Hantar Ipi dan Ahmad ke sekolah pada 31 Dec 2009. Mereka kena balik awal sebab jadi pengawas sekolah. Balik tu jemput Ili untuk cuti tahun baru 2010.
Masa turunkan barang-barang Ahmad, ada sesuatu yang menyentuh perasaan diluahkannya.
Kata Ahmad, kerja-kerja di kebun pisang selama 2 minggu tu sebenarnya adalah kursus kepimpinan baginya. Ini kerana masa membersihkan kebun tu terasa macamana orang yang kita pimpin rasa apabila kita memberi arahan. Oleh itu dengan secara tidak langsung kita tahu macamana nak handle orang dibawah tanggungjawab kita.
Alhamdulillah, kalau begitu penerimaan Ahmad Insyaallah dia akan berjaya di dunia dan akhirat.
Harap-harap Ahmad akan jadi Ketua Murid yang berhemah pada 2010 ini.
Friday, January 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment