Wednesday, December 2, 2009

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI

03 dec 2009

Cuti sekolah datang lagi. Wawa sedang ambil SPM. Q dan Ilfan baru melapor semula ke UNITEN.
Ipi, Kirah dan Ahmad bercuti sakan. Tapi budak-budak bukannya boleh dibiarkan tak ada aktiviti.

Mula-mula sekali bawa mereka ke kebun pisang. Ajarmereka macamana nak bersihkan kawasan kebun supaya sentiasa bersih dan menggalakan pertumbuhan tunas baru. Pagi-pagi lagi R bawamereka kekebun selepas solat subuh. Masing-masing mengadu tangan luka kena batu dan kulit muka gelap kenapancaran mentari. Aku katakan begitulah sukarnya kehidupan petani supaya mereka menjadikannya iktibar dalam hidup ini.

Lepas tu apa lagi ajar mereka mengemas .