
Call 019-2467067 (Abd Rahim)
Only RM144 per can (Can be used for 7 days)
SD 11 -SLIM DIET 11 DRP NEW IMAGE

Ia bekerja dengan bertindak balas dengan protin yang diambil sebagai hidangan makanan harian. Tindakbalas ini akan membakar lemak yang tersimpan di dalam badan.
Oleh itu pakar-pakar di Harvard University telah mencipta beberapa menu makanan yang boleh diambil bersama SD II untuk mendapat tubuh badan idaman.
Menu tersebut adalah untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Anehnya menu yang disediakan selaras dengan cadangan Dr Nordin Darus pengasas penapis air RX Water yang menyatakan waktu sarapan makanlah seperti "a pauper" atau orang miskin. Makan tengahari seperti seorang permaisuri (like a Queen) dan makan malam seperti seorang raja (like a king)
Salah satu menu yang dicadangkan untuk dimakan semasa mengambil SD II ialah seperti berikut:
Sarapan - 2 biji scrambled eggs
mixed vegetables
Makan tengahari - goreng daging dengan kicap
Brokoli dengan udang
Makan malam - Ayam panggang
Tahu dan daging bakar
bayam
Oleh itu mereka yang menggunakan SD II boleh makan tetapi bukan nasi kerana nasi banyak kabohaiderat.
Hubungi saya segera untuk memulakan program pelansingan badan.
Tel no: 019-2467067 (Abd Rahim)
Ramai yang telah berjaya, anda bila lagi?.........
Saturday, March 13, 2010
SEMBAHYANG MOHON DITURUNKAN HUJAN
Kelantan memang panas, Dua hari berjalan ke Kelantan iaitu pertengahan Februari dan Awal March memang cuaca teramat panas. Adik ipar kata pernah sampai 40 darjah celcius.
Ng 9 dah beberapakali hujan sebelum tu lagi. Alhamdulillah hujan di Kelantan. Harap-harap Pokok Pisang yang ditanam belakang rumah adik tu tumbuh dengan elok. Sebab rasanya itu adalah pisang nipah yang pertama di tanam di Kelantan. Sebabnya nak cari pisang nipah kat Pantai Timur memang tak ada.
Sunday, January 31, 2010
POKOK GAHARU POKOK TERMAHAL DI DUNIA

Gambar-gambar di atas adalah antara aktiviti yang dilakukan untuk menghasilkan resin/damar daripada pokok Gaharu hutan. Ini sekadar hiasan. Kita ada banyak lagi gambar-gambar menarik yang masih di dalam simpanan.
Bila lagi, laburlah wang anda dalam perladangan Gaharu yang menggunakan teknologi terkini. Dalam masa singkat pokok yang anda tanam mengeluarkan resin/damar yang amat bernilai.
Jangan sia-siakan anugerah Allah rezki dari dalam bumi.
Kami menyediakan kursus khas untuk mereka yang baru nak memulakan pelaburan dalam bidang ini.
Mereka yang telah menanam tetapi belum hadir kursus digalakkan untuk menemui mereka yang telah lama menjadi peladang Gaharu. Kita boleh bertukar-tukar maklumat pada hari tersebut.
Kursus dijalankan dalam masa 1 hari dan penuh dengan info berguna. Telefon saya sekarang di no 019-2467067
Kami juga menjual buku bertajuk GAHARU MENJANA MASA DEPAN yang ditulis oleh En Zulkefly Mohamed Bin Omar . Buku ini baru diterbitkan dan akan beredar di pasaran tidak lama lagi. Jadikan diri anda pemilik awal buku berharga ini. Jika berminat telefon sekarang. Cetakan pertama telah hampir habis.
Saturday, January 30, 2010
KURSUS ASAS PENANAMAN GAHARU
Mantin.. Selain daripada Zul, aku adalah salah seorang penceramah pada -pagi ini. Peranan aku agak berat juga iaitu menerangkan mengapa kursus ini perlu dihadiri oleh orang ramai.
Dengan mengenakan yuran yang minima sekali kursus ini berjaya dilaksanakan olehpara peserta yang kebanyakannyaadalah penduduk di sekitar negeri Sembilan. Yang paling jauhpun daripadaKuala Lumpur. Cuma adal dua orang sahajayang telah menanam Gaharu. Yang lain adalah bakal penanam dan bakal menjadi jutawan Gaharu
Selepas kursus, seorang peserta telah membeli sebanyak 4,000 anak benih Gaharu untuk ditanam di ladangnya. Nampaknya dia akan menanam seluas 10 ekar pokok Gaharu yang mana akan mengeluarkan hasil bernilai jutaan ringgit 7 tahun lagi Insyaallah.
Mengapa Gaharu?
Gaharu adalah pokok yang paling mahal didunia. Ianya mengeluarkan resin atau damar yang amat bernilai di pasaran antara bangsa.
Sudah Gaharu Cendana pula
Sudah Tahu Bertanya Pula
Ini adalah satu peribahasa yang telah dituturkan oleh orang Melayu sejak ratusan tahun lagi dan kitapun tidak tahu siapakah yang menciptanya. Ia bermaksud , orang yang berpura-pura tidak tahu pada sesuatu perkara padahal yang sebenarnya dia telah pun mengetahuinya.
Perlambangan kepada peribahasa ini iaitu Gaharu dan Cendana telahpun menunjukkan bahawa kedua-dua kayu tersebut merupakan kayu dalam keluarga yang sama.
Berapakah harga kayu gaharu di pasaran? Jangan tak percaya RM5 hingga RM25,000 sekilo.Dan bagi harga minyak pula RM450 bagi 12ml.
Oleh itu marilah kita menanam Gaharu sekarang. Tak kisahlah, keliling rumah pun boleh.
Kalau berminat nak datang kursus, nak beli anak benih, nak bincang tanaman ladang dan segalanya tentang Gaharu, sila telefon saya 019-2467067 .
Kami memberikan perkhimatan rundingcara dan konsultansi dengan yuran yang berpatutan.
Sunday, January 24, 2010
PENENANG JIWA -Pengubatan & Rawatan
Pada tahun ini saya telah memiliki 3 buah kitab ini .Harga sebuah pada masa ini adalah RM15 sahaja diterbitkan oleh Wholesale- Mart Business Point Sdn Bhd.
Ada terlalu banyak ilmu yang tak ada di mana-mana terdapat dalam kitab yang berkah ini.
Terdapat 111 ,bab kitab ini menjelaskan banyak perkara daripada "Takut Kepada Allah SWT di bab 1 hinggalah 'Rasullullah SAW Wafat' di Bab 111. Seperti yang dinukilkan oleh Pengantar Terjemahan " Adalah suatu hal yang pasti bahawa pada setiap jiwa manusia terjadi pergelutan dan peperangan yang dahsyat yang menentukan apakah dia akan tetap sebagai manusia atau akan menjadi binatang yang berbadan manusia. Itulah peperangan antara rayuan syaitan dan seruan agama. Antara kebatilan dan kebenaran."
"Setiap kemaksiatan yang dilakukan oleh seseorang, ia bagaikan bintik-bintik hitam yang mengotori dan mengeraskan hatinya. Semakin ia berani melakukan maksiat, kedudukan Iblis bertambah kuat. Dan...Iblis mengibarkan benderanya. Maka ketika itulah hati akan menderitai penyakit. Suatu penyakit yang berbahaya namun tidak dapat dirasai. Penyakit yang sukar ditemukan doktornya. Penyakit yang akan menghantarkan seseorang ke Neraka"
Sebab itulah kitab ini diterjemahkan kerana melalui kitab ini Imam Al Ghazali mengorek barah yang bersarang di hati . Beliau menjelaskan sebab dan bahayanya. Beliau juga menjelaskan pula bagaimana sikap orang yang telah mencapai tingkatan ariffin.
PETIKAN DARIPADA BAB 109 -PEDIHNYA AZAB JAHANAM
At-Thabrani, "Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang tidak biasa dia datang. Kemudian Nabi SAW berdiri menyambutnya seraya berkata: Wahai Jibril, belum pernah aku melihat engkau berubah rupa," Jibril berkata, " Aku datang setelah Allah memerintahkan aku mengintip Neraka," Nabi SAW bertanya, "Wahai Jibril ceritakan kepadaku tentang keadaan Neraka! Jibril menjawab, "Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan jahanam menyalakannya seribu tahun hingga menjadi putih. Lalu memerintahkan menyalakanya seribu tahun lagi hingga merah. Dan kemudian memerintahkan menyalakanyaseribu tahu lagi sehingga menjadi hitam pekat. Tak kelihatan lagi cahayanya dan tak terpadamkan lagi nyalanya. Demi Zat yangmengutusmu sebagai nabi dengan benar, kalau Jahanam itu dibuka sebesar lubang jarum, matilah seluruh penghuni bumi kerana kepanasan. Demi Zat yang mengutuskan dengan kebenaran, jika saja seorang penjaga Jahanam menjelma ke dunia, tentulah seluruh penghuninya akan mati kerana ngeri melihat rupanya yang amat buruk serta baunya yang busuk.Demi Zat yang mengutusmu dengan kebenaran, kalau sepotong rantai ahli Neraka yang telah dijelaskan Allah dalam kitabNya itu diletakkan di atas gunung,tentu akan lebur dan meleleh ke dasar bumi."
Demikianlah gambaran kedahsyatan Neraka yang dibawa oleh Jibril sehingga Jibril menangis kerana tidak mahu berakhir seperti Iblis. Nabi Muhammad SAW pun menangis .
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW berkata kepada Jibril:
"Aku tak pernah melihat Malaikat Malik itu tertawa." Jibril berkata, "Dia tak pernah tertawa sejak Neraka diciptakan."
Daripada Abu Ya'la, "Wahai sekalian manusia, menangislah! jika kamu tidak boleh menangis, maka buat-buatlah menangis. Sesungguhnya ahli Neraka itu menangis di Neraka sampai air mata mereka meleleh ke pipinya bagai anak sungai. Setelah airmatanya habis lalu mengalirlah darah sehingga melukai matanya."
PERTANIAN
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin pada 17 Januari 2010 di Bachok Kelantan mengatakan bahawa sektor pertanian negara akan terus diperkasakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK 10) . Menurutnya sektor itu antara yang akan bakal menerima peruntukan paling banyak kerana sebahagian besar rakyat di luar bandar bergantung kepada pertanian sebagai sumber pendapatan mereka.
" Unit Perancang Ekonomi , Jabatan Perdana Menteri sedang merangka pelan terperinci mengenainya", katanya kepada media . Menurutnya lagi ,ini termasuk menyediakan peruntukan pelbagai bentuk subsidi seperti baja padi, baja kapur, racun, upah tenggala, merata tanah dan skim insentif peningkatan hasil sehingga RM2,500 sehektar. Katanya lagi ini tidak termasuk skim pemilikan jentera pembajak serta peralatan ladang tidak melebihi RM10,000 yang separuh daripada harga dibiayai kerajaan.
Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2009 telah menggalakkan rakyat negerinya memajukan tanah-tanah terbiar yang ada dengan aktiviti pertanian. Awal tahun 2010 sekali lagi perkara ini diketengahkan . Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Ushawan dan Koperasi Negeri Sembilan Datuk Yunus Rahmat berkata , setiap daerah di negeri tersebut akan dibekalkan tiga buah motosikal tiga roda untuk digunakan memungut hasil tani yang tidak dapat dimasuki kenderaan biasa. Motosikal tiga roda ini dibekalkan oleh FAMA. Sehubungan dengan itu,katanya lagi hasil pertanian yang dikumpulkan akan dijual sama ada di rangkaian Agro bazar Kedai Rakyat, Pasar Tani, Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) dan rangkaian kecil yang lain.
Nampaknya sektor pertanian menjadi sektor yang amat penting pada masa ini bagi menampung keperluan makanan negara. Justru tidak hairanlah sebaik selesai Perdana Menteri membentangkan Peruntukan bajet 2010 pada hujung tahun 2009 berebut usahawan yang entah dari mana memohon tanah-tanah pertanian daripada kerajaan. Tanyalah Jabatan Pertanian serta Mardi banyak permohonan yang masih dalam senarai permohonan.
Memandangkan terlalu banyak kemudahan yang ditawarkan bagi usahawan yang berjaya dalam permohonan tanah terutamanya daripada Projek Tanaman Makanan Kekal, maka berebut-rebut yang membuat permohonan. Akan tetapi adakah projek pertanian tersebut berjaya dilaksanakan sepenuhnya? Hanya Jabatan Pertanian yang dapat memberi jawapan.
Walaubagaimanapun, adalah diharapkan pemilihan usahawan dalam projek-projek tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih telus agar mereka yang berkelayakan dapat dipilih .Adakah dengan memberi syarat usahawan perlu menyediakan RM10,000 dalam akaun mereka baru boleh dipilih dalam projek Jabatan Pertanian benar-benar dapat membuktikan usahawan tersebut berjaya melaksanakan projek pertanian berskala besar ( 10 ekar)?
Saya tidak mempunyai data-data untuk menjelaskan perkara ini.
Adakah mereka yang berkemahiran, mempunyai minat yang mendalam dan mempunyai pengalaman pengurusan tetapi tidak mempunyai RM10,000 "on the spot" tidak layak diopertimbangkan? Ini juga saya tidak mempunyai jawapannya. Akan tetapi ianya boleh didebatkan dan terbuka untuk difikirkan.
Walaubagaimanapun, melaksanakan aktiviti pertanian walau sebesar manapun tidak akan membawa kerugian. Contohnya tanaman pisang. Tiga bulan yang lalu saya berkesempatan bertemu Pengurus Jabatan Pertanian Kuala Pilah . Kata-katanya yang paling saya hargai dan ingati hingga kini ialah " Kalau pisang, tanam sajalah!, " Makna katanya pisang adalah tanaman yang mudah ditanam, dijaga dan memberi pulangan yang tinggi. Terima kasih puan kerana telah memberikan saya satu motivasi yang amat bermakna. Hasilnya, pada masa ini saya telah 2.5 bulan menanam pisang di tanah seluas 0.5 ekar. Penjagaannya memang mudah. Pisang-pisang tu (200 pokok) kelihatan amat subur dan rumputnya dimesin 2 x seminggu.
Thursday, January 21, 2010
LAWATAN KE ASRAMA
Wawa minta baju sekolah lama sebab baju yang dibeli di sekolah baru tak siap lagi.
Yafi yang pertama kali duduk asrama minta berbagai barangan.
Jadinya hujung minggu kedua tu dah berada di Muadzam. Kami sampai petang.
Rasa tak cukup masa nak melayan empat orang anak sekaligus.
BIRTHDAY HD
Tiba-tiba 18 Jan petang R balik bawa kek cream tertulis Selamat hari Jadi Hd. Alhamdulillah! Rupanya Su yang buat sebab anaknya Alin pun sambut birthday pada 17 Januari.
Sebelum ni aku memanglah tak berapa suka kek cream,tapi kek yang Su buat ni sedaplah pulak. Agaknya memang sedap atau aku yang tengah lapar... macamanapun kami bertiga minum petang hari tu dengan kek cream Hd.
Semoga tahun ini dan tahun-tahun akan datang bakal memberi cahaya dan kebaikan untuk kehidupan Hd. Moga menjadi anak yang soleh dan diberkati dunia dan akhirat.




