Kitab Mukashafah Al Qulub ditulis oleh Hujatul Islam Imam Al Ghazali rahimahullah dan diterjemahkan dengan tajuk di atas. Seingat saya ,saya telah berkenalan dengan kitab ini pada tahun 1990an . Pada masa itu saya beli di kedai buku di jalan TAR dengan harga RM30. Saya amat asyik membaca kitab tersebut sehingga memberi kesan yang amat baik pada diri, dan hubungan kekeluargaan.
Pada tahun ini saya telah memiliki 3 buah kitab ini .Harga sebuah pada masa ini adalah RM15 sahaja diterbitkan oleh Wholesale- Mart Business Point Sdn Bhd.
Ada terlalu banyak ilmu yang tak ada di mana-mana terdapat dalam kitab yang berkah ini.
Terdapat 111 ,bab kitab ini menjelaskan banyak perkara daripada "Takut Kepada Allah SWT di bab 1 hinggalah 'Rasullullah SAW Wafat' di Bab 111. Seperti yang dinukilkan oleh Pengantar Terjemahan " Adalah suatu hal yang pasti bahawa pada setiap jiwa manusia terjadi pergelutan dan peperangan yang dahsyat yang menentukan apakah dia akan tetap sebagai manusia atau akan menjadi binatang yang berbadan manusia. Itulah peperangan antara rayuan syaitan dan seruan agama. Antara kebatilan dan kebenaran."
"Setiap kemaksiatan yang dilakukan oleh seseorang, ia bagaikan bintik-bintik hitam yang mengotori dan mengeraskan hatinya. Semakin ia berani melakukan maksiat, kedudukan Iblis bertambah kuat. Dan...Iblis mengibarkan benderanya. Maka ketika itulah hati akan menderitai penyakit. Suatu penyakit yang berbahaya namun tidak dapat dirasai. Penyakit yang sukar ditemukan doktornya. Penyakit yang akan menghantarkan seseorang ke Neraka"
Sebab itulah kitab ini diterjemahkan kerana melalui kitab ini Imam Al Ghazali mengorek barah yang bersarang di hati . Beliau menjelaskan sebab dan bahayanya. Beliau juga menjelaskan pula bagaimana sikap orang yang telah mencapai tingkatan ariffin.
PETIKAN DARIPADA BAB 109 -PEDIHNYA AZAB JAHANAM
At-Thabrani, "Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang tidak biasa dia datang. Kemudian Nabi SAW berdiri menyambutnya seraya berkata: Wahai Jibril, belum pernah aku melihat engkau berubah rupa," Jibril berkata, " Aku datang setelah Allah memerintahkan aku mengintip Neraka," Nabi SAW bertanya, "Wahai Jibril ceritakan kepadaku tentang keadaan Neraka! Jibril menjawab, "Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan jahanam menyalakannya seribu tahun hingga menjadi putih. Lalu memerintahkan menyalakanya seribu tahun lagi hingga merah. Dan kemudian memerintahkan menyalakanyaseribu tahu lagi sehingga menjadi hitam pekat. Tak kelihatan lagi cahayanya dan tak terpadamkan lagi nyalanya. Demi Zat yangmengutusmu sebagai nabi dengan benar, kalau Jahanam itu dibuka sebesar lubang jarum, matilah seluruh penghuni bumi kerana kepanasan. Demi Zat yang mengutuskan dengan kebenaran, jika saja seorang penjaga Jahanam menjelma ke dunia, tentulah seluruh penghuninya akan mati kerana ngeri melihat rupanya yang amat buruk serta baunya yang busuk.Demi Zat yang mengutusmu dengan kebenaran, kalau sepotong rantai ahli Neraka yang telah dijelaskan Allah dalam kitabNya itu diletakkan di atas gunung,tentu akan lebur dan meleleh ke dasar bumi."
Demikianlah gambaran kedahsyatan Neraka yang dibawa oleh Jibril sehingga Jibril menangis kerana tidak mahu berakhir seperti Iblis. Nabi Muhammad SAW pun menangis .
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW berkata kepada Jibril:
"Aku tak pernah melihat Malaikat Malik itu tertawa." Jibril berkata, "Dia tak pernah tertawa sejak Neraka diciptakan."
Daripada Abu Ya'la, "Wahai sekalian manusia, menangislah! jika kamu tidak boleh menangis, maka buat-buatlah menangis. Sesungguhnya ahli Neraka itu menangis di Neraka sampai air mata mereka meleleh ke pipinya bagai anak sungai. Setelah airmatanya habis lalu mengalirlah darah sehingga melukai matanya."
Sunday, January 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum.
Berkenaan buku 'PENENANG JIWA -Pengubatan & Rawatan' keluaran Wholesale- Mart Business Point Sdn Bhd., saya pernah membaca buku ini, kepunyaan adik saya yang diperoleh semasa penyampaian hadiah sempena johan syarahan di sekolahnya.
Tetapi sayangnya saya belum habis lagi membaca buku tersebut. Pada pandangan saya nilai-nilai yg diterapkan dalam buku ini sangat bagus dan memberi kesan yang sangat baik jika diamalkan. Saya ada sedikit komen tentang buku ini mengenai beberapa kesilapan ejaan/'typing error' yang saya rasa perlu diperkemaskan lagi untuk keluaran akan datang demi menjaga kualiti dalam menyampaikan maksud asal sesuatu penerangan.
Saya juga ingin mendapatkan sebuah lagi buku seperti ini, tetapi dalam versi yang telah diperkemaskan jika ada.
Post a Comment