Tuesday, October 28, 2008

BELI SUSU ALPHA LIPID LAGI

28/10/2008

Ke Kuala Lumpur selepas mengeluarkan sejumlah wang semata-mata untuk membeli susu.
Sampai KL Mid Valley jam 12.00 tengahari. Ramainya orang di pejabat tu. semuanya dtg dgn satu tujuan, nak beli susu . Nampaknya sekarang dah ada perubahan. Ada pengedar berbangsa Cina dan India. Nampaknya ada peningkatan selepas Royalty KL.

Jumpa Mira di tempat letak kereta.

Emak R jadi supervisor bulan ni. Walaupun umurnya dah 74 tahun, minat yang ditunjukkannya untuk mengedar AlphaLipid amat menakjubkan. Sebelum tu siap kira lagi berapa keuntungan yg akan diperolehi.

Walaupun sebelum ni banyak rejection yg diberikannya kepada aktiviti perniagaan kami, tapi untuk perniagaan ini, emak R memberi sokongan 100% tidak berbelah bagi.
Sesungguhnya restu ibu akan memberi kejayaan Insyaallah!!!

Dlm perjalanan balik singgah berjumpa pelanggan menghantar susu yg dijanjikan.
Sampai Seremban jam 3.30ptg....

Friday, October 24, 2008

ALPHA LIPID BUSINESS PRESENTATION KUALA LUMPUR


22/10/2008 Rabu jam 8.30 malam di Bangunan Getah Asli Kuala Lumpur.

Ini kali kedua menghadiri BP Alpha Lipid di KL. Selepas solat maghrib menjemput Mira dan ibunya di Kajang. Agak kelewatan. Bukan apa, aku rasa agak letih hari ini kerana sepanjang petang membuat kuih raya. Biskut kacang badam campur kacang tanah. Seronok sungguh
melakukan pekerjaan yang ku suka. Lepas itu aku buat kuih tart nenas. Anak-anak ku mesti suka.

Sampai di KL beberapa minit sebelum jam 9.00mlm. KLCC menyambut kami dengan cahayanya yang amat gemilang. Seakan tidak puas menatap bentuk bangunannya yang canggih dan mempersonakan. Maklumlah pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia!. Setiap kali melalui bangunan gagah itu aku akan menatapnya bersungguh-sungguh dan biasanya akan keluarlah perkataan "Wah! tengok! cantiknya! dan macam-macamlah luahan perasaan teruja. Kalau waktu siang manalah kita dapat menikmati keunikan bangunan berkembar tu. Nampak biasa aje. Rasanya hendak aku duduk semalaman menghadap bangunan unik itu tentunya bersama R dan mulut ku takan berhenti menyatakan perasaan tentang keunikan rekabentuknya. Mungkin lepas ini aku boleh dokumentasikan perihal bangunan ini apabila aku mendapat lebih maklumat tentangnya.





Apapun sesampai kami ke dewan tingkat 2, wah! semua tempat dipenuhi oleh "mata duitan" gelaran yang diberikan oleh Nik Hafiz. Semua ketawa apabila beliau berkata begitu. Malam ini En Samahan Diamond Exe memberikan ceramahnya. Pengajar pilot ni selalu kami terserempak dgnnya di pejabat. Tapi barulah tahu dianilah yang bernama Samahan.

Mira menjadi salah seorang testimoni yang naik ke pentas. Lupalah pulak nak ambil gambar dia.
Sedihnya dengar ceritanya tentang apa yang dialaminya sebelum menggunakan Alpha Lipid.
Tak sedar air mataku boleh mengalir di pipi. Rupanya penderitaan orang lain lebih hebat dari apa yang kita alami.

Selepas menghantar Mira dan ibunya terus balik ke Seremban. Johan TomYam masih belum tutup. Mengalas perut yang kelaparan.


RENUNGAN

Kita adalah manusia yang zalim sekiranya tidak mengenali nama orang yang kita berbual dengannya. Oleh itu, kenalkan nama apabila berbual dengan orang yang baru dikenali dan tanyalah namanya supaya perbualan kita menjadi lebih ikhlas.

Monday, October 20, 2008

Friday, October 17, 2008

WARUNG MURAH VS RESTORAN

Pagi ini 18/10 bersarapan di warung (tak perasan namanya) murah di Taman Jaya Senawang.
Sampai tak ingat namanya sebab yang kuingat adalah warung murah. Sebab nasi lemaknya RM1 tak berubah dgn kenaikan harga minyak , sedap pulak tu. Roti canainya tak berubah rasa dan bentuk serta garingnya sampai sekarang. sejak aku mula tahu tempat ni mungkin sejak 5 bulan yg lalu. Ada pulak kuih muih yang rasanyapun tak pernah berubah. tetap maintain. Jadi kami sekeluarga menamakannya warung murah.

Malangnya Kirah tak lalu makan nasi lemak tu, sebab ada sambal, timun dan ikan masin. Katanya makan kosong aje sebab tak ada telor. Kalau hendak kataku pergi kat penebar roti canai tu dan minta dia gorengkan sebiji telor. Dia tak berganjakpun dari tempat duduknya jadi dikuis-kuisnya nasi lemak tu. Akhirnya dibungkusnya semula.

Kat sini ada tiga jenis nasi lemak. Satu yang dibungkus oleh tuan warung sendiri. Dua lagi dihantar oleh orang lain. Semuanya guna daun pisang dan salah satunya ada ikan masin. Kalau lambat sikit aje, nasi lemak semuanya habis. Hari isnin warung ni tutup.

Selain warung ni kami selalu bersarapan di Paroi, restoran selera kampung. Letaknya di tepi jalan. Selalunya pagi-pagi ada ramai pesara-pesara ahli kelab masjid datang minum di sini.
Di RSK ada laksa dan mee sup selain nasi lemak dan roti canai. Di sini kami berkenalan dgn si comel, kucing berbulu panjang. Setiap kali kami datang, si comel akan muncul dgn tiba-tiba entah dari mana. Dan biasanya kami akan jamu dia dgn makanan.

Kadang-kadang kami minum di Paroi Jaya. Sebelah kedai kerepek. Ada roti canai dan nasi lemak. Tapi yg istimewa kuih muihnya yang sedap dan cantik. Paling aku suka lepat berinti dan karipap yang macam karipap Donna.

Baru sebulan kami berkenalan pula dengan Restoran Lambaian Bayu.Ia terletak bersebelahan dengan stesen minyak petronas. Dekat dengan Taman perumahan. Di sini ada roti canai dan nasi lemak istimewa. Banyak lauk pauknya ada rendang daging, rendang ayam, paru goreng dll.Harganyapun boleh tahan. Makan tengaharipun sesuai juga dengan selera ng 9.

Sebelumni kami selalu bersarapan di Stadium. Gerai yang jual nasi lemak. Oleh kerana dia selalunya lambat buka kami terpaksa cari tempat lain.

LATIHAN ALPHA LIPID

Ilfan dengan Chibi-kun
Q dengan Alpha Lipid kat HALAL MART






wawa







Kirah-Yafi-Hd














Hari jumaat memulakan perjalanan seawal pagi ke Muadzam. Singgah minum pagi di warung berdekatan Kuala Pilah. Dapat mesej dari Hazura ada latihan Alpha Lipid untuk supervisor dan ke atas. forward sms ke semua leader di bawah R. Latihan akan diadakan pada jam 4.00 petang 19/10 hari ahad ini di B angunan Getah Asli Kuala Lumpur.

Latip dari Temerloh insyaalah akan hadir.Mira dan Rozi rasanya kemungkinan besar turun juga sebab Mira tanya tentang baja yang kujual. Dia suruh bawa sekali.

Sampai Muadzam dah tengahari. Jumpa wawa, ahmad dan Ipi. Wawa dan Ahmad nampak ceria. Ipi mengadu dia demam tapi bila kurasa badannya tak pulak panas. Beri dia makan arnica ubat Homeophaty yang sering kubawa bersama. Sebenarnya arnica untuk luka atau sakit bukan untuk demam. Tapi itu saja yg kujumpa di dlm handbag terus kuberi Ipi setabung kecil. Nampak dia agak sedih sebab Kirah nak balik bercuti setelah selesai PMR. Ahmad akan ke bandar selama 3 hari kerana dilantik jurulatih kedet. Wawa tentu sibuk untuk duduki SMA minggu depan.

Aku tanya ada tak budak buli dia di asrama. Dia kata tak ada. Masih dlm nada sedih dan muka moyok. Minggu depan dia akan periksa akhir tahun. So Kirah beri alat tulisnya pada Ipi.

Sembahyang jumaat di masjid Muadzam. Ramainya budak sekolah. Seperti biasa di mana-mana pun masjid yang kusinggahi di Malaysia ni ada saja murid sekolah atau orang bujang yang tidak sembahyang jumaat walaupun dah sampai di tepi masjid. Sedang orang lain sembahyang, dia sibuk bercerita sesama sendiri. Habis aje imam memberi salam, masing-masing berlalu pergi.
Agaknya ibu di rumah menyangka anaknya ke masjid siap dgn baju melayu sekali. Memanglah ke masjid, tapi tak sembahyang. Apalah nak jadi pemuda di Malsysia ni.

Masa kat Marang dulupun sama ramai tak sembahyang dan duduk-duduk berihat di taman Marang Waterfront depan rumah kami. Bila Bhg Hal Ehwal Agama Islam Terengganu menguatkuasakan peraturan akan menangkap mereka yg tidak sembahyang jumaat, barulah kumpulan tak sembahyang tu tiada lagi.

RENUNGAN

1."Orang yang mengenal Allah swt sebagai sahabatnya, tidak akan bersahabat dengan makhluk"
UWAIS QARNI

2."Tinggalkanlah dunia yang fana ini dan takutlah kepada suatu hari dimana tidaklah berguna segala harta dan anak-anak"

UWAIS QARNI

Thursday, October 16, 2008

SEMUT WARNA HIJAU



16/10/2008
Sedang memotong ubi kentang untuk dibuat inti karipap , Yafi sempat bercerita. Semasa di sekolah tadi seekor semut berada di atas meja kawannya yg bernama Arasi. Anehnya semut itu walaupun rupanya macam kerengge tetapi warnanya amat berlainan sekali. Kata Yafi kawan-kawan nak jentik semut tu supaya dia penyet dan mati, tapi Yafi telah menghalangnya.
Aku yg mendengarnya bersetuju dgn tindakan Yafi tu sebab semutpun nak hidup juga kataku.

Nak tau warna semut tu warna apa? Tentunya warna yg semakin gagah di persada negara sekarang iaitu kata Yafi "Badannya bewarna hijau keseluruhannya kecuali ekornya sikit berwarna merah samar" Aku ketawa mendengar ceritanya. "Betul Bu, warna merah tupun samar aje macam merah cair "katanya lagi. "Wah! itu tanda petanda baik tu Yafi" kataku .

Yafi menyambung lagi, "kan pelik tu bu, tak pernah semut warna hijaukan! baru kali ni Yafi tengok" ."Tak ada yang peliknya Yafi, kalau Tuhan nak jadikan sesuatu, semuanya boleh berlaku".Kataku sambil terus memotong kentang. "Yafi, Yafi ,tak habis-habis dengan cerita pelik. Kadang-kadang diatu yg pelik dan buat perkara pelik dia tak sedar, " fikirku dlm hati.



RENUNGAN
Jika Allah nak menjadikan sesuatu memadai dengan "kun fayakun" segalanya akan berlaku.

BELI SUSU ALPHALIPID/BP ALPHA LIPID DI KL

15/10/2008.
KL dan Kay datang beraya ke rumah. Tertangguh jugalah nak ke Kuala Lumpur walaupun perancangan dah dibuat sejak semalam.
Jam 2.00 baru boleh keluar rumah. Singgah R & R Seremban , makan tengahari. Banyak gerai belum dibuka agaknya sebab masih dlm puasa 6.

Sampai midvalley jam 3.30 pm. Terserempak dgn Mira dan ayahnya di P1.Wau! banyaknya dia beli susu.
Di pejabat NZ New Image di tkt 7 lagi gawat. Tak ada tempat nak menulis pesanan. Semua tempat dipenuhi pengedar susu. Masuk aje pintu Nik Hafiz mengalukan kehadiran kami. Katanya dia baru jumpa Mira. Ambil cek drp Efi yg dititip Hazura.
Berbual dengan Kamariah yang juga dari Seremban.

Selesai urusan jam 4.30 ptg dan singgah ke Lenggeng. Fawaz mengalukan kehadiran ku. Aku dukung dan buai dia dlm pangkuan. "Ibu, ibu, nak minum air kosong!" katanya nak bermanja.
"Marilah, ibu! naik atas tengok TV!" sambil merengek dia menarik-narik tanganku mengajak naik ke tkt atas rumah itu. "Tak boleh, Mak Ngah nak solat. Lagipun nanti kaki sakit naik tangga " Kataku memberi alasan. Alasanku diterima dan fawaz berlari menaiki tangga ke tkt atas.

Jam 7.45 selesai solat maghrib bergerak ke KL semula. Bangunan getah asli berhadapan KLCC
bermandi cahaya. Namun cahaya dari KLCC lebih bergemerlapan. Ramai juga orang. 200 orang rasanya tak kurang. Inilah pertama kali ke Business Presentation Alpha Lipid di KL walaupun
KL adalah tempat bermain aku dan suami suatu masa dulu,.

Testimoni malam ini hebat juga. Kakak kepada Faridah berusia 60 tahun mengidap asma kronik hingga doktor yg merawatnya mengatakan penyakit itu akan berakhir apabila dia mati. (ramai yg ketawa mendengar kenyataan ini) Baru minum setengah tin susu dah buang alat penyembur 'inhaler' penyakit asmanya. Selama ni pakai baju, seluar dan stokin 2 lapis kerana elergik pada udara dan angin. Tapi sekarang dah ok. Alhamdulillah!!.

Seorang lagi ada resdung. Keluar jerawat batu, muka gatal-gatal dan selalu bersin. Bila minum Alpha Lipid Alhamdulillah resdung tak ada lagi mukapun dah licin.

Jam 10.30 malam meninggalkan KL dlm sinaran langit malam yg bercahaya. Tiba di Lenggeng
jam 11.10 mlm dan sampai Seremban jam 12.45 malam.

RENUNGAN

1. Kita merancang dan Allah juga merancang. Perancangan Allah mengatasi perancangan kita makhluknya.

2. Kakak Faridah percaya penyakit datangnya dari Allah, dan kitalah yg mencari penawarnya kerana semua penyakit ada penawar.

Tuesday, October 14, 2008

ALPHALIPIDLIFELINE LADDER OF SUCCESS

"MEMBANTU SESAMA INSAN SAMBIL MENJANA PENDAPATAN IMPIAN"


DIAMOND
Dream Income $$$$$$$$$

EMERALD
Ultimate Income
Total Income: RM 10,000+++

RUBY
Sustainable Income
Total Income: RM8,000

MANAGER
RM1000 -RM4000

SUPERVISOR
RM240 - RM1000
License for Royalty

REPRESENTATIVE
RM30/tin

Akan disambung dalam folder khas Insyaallah

JADUAL BUSINESS PRESENTATION ALPHA LIPID LIFE LINE BAGI OKT 208

Dah terima jadual ni 2 hari lalu dari Hazura. Dipaparkan untuk makluman semua

Tarikh Tempat/Masa

12/10 Hotel Sri Malaysia Temerloh Pahang 3.30 pm

17/10 Hotel Raudhah Kota Baru Kelantan 3.30 pm

18/10 Hotel Center Point Kuala Lipis 3.30 pm

19/10 Wisma Getah Asli KL 8.30 pm

21/10 Wisma MPC Bandar Baru UDA Johor 8.30 pm

22/10 Wisma Getah Asli KL 8.30 pm

23/10 TBA Ipoh Perak 8.30 mlm

24/10 Safira Club Penang 8.30 pm

Semua dijemput hadir. Masuk percuma. Kenali upline anda, testimoni terbaru dan yg paling penting bagaimana menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan dgn Alpha Lipid Lifeline.


RENUNGAN

Vilfredo Fareto menyatakan 20% drp masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil drp tugasan tersebut. Oleh itu lakukan perancangan dalam setiap tindakan kita supaya kita menggunakan 20 % masa untuk mendapat 80% hasil.

TESTIMONI ALPHALIPID LIFELINE TERBARU

Baru balik dari UNITEN Bangi menguruskan pembayaran yuran anak. Singgah sebentar di Lenggeng jumpa KL. Nampaknya semua susu dah habis dan perlu beli stok lagi.

Bagi kumpulan R, agak ramai testimoni yang boleh diketengahkan. Namun pada kali ini saya akan paparkan tiga testimoni yang paling cepat mendapat kesan daripada pemakanan Alpha Lipid, Alhamdulillah!

1.KAK NORMAH DRP KG REMBANG PANAS JUASEH KUALA PILAH

Suatu hari di bulan Julai 2008 kak Normah telefon R bertanyakan tentang susu ini . Dia mendapat no tel daripada siaran tajaan pada hari sabtu di Radio Negeri FM 2 minggu sebelumnya. Kak Normah menghantar anaknya Amir ke Halalmart untuk ambil susu .Rupanya masaalah beliau adalah mengidap darah tinggi dan kencing manis. Sebelah kakinya bengkak dan sakit (mengening). Dah setahun berulang ke hospital. Setelah minum Alphalipid sebanyak 1 tin sahaja darah tinggi kak Normah kembali normal dan bengkak kakinya menyusut . Kakinya tak sakit lagi dan telah kembali kepada keadaan sediakala.Kencing manis beliau juga telah sembuh. Alhamdulillah, Amir pun kini telah berdaftar sebagai ahli dan membantu rakan serta saudaramara lain yang sakit Insyaallah!.


2. PN HALIJAH DRP BT MARGOSA SEREMBAN
Pn Halijah menghadapi masalah sakit kencing manis, darah tinggi , gout, sakit tumit, dan sakit pinggang. Umur beliau baru 60an, akan tetapi sakit yang dihidapinya memberi masalah dlm kehidupan hariannya.
Setelah mencuba Alpha Lipid Lifeline selama sebulan, pemeriksaan doktor membuktikan semua penyakit Pn Halijah telah hilang/sembuh. Walaubagaimanapun, Pn Halijah tidak berhenti minum susu ini kerana ianya makanan tambahan yang baik untuk tulang dan kesihatan badan yang lain.


3. AMIRA DRP KAJANG SELANGOR

Sebagai seorang remaja dan pelajar sebuah Universiti terkemuka, Amira sepatutnya boleh berbangga dan menghargai kehidupannya. Malangnya dalam usia remaja Amira menderita penyakit "SLE" penyakit tiada ketahanan badan(imunisasi lemah). 2 kali dah masuk ICU. Diuji pula dengan kemoterapi, rambut gugur, badan lemah, kulit kehitaman dan muka bengkak.

Pertama kali menemuinya saya seakan tidak dapat melontarkan suara. Kesihan, kesihan, sedih,sedihnya dan saya seakan melihat arwah kakak yang menghadapi masalah hampir sama 20 tahun dahulu.

4 hari setelah meminum Alpha Lipid, Alhamdulillah period yang dah setahun terhenti kembali datang. Ini menggembirakan keluarganya. Amira mulai bertenaga. Kali kedua mengunjunginya dia dah boleh menyediakan minuman.

Menemuinya jumaat lepas sempenan Aidilfitri, Mira dah ada hobi baru, menanam pokok bunga di dalam pasu. Dr yg merawatnya menyatakan keadaan darahnya bertambah baik .
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Tuhan kabulkan doa kami dan doa keluarganya yang amat menyayanginya.

Dan sekarang masuk bln ke 3 setelah menggunakan AlphaLipid Lifeline, Mira sibuk menguruskan aktiviti barunya membantu kawan2 dan saudara yang bermasaalah dan mendapatkan pengedar baru. Sudah tentunya dengan ALPHA LIPID LIFELINE kerana Mira telah bergelar Group Manager.

RENUNGAN

Sesungguhnya sakit itu datang dari Allah swt, cuma Dia yang akan menyembuhkan. Namun sebagai manusia tugas kita adalah mencari penawar. Jika sakit janganlah cepat meminta sembuh kerana dengan sakit manusia boleh mendapat ganjaran pahala yang besar sekiranya kita bersikap sabar dan redha dengan pemberiannya.

Monday, October 13, 2008

Majlis Hari Raya -Lenggeng 11/10/2008

Sempat masak Kek Sandwich 2 biji dan karipap 30 biji sebelum bergegas ke Lenggeng. Jam 6.30 sampai. R & Q memasang lampu Kalimantang di Koridor tempat VIP akan duduk.
Aku terus ke dapur menyusun kuih muih yang kubawa dan menggoreng karipap .

Selepas solat maghrib aku terus susun meja VIP. Sediakan pinggan mangkuk, sudu garfu, air basuh tangan, tisu, air minuman dan etc,etc.. Selesai saja tetamupun sampai. Alhamdulillah, berbaloi jugalah balik Lenggeng hari tu.
Majlis malam tu diserikan dgn bacaan anak speaker Dewan Undangan Ng Kelantan yang baru berumur 9 tahun. Sungguh hebat adik tu, suaranya bagus, bacaannya bagus, lagunya menarik. Ada tetamu yang hadir tak lalu nak makan, mendengar bacaan Qurannya yg mendayu. Hafaz pulak tu tak payah tengok kitab. Rasanya tak ada anak Lenggeng yang mencapai tahap tu waktu ni. Hai, entahlah orang Lenggeng, bilalah nak berubah!..
Tak dapat nak estimated berapa ramai yang datang malam tu. Tapi ada Cina, India dan Melayu.
Makanannya pula ada sate, nasi impit, mee goreng (30 kg) istimewa airtangan KL yg terkenal.

Speaker Dewan Undangan Ng Kelantan memberi ceramah berkaitan peristiwa semasa dan dalam nada yang hebat dan bersemangat sekali. Semoga semangat yang dibawanya pada malam itu akan mengalir dan membasahi jiwa-jiwa orang Lenggeng yang datang dan yang mendengar ucapannya agar jiwa yang basah itu akan membawa perubahan bermakna pada masa akan datang.

Business Presentation Alpha Lipid di Sri Malaysia Temerloh

12/10/2008 Temerloh.

Sampai jam 4.00 petang walaupun Majlis dah bermula jam 3.30 pm. Lewat, terlalu lewat. Kami dari Seremban jam 11.00 pagi. Singgah kat Bt Ibam jumpa budak-budak tu. Kirah dengan Ahmad akan menduduki PMR hari isnin. Beri semangat untuk diaorang. Kirah hilang calculator saitifik. Nasib Q ada. Dia pinjamkan dulu. Katanya dia periksa final sem 1 pada 28/10. Suruh Kirah jaga baik2.
Masuk dewab Semantan Perdana, ramainya!!! Tak sangka kat Temerloh ramai macam tu. Nik Hafiz sedang beri motivasi dgn meminta Ruby exe dan emerald exe ceritakan pengalaman dan pendapatan mereka. Paling tinggi pendapatan mereka 40K (Pelajar Universiti) Yang paling rendah 4K bekas manager KFC. Aku yang dah join 4 bln nipun teruja dgn pendapatan yg mereka dapat. Bukan apa aku ni buat part time aje itupun asyik sibuk dgn kebajikan anak2. Sekejap-sekejap dah ke Muadzam.
Jumpa Supervisor Latif buat pertama kali. Kongsi pengalaman dan ajar cara nak buat jualan dan tingkatkan kedudukan dlm business ni. Hebat juga dia ni. Dlm masa sebulam dah boleh jual 60 tin. Nak order lagi 90 tin. Insyaallah dgn iltizam yang kuat dan istiqomah dia dan kami akan sama-sama maju.
Harapanku pada bulan mac 2009 nanti kami akan dapat sekurangnya uncang kuning kalaupun tidak briefcase wang tunai. Insyaallah!!!!

sambungan royalty bonus alpha lipid

Kami bawa bersama seorang mgr, supervisor, dan sorang ahli. Memang 'happening' hari tu. Mahadzir Lokman jadi pengacara majlis. Sempat dia usik Gremm Glegg Mat Salleh dari NZ dlm bahasa melayu Kelantan.
Majlis tamat jam 5.00 ptg Tiada makan-makan sebab bulan puasa.
Seramai 60 orang dapat duit cash dlm briefcase. Wau! macam tak percaya! Bila pula giliran kami? Hanya kerja kuat dan istiqomah yang akan menentukan hasil Insyaallah.
Jumpa kak Z lepas solat zohor. Dia dapat uncang merah. Dia dah dulu 4 bulan dari kami. Kak Z ni "Loneranger". Ke sana kemari sorang kadang2 bawak cucu sekali. Memang istiqomah. Rajin lak masuk radio. Cara dia bercakap selamba aje dan menarik minat warga emas yang mendengarnya. Macam tulah dia dapat pelanggan.
Aku dan R pulak skema sikit.Bila cakap dgn orang, macam baca buku, tak pun macam cikgu mengajar murid. Aku slalu cakap dgn R penjelasan dia membosankan. Akupun apa kurangnya. Sedar sendiri tapi masih dlm proses peningkatan. Maklumlah tak pernah buat MLM. Inilah pertama kali, itupun sebab produk ni teramat baik!! Insyaallah.
Inilah pertama kali aku ke Sunway pyramid. Tak sangka asa tepian laut kat daratan. Kalau budak2 datang sama mesti teruja.
Apapun majlis penyampaian royalty bonus Alpha Lipid yang pertama kali kuhadiri meninggalkan kesan mendalam dihatiku dan R. Bila pula giliran kami nak pakai selendang kuning dan pegang briefcase berisi wang tunai puluhan ribu ringgit?

ROYALTY BONUS ALPHALIPID 20 SEPT08

Sunway Pyramid PJ
Ramadhan ke 20, bergegas ke SW Pyramid. Dah lama tak ke PJ.Sesatlah pulak. Jalan-jalan dah jauh berubah. Sampai juga jam 1.00 ptg. Raminya!!! 3,000 orang berkumpul dalam dewan. Ulangtahun ke 24 NZ New Image di Msia dan Bayaran Royalty Bonus ke 2 di Malaysia.
R dapat selendang biru. Tentunya dapat uncang biru juga. Baru 3 bulan join dalam busines ni, boleh tahanlah tu. Aku pakaikan selendang R dan sematkan dengan pin. Pakai baju baru lagi.
Sambung lagi lepas ni, ada orang datanglah pulak......