Tiba-tiba saja dapat order biskut raya dari kawan. Aku yang memang suka memasak tak lepas peluang. Terus saja beli barang-barang keperluan untuk membuat biskut raya. Kawan tu kata nak London Almond, Tart Nanas, dan lain-lain yang tidak disebutkan . Jadinya aku terus buat biskut London Almond, Tart Nanas, Badam Cornflakes dan biskut kacang. Biskut ciptaan terbaru tahun ini dinamakan Lavender Nuts.
Oleh kerana kawan tu nak beli secara borong aku jual padanya dengan harga lebih rendah supaya dia senang nak jual semula. Tak apalah, walaupun susah juga nak siapkan tempahan yang banyak tu kena juga fikirkan masalah orang lain.
Tart Nanas paling sukar nak siapkan. Tapi aku suka biskut ni kerana rasanya yang unik.
Sesiapa nak order sila telefon no:019-2467067 atau datang sendiri ke Halalmart di Lavender Height Business Square.
Friday, August 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment